23 March 2013

Help Palestine [hidayahnet] ~~~Fitnah Bahan Pembakar~~~

 



Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung 
diberikan Allah swt sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat 
yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras 
dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.
 
Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri 
seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit 
fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan bermusuhan. 
Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha 
menangkis fitnah itu. 

Tangan mereka rakus mencari sumber dan kemudian menyebarkan dengan tidak
ada rasa bersalah apatah lagi dosa, kerana hidup mereka telah menyimpang dari
landasan juga tidak takut pada Tuhan, mereka rasakan mempunyai kuasa bagi
melaksanakannya, apatah lagi dibantu oleh rakan seperjuangan. Semua ini kerana
kuasa dan duniawi semata-mata. Akibat perbuatan ini dapat mencetuskan 
persengketaan dan permusuhan,adakalanya berakhir dengan trajedi kerugian juga 
kehilangan harta benda dan nyawa. Individu yang ghairah menyebar fitnah sentiasa
mencari bahan dan berita untuk dijadikan modal. 

Orang yang seperti ini harga dirinya telah tercalar dan rosak yang mana mencerminkan
diri mereka adalah  longkang. Ini juga berarti nilai agama telah musnah. Jangan jadikan 
fitnah sebagai bahan pembakar segala amalan yang telah dilakukan. Dosa sesama
manusia tidak terhapus selagi ia tidak memaafkan. 

Justeru, setiap insan  perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada 
menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah. Dan paling
kejam mencipta fitnah dengan tangan dan mulut.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 
Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, 
berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.
(Hadis riwayat Muslim)

Firman Allah SWT bermaksud:
....dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.
(Al-Baqarah: 191)

~~~kombinasi entry~~~

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment