18 March 2013

Help Palestine [hidayahnet] Penubuhan Yayasan Kepimpinan Pejuang Rembau

 

KENYATAAN AKHBAR
PEJABAT PILIHANRAYA PAS DUN N28 KOTA (PARLIMEN P131-REMBAU)
18 Mac 2013
 
Penubuhan Yayasan Kepimpinan Pejuang Rembau serta Pemikiran Dato Abdullah bin Hj Dahan – Undang Rembau ke 18
 
Rembau telah melahirkan begitu ramai pejuang sejak kurun ke 16 lagi. Salah seorang pejuang yang begitu menyerlah dengan pemikiran yang moden, kreatif dan dinamik di tanah beradat ini ialah Undang Rembau yang ke 18 iaitu Dato Abdullah bin Hj Dahan yang telah dilantik sebagai Undang Rembau pada usia semuda 17 tahun.
 
Namun usia tidak menghalang Dato Abdullah bin Hj Dahan untuk melakukan perubahan, transformasi, reformasi terhadap pemikiran orang Melayu pada ketika itu yang masih lagi praktikal hingga ke hari ini.
 
Semangat juang anak muda dari Kg Tanjong, Kota yang ditunjukkan oleh Dato Abdullah bin Hj Dahan ini haruslah dicontohi oleh generasi muda sekarang demi kelangsungan perjuangan generasi kini.
 
Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota menyarankan agar diwujudkan yayasan, galeri, pemikiran serta apa-apa yang berkaitan dengan para pejuang dari Rembau bukan sahaja untuk mengenang jasa mereka yang terdahulu tetapi sebagai sumber rujukan dan panduan generasi kini.
 
HJ GHAZALI BIN MOHD SHOM
Penyelaras PAS DUN Kota
 
*****  
 
DATO ABDULLAH BIN HJ DAHAN -  UNDANG REMBAU KE 18
 
Dato Abdullah bin Hj Dahan telah dilantik sebagai Undang Rembau ke 18 dari 1922 hinga 1938. Beliau belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1922 Dato Abdullah telah dilantik sebagai Undang Rembau menggantikan Dato Haji Sulong bin Ambia. Beliau adalah orang yang berani, lantang dalam tahun 1920an dan 1930an, ketika tiada siapa yang berani bersuara terhadap orang Inggeris.
 
Penulisan British ada menyatakan beliau dilantik sebagai Undang Rembau pada usia 17 tahun dengan kebolehan yang luar biasa, bercita-cita tinggi, pintar dan mempunyai kesungguhan tinggi.
 
Perjuangan Dato Abdullah adalah melalui memorandum, petisyen rasmi dan dalam majlis persidangan. Beliau adalah orang yang paling kuat melobi untuk ditubuhkan beberapa sekolah perdagangan dan institusi berbahasa Inggeris supaya lebih ramai anak Melayu dapat menjadi pentadbir yang baik serta menjawat jawatan professional.
 
Perubahan yang dilakukan oleh Dato Abdullah bukan sahaja di bidang pendidikan. Bahkan beliau banyak membantu menubuhkan beberapa koperasi dan persatuan di Negeri Sembilan untuk membangunkan masyarakat Melayu ketika itu. Beliau juga sentiasa menasihatkan orang-orang kampung agar meninggalkan amalan khurafat dan syirik yang dikaitkan dengan roh-roh setempat.
 
Dato Abdullah juga adalah antara orang yang menyuarakan penubuhan pasukan Askar Melayu. Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi. Pada tahun 1933 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan - Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Sultan Perak - Sultan Alang Iskandar Shah, Raja Di Hilir Perak - Raja Sir Chulan dan Undang Rembau - Dato Abdullah bin Haji Dahan telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.
 
Apabila Zaman Kemelesetan berlaku pada tahun 1929, pihak British memberhentikan ramai pekerja, Dato Abdullah memberi amaran kepada British, jangan sentuh pekerja Melayu. Dari cadangan tersebut pendatang asing harus dibuang kerja terlebih dahulu.
 
Berikut adalah beberapa jasa-jasa dan keperibadian Dato Abdullah bin Hj Dahan, Undang Rembau yang ke 18 :
 
1. Mencadangkan mewujudkan Tanah Simpanan Melayu untuk melindungi tanah orang Melayu yang telah banyak jatuh ke tangan bangsa asing.
 
2. Dalam tahun 1927, merayu agar kerajaan menambah jumlah Tanah Simpanan Melayu hingga boleh menguruskan perjalanan estes-estet yang lebih luas (konsep tanah rancangan FELDA).
 
3. Menyarankan kerajaan perlu memberi bantuan dari segala segi kepada orang Melayu memandangkan kemunduran ekonomi pertanian orang-orang Melayu. Salah satu dari bantuan yang diberi harus berupa pembinaan taliair yang sesuai.
 
4. Syarikat kerjasama harus didirikan untuk menghindar kemasukan peminjam-peminjam wang yang dianggap membahayakan ekonomi orang-orang Melayu di kampung.
 
5. Pada tahun 1932 beliau menulis panjang lebar mengenai Syarikat Kerjasama, Tujuan dan Kewajipan Syarikat, Cara Mentadbir dan membangunkannya serta Harta-harta Syarikat dan Hak-hak Ahli.
 
6. Menyarankan agar kehadiran kanak-kanak perempuan ke sekolah diwajibkan, sebuah sekolah perempuan Melayu dibina di Kg Tanjung pada tahun 1923. Kemudioan Sekolah Perempuan Kg Chembong ditubuhkan pada tahun 1933.
 
7. Sekolah pertukangan (trade school) didirikan berhampiran pekan Rembau pada tahun 1933 atas inisiatif beliau.
 
8. Mendesak mutu pelajaran Inggeris di sekolah seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah King George V harus ditingkatkan
 
9. Mahukan agar murid-murid Melayu di Sekolah King George V Seremban diberi peluang memasuki kelas Junior Cambridge dan seterusnya mengambil peperiksaan Junior Cambridge.
 
10. Menyuarakan ketidakseimbangan antara bilangan anak-anak atau saudara mara pembesar, raja dan waris negeri yang diberi peluang belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar
 
11. Mencadangkan agar seorang guru Melayu fasih berbahasa Melayu dan Inggeris mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar supaya murid-murid di Kolej itu dapat pengajaran bahasa Melayu yang bermutu tinggi.
 
12. Mendesak lebih ramai pegawai Melayu dimasukkan ke semua Jabatan Kerajaan seperti Perbendaharaan, Perdagangan, Kastam dan Jabatan Kehutanan.
 
13. Mencari peruntukan membina masjid Kg Chembong 1928
 
14. Pada tahun 1920 beliau menubuhkan tabung untuk perbelanjaan melanjutkan pelajaran untuk anak Rembau ke institut pengajian tinggi yang dikenalil sebagai Waris Fund.
 
15. Menyuarakan supaya Adat Perpatih dibukukan dan demi kepentingan rakyat Rembau pemilihan Dato Lembaga itu hendaklah dari kalangan yang terbaik, berilmu dan bertanggungjawab.
 
16. Cuba merubah kedudukan Dato-Dato Lembaga dengan menjadikan mereka yang berpendidikan dan berperibadi tinggi , penghulu mukim.
 
17. Mendapat persetujuan Dato-Dato Lembaga agar harta carian dibahagi mengikut Islam.
 
18. Semasa menasihati Dato-Dato Lembaga, bercadang menghapuskan sistem suku di Rembau seandainya Dato-Dato yang korup itu tidak mahu mengubah pendirian.
 
19. Menasihat Dato-Dato Lembaga supaya merubah sikap mementingkan diri serta rasuah. Kalau tidak juga mahu berubah, beliau mencadangkan Dato-Dato Lembaga itu meletakkan jawatan sahaja.
 
20. Beliau adakalanya berjalan kaki ke balai Undang dari rumah beliau di Chembong sejauh 2 km, beliau sampai awal pagi ke pejabat sebelum pekerja lain sampai.
 
21. Beliau suka melihat susunan pejabat yang kemas, rapi dan teratur.
 
Sumber rujukan : http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_03781.pdf

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment