25 February 2013

Help Palestine [hidayahnet] Rembau semakin membangun, harap penduduk mendapat pembelaan sewajarnya

 


Negeri Sembilan khususnya daerah Rembau semakin membangun. Hospital Rembau akan didirikan walaupun tender kerja bangunan belum dikeluarkan. Pembinaan Kampus UiTM Rembau sudah diumumkan, dengar ceritanya di Kundur. Jalan keretapi berkembar masih dalam pembinaan. Kini telah diumumkan jalan keretapi laju Singapura-KL yang lebih besar dari landasan keretapi berkembar.

Setiap pembangunan, pasti ada pengorbanan. Pembangunan makin banyak di Rembau, tetapi masalahnya ialah perumahan untuk anak Rembau. Rumah semakin mahal, pengurusan tanah adat yang terbiar tidak dapat dimanafaatkan untuk perumahan anak Rembau. Bayangkan rumah teres 1 tingkat di Kundur yang hanya seluas 20kaki x 60 kaki kini hampir RM150,000 sebuah.

Penduduk di Rembau tidak mengharapkan pampasan tanah sebanyak RM22 sekaki persegi atau hampir RM1 juta seekar seperti mana tanah tapak Hospital Rembau. Biarlah pampasan tanah berbaloi, bukannya antara RM50,000 ke RM 150,000 seekar. Sekurang-kurangnya sekitar RM12 sekaki persegi atau hanya RM500,000 seekar yang jauh lebih murah dari tanah tapak Hospital Rembau.

Penduduk Rembau juga mengharapkan agar kos kelulusan pelan rumah oleh Majlis Daearh Rembau tak perlulah sampai hampir RM10,000, biarlah berpatutan, mungkin 2 peratus dari kos rumah atau sekitar RM3,000 sahaja.

Kisah membicarakan isu Masalah rumah dan tanah untuk Anak Rembau sebelum ini di http://rozmal.blogspot.com/2013/02/masalah-rumah-dan-tanah-untuk-anak.html

Rakyat NS bakal nikmati kemudahan keretapi laju
February 22, 2013

SEREMBAN, 22 Feb : Rakyat Negeri Sembilan akan menikamti kemudahan keretapi laju apabila Seremban juga merupakan salah satu laluan keretapi itu yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.
Menteri Besar, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hasan berkata menjelaskan dengan terbina dua buah hentian yang menghubungkan dua buah bandaraya berkenaan akan memudahkan lagi sistem perhubungan sedia ada.
"Sehubungan itu, ia juga dapat memendekkan jangka masa perjalanan dan mengatasi masalah – masalah sistem pengangkutan serta memberi lebih pilihan kepada pengguna selain menggunakan jalan raya dan kapal terbang.
Tambah Menteri Besar, setakat ini hentian yang akan menjadi pilihan di Seremban di laluan tersebut masih di peringkat perbincangan.
Katanya, laluan keretapi laju akan dibina baru kerana saiz laluannya lebih besar berbanding laluan keretapi yang sedang beroperasi sekarang.
"Laluan sedia ada, adalah laluan bersaiz sederhana dan laluan kecil, keretapi laju itu akan melalui beberapa buah negeri antaranya ialah Johor, Melaka dan Negeri Sembilan," katanya.
Justeru, Beliau berharap dengan terbina keretapi laju berkenaan akan dapat memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment