05 February 2013

Help Palestine [hidayahnet] Perpaduan Melayu perlu diamalkan, bukan diretorikkan

 


Sebentar tadi Dato' Firdaus yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rembau yang juga ADUN Chembong (1995-2004) dan Ahli Parlimen Rembau yang pertama (2004-2008) solat Isya bersama jemaah di Surau Taman Alamanda, Senawang. Selesai solat sunat , saya bertanya kepada Dato Firdaus yang datang bersama 2 jemaah lain yang juga saya kenali, ada apa-apa hajat yang boleh kami tunaikan.

Dato Firdaus kata nak jumpa pengerusi surau. Lalu saya perkenalkan kepada pengerusi surau, Ustaz Khairuzzaman. Agak lama juga kami berbual, isu setempat, bukan isu politik. Dato Firdaus tanya nama penuh saya, rupanya Dato Firdaus kenal juga arwah ayah saya. Dah buka pula sikit cerita kampung, cerita keluarga.

Secara kesimpulannya pihak surau mengalu-alukan kedatangan Dato Firdaus serta rombongan, serta sentiasa mengamalkan sikap terbuka untuk mana-mana pihak untuk menganjurkan apa-apa majlis.

Kesimpulannya, kalau saya dengan Dato Firdaus pun boleh beramah mesra, takkan penyokong-penyokong di bawah ini semasa kempen pilihanraya tidak boleh mengamalkan sikap kempen yang penuh adab sopan.

Yang kita nak kempen ni, jiran kita, saudara mara kita, orang kampung kita.

Perpaduan Melayu bukanlah satu perkara yang dicanang-canang, ianya adalah satu amalan Islami.

Kalau mana-mana ahli parti faham Islam, tidak timbul masalah perpecahan orang Melayu walaupun mereka dari parti yang berlainan.

Sedangkan ahli dan pemimpin dalam parti yang sama pun boleh berpecah belah apatah lagi diluar parti.

Jadi untuk bersatu padu, berpeganglah kepada ukhuwwah Islamiah, buat apa yang Allah dan Rasul suruh, tinggalkan apa yang Allah dan Rasul tegah.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment