13 February 2013

Help Palestine [hidayahnet] Jentera Pakatan Rakyat DUN Kota bersedia hadapi PRU 13

 


Rembau 12 Feb 2013 – Majlis Ceramah dan Pelancaran Bilik Gerakan UPU Pakatan Rakyat Kg Batu, DUN Kota, Rembau malam tadi telah disempurnakan oleh Ustaz Nor Azman bin Mohamad selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan.
 
Turut hadir ialah Sdr Yusuf Tapar selaku Pemangku Ketua Cabang PKR Rembau, Sdr Rozmal Malakan selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau, Tn Hj Kamarul sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS N.Sembilan serta Sdr Izamri Med selaku Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kota.
 
Majlis telah dipengerusi oleh pemidato muda anak tempatan dari Kg Sawah Raja iaitu Sdr Sahrizal Masrudin.
 
Turut kelihatan ialah kelibat beberapa orang SB serta polis dari IPD Rembau yang merakamkan secara langsung ceramah malam tadi disamping menjaga ketenteraman awam.
 
Majlis telah berlangsung dalam suasana harmoni tanpa sebarang gangguan oleh mana-mana pihak.
 
Sambutan pada malam tadi menunjukkan para petugas Pakatan Rakyat DUN Kota telah bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.
 
Walaubagaimana pun Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kota Sdr Izamri mengatakan pihaknya masih memerlukan ramai petugas serta dana kewangan untuk mempastikan kemenangan Pakatan Rakyat di DUN Kota dan Parlimen Rembau memandangkan DUN Kota mempunyai kawasan yang luas iaitu sebanyak 15 UPU serta memerlukan lonjakan undi yang banyak kerana pada PRU 12 pada tahun 2008 , PAS tidak menang dengan kekurangan hampir 4000 undi.
 
Kepada mereka yang ingin menjadi Sukarelawan Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230
 
Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
 
Gambar-gambar majlis malam tadi yang berlangsung dalam suasana santai di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/02/jentera-pakatan-rakyat-dun-kota.html

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment