06 March 2013

Help Palestine [hidayahnet] Alangkah baiknya kalau semua jadi Pak Sanggup

 


Alangkah baiknya kalau semua orang jadi Pak Sanggup kerana Allah, bukan kerana manusia. Taman perumahan tempat saya tinggal rata-ratanya orang bekerja. Surau kami tiada siak tetap, masing-masing sukarela membersih surau mana yang termampu. Sekali sekala buatlah gotong royong.
 
Surau kami memang sentiasa tidak berkunci, agar memudahkan para musafir untuk solat dan menggunakan tandas surau. Tabung surau pun tidak diletakkan untuk umum. Siapa nak derma, terus beri pada AJK.
 
Kadang-kadang terkilan juga ada masanya tak ada orang yang nak bersihkan surau, kerana masing-masing sibuk bekerja. Ada kalanya tak ada orang nak azan, terutama apabila waktu bekerja.
 
Tapi Alhamdulillah, dengan tidak semena-mena, tiba-tiba surau kami ada seorang Pak Aji yang baru berpindah. Dialah yang pasangkan kaset mengaji sebelum Maghrib, dialah yang azan bila masuk waktu, malahan dia juga yang bersih kapet surau, bersih tandas surau.
 
Tak ada sesiapa yang suruh. Dan dia pun tak ada mengeluh kalau ada yang mengotorkan surau.
 
Rupa-rupanya Pak Aji ini baru bersara. Umur dalam 50an. Dia kata tak ada apa-apa nak buat di rumah , dia pun buatlah apa yang patut di surau.
 
Alangkah baiknya kalau ramai orang jadi Pak Sanggup kerana Allah macam Pak Aji ini, daripada melepak di kedai kopi, siber kafe dan sebagainya lebih baik beramal ibadah di surau atau masjid, lebih-lebih lagi mereka yang bersara, mereka yang menganggur dan sebagainya
 
Pak Aji ni tak tanya siapa siak, siapa AJK surau yang jaga kebersihan, mana tabung surau untuk kebersihan, kenapa tandas surau kotor dan sebagainya.
 
Memang amat susah nak jumpa orang macam Pak Aji ini. Satu rahmat yang amat bermakna untuk surau kami.
 
Dari Abu Malik Ash'ary katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : Kebersihan itu sebahagian daripada iman, membaca Alhamdulillah memenuhi timbangan, membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi, Solat itu cahaya. Sedekah itu bukti. Kesabaran itu adalah pencahayaan, Quran itu akan menjadi kawan (hujjah) atau lawanmu, Manusia itu bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya
Hadis sahih riwayat Muslim

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment