Parti politik dan pemimpin mereka semuanya hendak menjadi juara di hati rakyat?
Bagaimana jika rakyat menginginkan perkara-perkara yang berbau maksiat? Misalnya, rakyat menginginkan penambahan pusat urut, pusat judi,pusat karaoke,pusat nombor ekor dan pusat jual arak ?. Adakah PEMERINTAH akan menuruti permintaan tersebut demi menambat hati rakyat? Atau bagaimana jika rakyat menginginkan pelbagai perkara maksiat lainnya, lalu dipenuhi oleh pemerintah ? Dahsyat bukan? Kemaksiatan bakal bermaharajalela, dan masyarakat akan semakin jauh dari rahmat Allah SWT.
Memang beginilah lumrah yang terjadi di kalangan para pemimpin di kalangan umat Islam yang berfikir dan terlibat dalam kancah kerangka idealisme sekular. Dan ini berlaku kepada para politikus yang kononnya memperjuangkan Islam. Ini bukanlah perkara yang retorik dan tidak berpijak kepada fakta.
Ini kerana, sesebuah parti politik (termasuk yang mengaku berjuang atas nama Islam), yang terlibat dan berjuang di dalam Sistem Demokrasi akan bertungkus lumus secara bersungguh-sungguh dan bermati matian agar hati rakyat ditawan ,dan seterusnya memilih dan mengundi mereka di dalam pilihanraya, yang akan menjadikan mereka berkuasa di dalam sistem pemerintahan sekular demokrasi.Tidak kira dengan jalan apa pun, segala cara dan taktik akan digunakan dengan semaksima mungkin untuk mencapai tujuan ini.
Di sisi lain, mereka akan bertungkus lumus cuba memburuk-burukkan parti lawan, agar pengaruh lawan berkurang, sekaligus kemenangan akan berpihak kepada mereka. Parti sekular dengan semangat asabiyyahnya, parti Islam dengan penggadaian maruahnya.
Inilah yang berlaku di seluruh dunia, saban hari dan saban tahun. Sampai bilakah rakyat umumnya, dan umat Islam khususnya akan terus dipertontonkan dengan pertelingkahan, perebutan kuasa dan penggadaian agama Islam yang suci ini?
Salaam & Regards
Amri el Wahab
My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com
My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com
=====================================Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
No comments:
Post a Comment