25 June 2012

Help Palestine [hidayahnet] WASPADA KUMPULAN KHAWARIJ MODEN

 

Dalam kitab kitab tauhid di antara aqidah yang batil yg di sebut sebut ialah aqidah Khawarij. Khawarij yang seakan kelompok Syiah,dan Ahbash di anggap tersesat dari ajaran Ahlil Sunnah Wal Jamaah.Walaupun pada zahirnya mereka kelihatan hebat dalam pengamalan beragama. 

Kelompok khawarij moden telah berkembang pesat ke sebahagian besar negara negara Islam seluruh dunia samada secara individu, kelompok,kumpulan atau jemaah (samada di sedari atau tidak).

Di sini saya bentangkan di antara ciri ciri Puak Khawarij Moden.

  • Sifat Khawarij yang paling keji ialah mudah mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan fahaman kelompoknya.
  • Khawarij gemar mencabar secara egois, emosional,sentimen dan menyerang pemerintah (kerajaan) Islam serta penyokongnya dengan ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis lemah dan palsu serta memberi fatwa yang keliru untuk mengaburi fikiran masyarakat Islam.
  • Mereka pakar spin,memutar-belit, mentakwil, merubah maksud atau menyelewengkan tafsiran Al-Quran mengikut hawa nafsu dan akal fikiran mereka demi mencapai matlamat iaitu untuk memenuhi selera dan kepentingan mereka.
  • Mereka gemar menghalalkan cara.
  • Mereka pakar menyelindung kebatilan dengan kebenaran.
  • Mereka mengaburi masyarakat dengan slogan dan gelaran indah, seperti gelaran yang arif,ulama,mursyid dan al-allamah al-muhaddith (ulama hadith) bagi Tok Tok guru atau pemimpin mereka saperti yang berlaku dalam kumpulan Ahbash di Lubnan.

*(Kemunculan kumpulan Ahbash di Lubnan ketika negara itu berada dalam konflik perang saudara sama seperti puakKhawarij dahulu yang muncul ketika umat Islam berpecah belah. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): "Mereka keluar (menentang khalifah) ketika orang ramai dalam keadaan berpecah belah". Sebagaimana puak Khawarij mengambil kesempatan untuk menyebarkan kesesatan mereka ketika keadaan umat Islam di zaman khalifah Ali r.a. berpecah belah, maka demikianlah juga kumpulan Ahbash mengambil peluang untuk menyebarkan kesesatan mereka ketika Negara Lubnan berada dalam keadaan huru-hara akibat perang saudara).

  • Mereka gemar di gelar al-Muhakkimah misalnya.Diberi kerana slogan yang sering mereka laungkan ialah 'tiada hukum melainkan bagi Allah', kononnya hanya mereka sahaja yang berhukum dengan hukum Allah.Hakikatnya semua itu hanyalah gimik yang bertujuan untuk mengaburi kebatilan yang mereka lakukan terhadap umat Islam.
  • Perbuatan mereka yang buruk dan keji itu telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w., "Adapun sesudah itu: Sesungguhnya kamu akan melihat sikap (ahli bid'ah) yang suka menyalahkan orang lain, maka bersabarlah sampai kamu berjumpa dengan aku." (Hadis sahih dalam As-Sunan Ibn Abi 'Asim. No. 1102).
  • Khawarij mudah menimbulkan kekecohan, malah suka kepada demonstrasi jalanan dan pemberontakan.
  • Ingatlah! Pemberontakan terhadap pemimpin Islam adalah ditegah oleh para Salaf as-Soleh. Abu Al-Haris Ahmad bin Muhammad As-Saigh berkata, "Aku melihat Abu Abdullah (Imam Ahmad bin Hambal) mengingkari memberontak kepada pemimpin. Beliau berkata: Aku tidak menyetujui pertumpahan darah (pemberontakan) dan tidak memerintahkannya." (As-Sunnah, hlm. 89. Hadis Riwayat Abu Bakar Al-Khallal dengan sanadnya yang sahih).
  • Muhammad Soleh Fauzan al-Fauzan hafizahullah pula berkata, "Orang-orang Khawarij menghukum pelaku dosa besar sebagai kafir yang keluar dari Islam, dan apabila mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka ia kekal dalam neraka." (Zahiratu Tabdi wa-Tafsik wa-Takfir wa-Zawbituha, Bab 7).
  • Atas dasar inilah golongan Khawarij menghukum kafir bagi pemerintah Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud.
  • Mereka gemar menghina dan menjatuhkan maruah para ulama yang tidak sehaluan dengan mereka.
  • Dan Khawarij menghalalkan pemberontakan terhadap penguasa yang melakukan dosa besar.
  • Mereka gemar bertakalluf.Takalluf bermaksud menimbulkan persoalan yang remeh temeh dan tidak perlu

Banyak lagi ciri ciri Khawarij moden yang tak sempat saya paparkan di sini.

(Sumber: Fitrah Islami Online)

===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment