16 February 2013

Help Palestine [hidayahnet] Kesian kakitangan Imigresen Malaysia, derita mereka siapa yang tahu

 


Hari ini Sabtu 16 Feb 2013 saya dan isteri ke Jabatan Imigresen Malaysia di Seremban untuk urusan membuat pasport antarabangsa. Dah lama saya tak pergi ke Jabatan Imigresen ini, rasanya berpuluh tahun dah tak ke sana. Dulu saya datang dengan arwah ayah, masa tu walaupun tidak ada sistem komputer canggih, masih menggunakan borang, tiada pengambilan nombor secara otomatik, namun tidaklah perlu tunggu seharian untuk urusan pasport rasanya.

Jadi saya dan isteri ingat , mungkin hari ini telah berubah, perkhidmatan buat pasport mungkin makan masa sejam saja.

Sebaik kami keluar lif tingkat 2 Wisma Persekutuan, kami amat terperanjat, jam baru 8.15 pagi, tapi dah sesah sampai kawasan luar lif. Tak boleh nak masuk. Tak berjalan. Tak berapa lama kemudian kawasan sekitar lif sudah padat macam dalam tin sardin.

Sebelum tu di pintu masuk Wisma Persekutuan sudah tertulis Nombor Giliran untuk urusan pasport hanya sampai 150 sahaja hari ini. Dalam fikiran saya , dapat ke tak nombor ni, orang dah padat, yang dalam pejabat imigresen saya tak nampak lagi berapa ramai.

Kami pun berhimpit-himpitlah masuk, kekadang terangkat juga pada ada yang tolak dari belakang.

Kesian tengok orang tua, warga emas, ibu yang bawa anak kecil, pakcik yang pakai kopiah putih 1Malaysia pun turut berhimpit-himpit untuk mendapatkan nombor giliran.

Dalam masa berhimpit tu ada kedengaran , ada yang mengeluh ini hari kedua, hari ketiga dia datang keadaan macam ni, sesak.

Ada pula yang kata dia datang tunggu nombor giliran sejak pukul 5 pagi.

Apabila menghampiri kaunter nombor kesian tengok kakitangan imigresen memberi penerangan dan nasihat supaya tidak potong barisan dan menolak-nolak.

Apabila hampir sampai giliran saya, nombor dah nak sampai 150, saya dah rasa kecewa, kena datang pula hari lain.

Tapi kakitangan imigresen tadi minta orang ramai beratur lurus, dia nak tolong tengok sampai berapa boleh beri nombor.

Alhamdulillah akhirnya saya dapat nombor 163 pada jam 9.14 pagi. Saya pun mencongak, kalau 1 jam , boleh selesai urusan 20 orang, jadi saya punya mungkin lepas 12 tengahari.

Kami pun keluarlah dulu , isi perut. Akhirnya urusan kami selesai sekitar jam 1.20 ptg. Selesai hantar borang je, pasport kena datang pula minggu depan untuk ambil. Untuk ambil pasport ada kaunter lain, tak perlu bersesak.

Kesian tengok orangramai yang datang bersesak-sesak, termasuk pakcik yang pakai kopiah putih 1Malaysia, merungut-rungut pakcik tadi, kata perut dia dah lapar sangat.

Lagi kesian saya rasa kakitangan imigresen, rasanya mereka dari sebelum pukul 8 pagi hingga jam lebih 2 petang terpaksa bekerja, tanpa banyak keluhan. Mereka hanya menurut perintah. Walhal hari Sabtu waktu pejabat sepatutnya sampai 1 petang sahaja.

Kuasa untuk menambah kakitangan imigresen bukan di tangan mereka, kerana ianya melibatkan kos.

Kuasa untuk menambah waktu perkhidmatan, sampai ke petang, atau sampai ke malam seperti nightcourt bukan di tangan mereka, kerana ianya melibatkan kos.

Kuasa untuk menambah kaunter juga bukan di tangan mereka.

Kuasa untuk menambah pejabat imigresen juga bukan di tangan mereka. Mereka hanya menurut perintah.

Satu perkara yang amat pelik ialah kos buat pasport antarabangsa, untuk 2 tahun RM100, untuk 5 tahun RM300. Tak ke pelik, beli sikit murah, beli banyak mahal. Beli kuih 2 biji 10 sen, beli kuih 5 biji 30 sen. Bila tanya pada kakitangan imigresen , kenapa kos macam ni. Sambil tersenyum kakitangan imigresen tu cakap, "Kalau rajin datang ke pejabat imigresen buat 2 tahun, kalau tak nak datang selalu buat 5 tahun".

Saya dan isteri kerana urusan untuk menunaikan haji pada tahun ini insyaAllah.

Macamanalah pakcik-pakcik, atok-atok, nenek-nenek, terpaksakah mereka bersesak macam ni juga. Saya tanya pada kakitangan imigresen, setiap hari ke macam ni. Katanya memang setiap hari, kalau hari bekerja biasa Isnin-Jumaat , nombor giliran sampai 300, tapi pukul 10 pagi dah habis nombor.

Harap Tabung Haji Malaysia dan Jabatan Imigresen dapat bekerjasama agar dapat mengadakan urusan kaunter khas semasa kursus haji di masjid-masjid seluruh Malaysia selepas ini.

Lagi gambar-gambar kesesakan di Jabatan Imigresen Malaysia pada 16 Feb 2013 di http://rozmal.blogspot.com/2013/02/kesian-kakitangan-imigresen-malaysia.html

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment