16 February 2013

Help Palestine [hidayahnet] Kenapa nak marah penganut Hindu sembahyang malam?

 


Baru-baru ini Balai Polis Bandar Baru Senawang telah mengadakan pertemuan dengan semua pengerusi surau dan masjid sekitar Senawang untuk membincangkan masalah keselamatan di surau dan masjid masing-masing.

Menurut pengerusi surau tempat saya, katanya banyak perkara yang dibangkitkan ialah masalah taman, bukan masalah surau.

Ada wakil satu surau membangkitkan masalah penganut Hindu di kuil berhampiran perumahan sembahyang sampai lewat malam dan tidak senang dengan bunyi bising apabila penganut Hindu ini sedang bersembahyang.

Pengerusi taman saya kata dalam pertemuan tersebut, kita pun ada salahnya. Kita orang Melayu kalau buat kenduri kahwin , kalau yang ada buat karaoke tu, buat bising juga sampai ke lewat malam.

Tadi saya kata pada pengerusi surau saya, buat apa nak sibuk dengan kuil Hindu, surau kita, masjid kita yang sepatutnya buat program setiap malam, kuliah ilmu, ceramah, qiamulail, qasidah, berzanji dan sebagainya.

Tengok saja Masjid Tuanku Jaafar, di Taman Tuanku Jaafar dekat Sg Gadut tu, kalau lepas isya lalu dalam pukul 9.30 dah gelap masjid, bukan setakat pintu masjid tutup, dengan pagar-pagarnya sekali di tutup, tak pastilah kunci ke tidak.

Pengerusi surau saya kata, surau tempat kami tak pernah berkunci, sebab laluan orang ramai. Alhamdulillah setakat ini tak ada perkara serius berlaku setakat budak-budak main dalam surau, hisap rokok dalam tandas surau. Curi duit surau memang tak pernah berlaku, sebab tak ada tabung surau. Yang peliknya bil elektrik surau kami tiap-tiap bulan negatif, bulan lepas negatif RM300 lebih, entah siapa bayar , tak tahulah.

Yang buat masalah di surau dan masjid kita, orang Melayu sendiri, orang Islam sendiri, bukannya orang Hindu.

Ada yang datang masjid semata untuk kencing pun orang kita, ada yang datang masjid semata nak tukar lampin anak pun orang kita, ada yang datang masjid buang puntung rokok merata-rata pun orang kita, ada yang menconteng pintu tandas masjid pun orang kita, yang mencuri tabung masjid pun orang kita.

Nampaknya terlalu banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kita semua bagaimana orang kita ini perlu menghormati masjid, kerana ianya sebahagian daripada mengagungkan dan memelihara kesucian kalimah ALLAH.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment