09 February 2013

Help Palestine [hidayahnet] HARAM MENTAKWIL AYAT AL QURAN DAN HADIS SEWENANG WENANG MENGIKUT AKAL FIKIRAN DAN HAWA NAFSU.

 


Sabda Nabi saw ;

"Barangsiapa berkata-kata (menafsirkan) tentang Al-Quran dengan pemikirannya semata-mata. Maka, hendaklah dia mensiap sediakan tempat duduknya di dalam api neraka Jahannam." (HR Imam Tarmizi dan Nasai' – Sahih Tarmizi, Juzuk 2, halaman 67)

 

Al-Zarkasyi dalam al-Burhan berkata: "Ketahuilah bahawa tidak tercapai kefahaman makna wahyu dan nyata segala sir-sirnya sedangkan dalam hatinya terdapat unsur bidaah, takabbur, hawa nafsu, cinta dunia atau yang kekal melakukan maksiat, atau tidak tahqiq iman atau daif tahqiq atau bergantung kepada pendapat mufassir tanpa ilmu atau kembali kepada akalnya. Ini semua adalah hijab / terdinding daripada tafsir."

 

Para ulama menyebut al Quran dan Hadis adalah hak Allah dan Rasul SAW.Dan sesiapa yang  mentafsir dan mentakwil ikut akal fikiran dan hawa nafsu nya dan tanpa memutuskan dengan apa yang dikehendaki Allah dan merujuk kepada syarah ulama muktabar adalah batil.

 

Maka kita sangat dilarang memandai mandai dan sewenang wenang mengguna ayat al Quran dan Hadis untuk mentafsir sesuatu kejadian atau isu semasa mengikut pandangan dan fikiran kita sendiri, tanpa ilmu dan tidak mencukupi syarat-syarat ahli tafsir..

 

Maka sesiapa yang ingin mengguna ayat ayat al Quran atau Hadis untuk mentakwil, saperti mentakwil isu isu semasa hendaklah mahir dalam ilmu dan adab nya.

 

Di antara syarat syaratnya yang wajib ada ialah mempunyai pelbagai ilmu, antaranya, Ilmu lughah seperti kata Mujahid : Tidak halal bagi seseorang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat bercakap tentang kitab Allah jika tidak arif / tahu dengan bahasa Arab.

Disyaratkan juga menjauhkan perkara-perkara ini :

* Tanpa ilmu dan tidak mencukupi syarat-syarat ahli tafsir.

* Membincangkan perkara yang berada di dalam ilmu Allah semata-mata.

* Mengikut hawa nafsu.

* Tafsir ayat-ayat dengan makna yang tidak boleh ditanggungnya.

* Tafsir secara pasti seperti kehendak Allah daripada ayat ini begini-begini.

 



===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment