Salam
[13.11] Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
DR MAZA - Tak boleh Kritik Pemerintah?
DR MAZA - LEBIH 50TH ISLAM DI M'SIA..MAKIN LAMA MAKIN KELIRU..LAGI LAMA LAGI CELARU..
DR MAZA - FORUM RAKYAT - MENGAPA MUFTI BANYAK YG DIAM
[7.175] Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
[7.176] Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

[62.5] (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
==================================================================================================
Bekas OCPD: Tukar k'jaan, pulihkan wibawa polis
Kerajaan sedia ada perlu ditukar jika rakyat benar-benar serius mahu mengembalikan kewibawaan pasukan polis, kata seorang bekas pegawai kanan polis, malam tadi.
Mantan ketua polis daerah Kota Kinabalu, Sabah Mohd Yousoff Babjee berkata, pasukan polis kini menerima terlalu banyak campur tangan politik sehingga mengganggu tugas-tugas mereka.
"Untuk memulihkannya saya rasa kita tukarlah kerajaan. Saya rasa jangan (ada) masuk campur tangan politik (dalam polis).
"Kalau campur tangan politik jadi susah kita nak laksanakan (tugas). (Ada arahan) Orang ini boleh tangkap, orang ini tak boleh tangkap. Orang ini boleh tuduh, orang ini tak boleh tuduh," kata dalam forum "Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara" di Kuala Lumpur malam tadi.
Forum melibatkan 700 peserta itu dimudah cara oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan dianjurkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa kesalnya dengan pasukan polis yang kini dilihat bersikap pilih kasih dalam menjalankan tanggung jawab mereka.
'Kenapa bacul bertindak?'
Menurutnya, polis dilengkapi latihan secukupnya namun menjadi bacul kerana "menerima arahan" sehingga gagal bertindak terhadap keganasan pada ceramah politik dan serangan terhadap ibu pejabat parti politik.
"Saya tertanya-tanya kenapa polis tidak bertindak. Siapa yang bagi arahan? Ini satu perkara yang tidak adil, dan pasukan polis terbawa-bawa (kepatuhan menerima arahan) seperti pejabat PKR yang dibaling batu, telur dan sebagainya.
"Balai polis sebelah sahaja (tetapi) saya malulah (mereka tidak bertindak). Mesti ada satu arahan kalau tidak mereka tak akan begitu. Mereka ini ada latihan dan ada pelajaran.
"Kenapa boleh jadi sedemikian sehingga mereka ini bacul hendak ambil tindakan?" katanya.
Menurutnya lagi, keberkesanan polis membanteras jenayah juga sepatutnya diukur daripada persepsi orang ramai terhadap tahap keselamatan mereka, dan bukan berdasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan.
"Kejayaannya (pengurangan kadar jenayah) sepatutnya dirasai masyarakat sendiri sama ada kita , anak-anak kita dan keluarga kita berasa selamat atau pun tidak.
"Kalau kita ada perasaan selamat, barulah polis itu berjaya, bukan polis yang cakap," katanya.
Dua hari lalu, Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dalam laporannya mengumumkan kadar jenayah berjaya diturunkan sebanyak 27 peratus dalam masa tiga tahun Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan.
'Tentang Komunis, bawa batalion ke Namibia'
Laporan sama juga menyatakan persepsi pengurangan jenayah semakin meningkat walau pun sesetengah rakyat mendakwa sebaliknya.
Menurut Yousoff, perasaan selamat masyarakat terhadap persekitaran mereka sebenarnya tidak banyak berubah di antara dahulu dan sekarang.
Sebaliknya, masyarakat kini kurang yakin dengan keupayaan polis mengurangkan kadar jenayah.
"Perasaan selamat dahulu dan sekarang tak banyak beza.
"Hanya kepercayaan terhadap polis (yang berbeza), sama ada kita yakin (terhadap) mereka atau pun tidak," katanya.
Seorang lagi ahli panel, mantan timbalan panglima angkatan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghaffir Abdul Hamid membidas kenyataan pihak yang mempertikai kritikan beliau terhadap cara kerajaan menangani pencerobohan Lahad Datu.
"Semasa saya menjadi pegawai pemerintah, saya berkhidmat menentang pengganas komunis di kawasan hutan Perak.
"Paling istimewa sekali, saya membawa satu batalion tentera ke Namibia," kata Ghaffir merujuk kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor menolak kritikannya atas alasan beliau sendiri tiada pengalaman berperang.
Ghaffir sebelum ini berkata pencerobohan Sulu boleh ditamatkan lebih awal jika terdapat arahan jelas dari kerajaan.

Wikileaks: SPR pernah keluarkan 60,000 IC palsu
Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.
Kabel yang dimuat naik di portalWikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.
Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.
"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.
"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.
Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.
Bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.
Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'.
Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.
Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot mendadak.
Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula.
==================================================================================================
HOW THE NATION IS SOLD BY MAHATHIR !
By: Nash Ar-Rawy
Citizenship is not a game to be played with as a mockery by the politicians , National Leadership and government servants such the Immigration Department, NRD " PDRM " , " SPRM" and EC. Because it involves the future of the country and national security. But Mahathir had sold out Malaysia just to win the General Election in Sabah . He had also humiliated the Chinese and Indians in this country when he argued about the citizenship given by Tunku to the British Subjects in Malaysia.
As a matter a fact, many old Chinese who came here until now were not given the Blue IC's and many Indians who were born here are " nationless " . But, on the other hand; foreigners such as Bangla, Indon, Filipinos, Pakistani and Mynmars were given the Blue IC's by NRD and listed as votes in the ELECTORAL ROLL by EC! . The act of treason by Mahathir of the BLUE IC's SCANDALS in a syndicate collaborations of : Mahathir ( now with Najib) – NRD and EC and the key person in NRD is Wan Ahmad b. Wan Omar ; who was the traitor of BLUE IC's syndicate since 1999 being the Sabah EC Director and now still in office as the Deputy EC Malaysia Director . How come a traitor of the nation is still in office?
How did Mahathir sold the nation with the NRD and EC Collaborations:
Phase 1 : G17( Group 17 ) BLUE IC's Projects : 1990-1992
- Leader: Ex Sabah NRD Chief : Abdul Rauf Sani ( 1990-1092)
- G17 Blue IC's syndicate members:
2.1 . NRD officers: Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil, Yakub Damsah, Asli Sidup.
2.2 Politician: Political Sec.of Mahathir at that time: Aziz Shamsuddin.
2.3 Duration: Since 1990
MODUS OPERANDI: RCI FINDINGS
- Sabah NRD officers processed between 40,000 to 100,00 BLUE IC's for foreigners; particulars and IC's at that time were processed by hand.
- Afer the particulars were written in the respective cards according to the forms supplied to the respective officers; it's being sent to NRD HQ at Petaling Jaya to be laminated prior to sending it to Kota Kinabalu.
- The respective officers told that they never argued on the application forms and how they received it , and only filled up the forms for the BLUE IC's purpose.
- They claimed operation operated from Tan Sri Aziz Shamsuddin's residence at Kpg Pandan. Asli Sidup described the activities as " Extra Ordinary Practice ".
- Another officer, Khee Dzulkifly Khee Abdul Jalil described the operation as " G17 " ( Group 17 ) said: they also issued about 200,000 BIRTH CERTIFICATES to the immigrants.
- These documents are essential for the application of BLUE IC's follow-up. It's called G17 because it involved 17 members.
- The Operation Chief, abdul Rauf Sani confirmed that about the info ( above ) but denied using the name " G 17" he claimed acted on his own.
- All the known personalities were later detained under the ISA for at least 2 years.
- Only one i.e. Abdul Rauf, was detained under ISA for 2 months, followed by a house limitation detained for 5 months.
- Abdul Rauf now is he Chief Executive Officer of Totalisator Board of Malaysia under the Ministry Of Finance.
PHASE 2 : BLUE IC's SYNDICATE: OPS DURIAN BURUK SINCE 1993
- Leader: Operation Chief: Ramli Kamaruddin ( 1993-1995)
- Syndicate Members:
2.1. Ex Sabah NRD Chief: Ramli Kamaruddin ( 1993-1995 )
2.2. Ex Sabah NRD Deputy Chief Director: Mohd Nasir Sugip
2.3. Asli Sidu NRD Officer also a member of G17
2.4. Ex Sabah EC: WAN AHMAD WAN OMAR ( The Current Deputy Director Of EC Malaysia still )
2.5. Ex Sabah CM : Osu Sukam.
2.6. Ex Deputy Minister Of Home Affairs: Megat Junid Megat Ayub.
3.DURATION: Since 1993
MODUS OPERANDI : RCI FINDINGS
- Sabah EC gave electorates info to Sabah NRD. All info were taken inclusive of names, I.C. No. of registered voters who never voted or died.
- NRD issued IC RECEIPTS to foreigners using these info ( above ) implaced the foreigners as legal and registered voters in order to vote as the original voters! ) .
- According to the Election Regulations; these TEMPORARY RECEIPTS issued prior to issuing of the Blue Ic's are good enough to ALLOW ANY INDIVIDUAL TO VOTE . In this case involving FOREIGNERS!
- " PANTOM VOTERS" were implaced in areas difficult for UBN to win according to the RCI witnesses.
- The Operation Chief, Ramli Kamaruddin clarified that; he implemented these projects after he received the DIRECTION in a meeting with the EX DEPUTY HOME MINISTER, Megat Junid Megat Ayub at HYATT HOTEL, KOTA KINABALU.
- Also presence at the meeting was Asli Sidup. NRD Officer and OSU SUKAM who was later became the Sabah CM in the year 1999 ( A SUCCESS OF MAHATHIR SELLING OFF THE NATION FOR GE PSEUDO VICTORY! ).
ACTION NOW DEMANDED BY THE RAKYAT!
The current Deputy EC Malaysia,( WAN AHMAD WAN OMAR ) must RESIGN effective immediately or must be suspended for good; for the sake of the nation safety and security; for he's the man involved in EC scandals with NRD initiated by Megat Junid and Aziz Shamsuddin with Mahathir as the MASTER MIND as admitted by him himself! .The well known veteran devil TRAITOR OF THE NATION . Why he's not send to ISA! Or awaiting to become as Suharto ! or Mubarak!
And how the nation was sold with: 138,000 of ' PANTOM VOTERS " unidentified locality but allowed by EC Selangor; just for the reason that their names have been registered as voters . And Lajim parliamentarian of Sabah said: 40,000 of Sabahans were sent by EC as voters in Selangor! 80% are foreigners; Filipinos and Indonesia. And PM of Bangladesh once said many Bangla were given BLUE IC's by NRD and registered as voters in the ELECTORAL ROLL by EC ! ( the portal in the internet was deleted then ) .
If all these Mahathir( and Najib now ) –NRD- EC scandals has occurred in Sabah! Who could say no it won't recur in Selangor , Penang, kedah, Terengganu and Kelantan with the same MODUS OPERANDI ! "SPRM" SUHAKAM must take up these treacherous matter with the Parliament and Agong LEGAL authorized to clean up the ELECTORAL ROLL immediately in order to avoid " Arab Spring" !
SOURCE: RCI FINDINGS in harakah dated : 1-3 FEB 2013.
==================================================================================================Tenaga risikan negara diguna bagi tujuan politik, dakwa Ghafir
13 Mac 2013
PETALING JAYA - Kegagalan agensi perisikan negara mengesan awal akan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah adalah punca utama banyak nyawa telah terkorban dalam insiden berkenaan.
Menurut bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B), Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, jika anggota perisikan menumpukan kepada usaha mengesan lebih awal akan kemasukan penceroboh dari negara luar, maka insiden di Lahad Datu dapat dielakkan.
"Apa yang saya hendak tekankan perisikan tak berfungsi sehinggakan mereka yang masuk ini tidak dapat kita ketahui.
"Keupayaan mereka dari segi perisikan luar negara, badan dan aset mereka digunakan bagi tujuan operasi politik," dakwa beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Malah dakwanya anggota perisikan negara seolah-olah sudah "hilang kepakaran dan aset" untuk menjalankan kerja-kerja perisikan bagi menjaga benteng pertahanan negara.
Beliau meminta seluruh rakyat Malaysia menggesa kerajaan agar memohon maaf atas kegagalan menangani insiden di Lahad Datu sebelum keadaan menjadi parah dan membawa banyak kematian anggota keselamatan.
"Apa yang berlaku setelah 23 hari, lebih kurang, barulah kita hendak bertindak," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendesak kerajaan untuk memastikan waris kepada wira negara yang telah terkorban diberikan jaminan pendidikan, perumahan dan pelan insurans kesihatan sebagai mengenang jasa ketua keluarga mereka yang telah terkorban.
"Untuk maksud ini saya menggesa rakyat Malaysia untuk bersatu atas prinsip dan pendirian yang jelas demi kemakmuran dan keselamatan rakyat Malaysia," ujar beliau.
Menurut Azmin, pihaknya turut dapat mengesan isu keselamatan di Lahad Datu dan Semporna ini cuba dialihkan kerana kegagalan kerajaan menanganinya.
Sementara, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sekali lagi mengulangi gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu keselamatan negara dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang.
Dalam perkembangan terbaru, polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Pihak polis sudah pun berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan kepada mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan.
Malah polis juga difahamkan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang memperlekeh dan mempersoal tindakan anggota keselamatan yang terkorban dan cedera dalam Op Daulat.
Bahkan mereka yang menyebar ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan juga akan berhadapan tindakan undang-undang.
Lahad Datu: Musuh menyusup melalui Projek IC – Brig Jen (B) Hadi
Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, berkata 'musuh sebenar' sudah diberi IC oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara leluasa.
"Sekarang mereka hendak buat apa? Kita hantar jet pejuang, pasukan tentera bom mereka. Tak semudah itu kerana orang-orang yang jadi musuh dibawa oleh Mahathir, diberi IC.
"Yang inilah yang jadi musuh sebenar, bukan mudah hendak kenal pasti mereka sekarang," katanya ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Ampang Malam tadi.
Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu juga mempertikai penghantaran tentera ke Sabah dengan menaiki pesawat komersil, Air Asia.
"Pergerakan tentera pun naik Air Asia. Hendak bagi Tony Fernandez dapat duit? Komisyen? Mana pergi pesawat TUDM? Mana pesawat tentera?
"Atau spare part (alat ganti) tak ada? Enjin jet dijual? Sebenarnya, percayalah – terlalu banyak penyelewengan dan penipuan berlaku," katanya, sinis.
Beliau juga mengulangi kekecewaannya berikutan pertahanan negara mudah bolos dan menyalahkan kegagalan risikan tentera yang mengikut telunjuk orang politik.
Hadi juga kesal kerana pimpinan negara lambat membuat keputusan hingga menyebabkan ramai anggota pasukan keselamatan terkorban.
"Perdana Menteri kelabu, (Datuk Seri) Zahid Hamidi kelabu, (Datuk Seri) Hishamuddin (Hussein) tak tau hendak buat apa.
"Saya malas sentuh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, IGP (Ketua Polis Negara). Saya pun dalam sistem yang sama dulu. Tapi, terlalu ramai yang lembap, tak tau buat keputusan," katanya.
RCI diberitahu petugas JPN terima RM1juta kerana benarkan pendatang mengundi
TERKINI @ 05:50:50 PM 29-01-2013
KOTA KINABALU, 29 Jan —Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjual 16,000 resit JPN dengan RM1juta, yang membenarkan pendatang mengundi di Sabah, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram diberitahu hari ini.Pegawai polis cawangan khas (SB) DSP Badaruddin Ismail yang bekerja di Kelantan memberi keterangan hari ini Ramli Kamaruddin menjual setiap resit dengan harga RM250 setiap satu sekitar 1993 dan 1995 kepada pendatang haram dari Filipina, India, Pakistan dan negara-negara lain.
"Beliau (Ramli) beritahu dia melakukan perkara tersebut kerana wang," kata Badaruddin kepada RCI hari ini.
Badaruddin yang pernah menyoal siasat Ramli, menegaskan Ramli memberitahunya, beliau melakukan perkara tersebut untuk keuntungan peribadi tanpa menerima arahan daripada pihak atasan.
Ramli walau bagaimanapun, memberitahu RCI baru-baru ini, arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, bekas timbalan menteri dalam negeri telah memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit JPN, yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan sama dengan pengundi berdaftar, kepada pendatang.
Ramli telah memberitahu sejumlah 200 resit JPN dikeluarkan bagi lima atau enam kerusi dewan undangan negeri, dimana kerajaan merasakan sukar untuk menang, sebelum pilihan raya negeri 1994.
Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.
Akan tetapi beberapa ahli dewan undangan negeri (Adun) PBS melompat menyertai Barisan Nasional (BN), tidak berapa lama selepas itu, menyebabkan kerajaan PBS jatuh.
Ramli berkata bahawa beliau telah menggunakan sejumlah daripada RM1 juta untuk perkara-perkara peribadi dan memberikan baki kepada pegawainya dan untuk menganjurkan festival sukan di Pulau Pinang untuk pekerja bawahannya, menurut Badaruddin.
Pegawai SB itu menambah bahawa Ramli mengedarkan 14,000 resit JPN kalangan pekerja bawahan untuk dikeluarkan kepada pendatang, manakala 2,000 resit peribadi dikeluarkan oleh Ramli kepada orang-orang tertentu.
Seorang lagi bekas pengarah JPN bernama Datuk Abdul Rauf Sani telah menjual 6,305 kepada pendatang Filipina dan Indonesia, termsuk kepada orang tempatan dengan RM167,300 kata ketua SB sabah Datuk Ibrahim Zakaria kepada RCI awal hari ini.
Ibrahim menambah, 94 orang termasuk 24 pegawai JPN ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1994 hingga 2000 kerana mengeluarkan kad pengenalan di Sabah secara haram.
"Tidak, dia (Rauf) tidak mengatakan dia bertindak atas arahan, tetapi dia bertindak sendiri," kata Ibrahim.
"Dari risikan yang saya kumpul, ia lebih kepada untuk mendapatkan ganjaran, keuntungan," kata Ibrahim, yang memakai sut hitam dan tali leher merah.
Ditanya jika Ibrahim percaya bahawa Rauf telah bertindak sendiri, Ibrahim berkata: "Beliau adalah orang pintar, berpendidikan luar negara, sangat komunikatif, mempunyai kedudukan dalam perkhidmatan kerajaan, saya terima apa yang beliau katakan sebagai kebenaran."
Rauf, bagaimanapun memberitahu RCI baru-baru ini kad pengenalan biru juga dikeluarkan untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah.
Beliau mengatakan sedar bahawa pendatang di Sabah telah diajar untuk mengundi dalam pilihan raya, jika tidak kad pengenalan mereka akan dibatalkan.
Bekas penolong pendaftar JPN Sabah Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil memberi keterangan baru-baru ini 100,000 kad pengenalan biru telah diberikan kepada pendatang Filipina, Indonesia dan Pakistan di Sabah pada tahun 1993.
Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.
Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke 1985, menafikan kewujudan "Projek IC" tersebut.
Dr Mahathir memberitahu sidang media baru-baru ini pendatang asing di Sabah memang menerima kerakyatan, tetapi menegaskan ianya "mengikut undang-undang".
Inkuiri dihadapan bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan bersambung esok.
==================================================================================================
From :
From :
==================================================================================================
Sejarah buktikan UMNO "Pengkhianat Bangsa"
Oleh al-bakistani / greenboc
Berikut ialah koleksi video klip yang mendedahkan pembohongan parti UMNO selama ini. Ia dapat di lihat di dalam siri video klip ini dimana terbukti pejuang kemerdekaan yang sebenarnya bukan UMNO yang pada masa itu slogannya ialah "Hidup Melayu" tetapi PKMM, MDU dan lain-lain di dalam PUTERA-AMCJA dengan pemimpin-pemimpin mereka seperti Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Mohammad (Pak Sako), Lim Kean Chye dan lain-lain berslogankan "Merdeka".
UMNO sebenarnya adalah BARUA British, yang telah menangkap dan menekan perjuangan rakyat. Ramai yang merengkok di alam penjara dan ramai juga yang telah dibuang negeri. Ikutilah kisah menyayat hati tentang pembohongan UMNO yang telah merampas "panji kemerdekaan" dan dengan angkuh memadam sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan untuk mendabik dada tanpa segan silu kononnya UMNOlah pejuang kemedekaan Tanah Melayu.
==================================================================================================From :
From :
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment