20 June 2012

Help Palestine [hidayahnet] SEMINAR KEBANGSAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DI MALAYSIA - 7 JULAI 2012

 

SEMINAR KEBANGSAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DI MALAYSIA
 
SABTU , 7 JULAI 2012 / 18 SYA'ABAN 1433H
AUDITORIUM DAENG CHELAK, MUZIUM SULTAN ALAM SHAH,
SHAH ALAM, SELANGOR.
 
PENGENALAN
 
Islam adalah al-din yang mengatur keseluruhan kehidupan manusia di muka bumi ini. Ia merupakan satu pakej yang lengkap merangkumi semua aspek seperti aqidah, ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah. Justeru keindahan Islam akan terserlah apabila semua pengajarannya dalam kesemua aspek di atas dilaksanakan. Di Malaysia sebagai contoh, aspek-aspek di atas dilaksanakan dengan baik, namun persoalan mengenai undang-undang jenayah islam seperti qisas, hudud terus menjadi polemik. Perbincangannya mengalami pasang surut.
 
Dari senario masyarakat di Malaysia hari ini, saban hari akhbar-akhbar, televisyen mendedahkan kepincangan masyarakat terutama dari aspek kejadian-kejadian jenayah. Pembunuhan, pembuangan bayi, penculikan, mencederakan, pukul, merompak, mencuri, menyamun, meragut, zina, rogol, pelacuran, judi, minum arak, penagihan dadah, murtad, qazaf, pecah amah dan sebagainya. Adakah undang-undang sedia ada gagal mencegah dan menghalang individu daripada melakukan perkara-perkara di atas?
 
Oleh itu, Persatuan Ulama Malaysia cuba mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar ini agar segala tanggapan negatif terhadap undang-undang jenayah Islam dapat diperbetulkan. Pada masa yang sama dapat menyatakan kedudukan sebenar undang-undang jenayah Islam.
 
OBJEKTIF
 
1.         Menghuraikan Islam sebagai sebuah cara hidup yang komprehensif.
2.         Menghuraikan falsafah undang-undang jenayah Islam.
3.         Menjelaskan kategori-kategori jenayah mengikut Islam.
4.         Menjelaskan senario kesalahan dan jenayah yang berlaku di Malaysia
 
PENYERTAAN
 
Seminar ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat, para ulama', intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan-pertubuhan gerakan Islam dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, badan-badan kebajikan dan lain-lain pertubuhan serta orang perseorangan.
 
ATUCARA
 
8.15 am         Pendaftaran
9.00 am         Aluan Pengerusi Majlis
9.10 am         Majlis Perasmian/Ucaptama
9.40 am         Minum pagi
10.00 am       Pembentangan 1
                        Islam Agama Komprehensif
YBhg. Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
                        Universiti Malaya (UM)
10.45 am       Pembentangan 2
                        Falsafah Uqubah Dalam Kesalahan Jenayah Islam
                        YBhg.  Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus dan Negeri Terengganu Darul Iman
11.30 am       Pembentangan 3
                        Senario Jenayah Di Malaysia
                        YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
12.15 pm       Pembentangan 4
                        Kedudukan Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia
                        YBhg. Tuan Hj Mahamad Naser bin Disa
                        Pejabat Peguam Negara
1.00 pm         Rehat/makan tengahari
2.00 pm:        Pembentangan 5
Penerimaan Non Muslim Terhadap Undang-Undang Jenayah Islam
                        YBhg. Ustaz Nik Muhammad Zawawi bin Salleh
2.45 pm         Pembentangan 6
Political Will Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam
                        YBhg. Prof. Madya Dr. Hasan Bahrom
                        Universiti Teknologi MARA (UiTM)
3.30 pm         Pembentangan 7
                        Hukuman Mati dan Hak Asasi Manusia
                        YBhg. Prof. Madya Dr. Azman bin Mohd Nor
                        Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
4.15 pm         Pembentangan 8
Kemalangan Jalanraya Dan Penyelesaiannya Mengikut Islam
                        YBhg. Dr. Siti Zubaidah binti Ismail
                        Universiti Malaya (UM)
5.00 pm         Pembentangan 9
Kaedah-Kaedah Pembuktian Dalam Undang-Undang Jenayah Islam
Prof. Madya Dr. Ruzman bin Mohd Nor
Universiti Malaya (UM)
5.45pm          Pembentangan 10:
                        Kesalahan Murtad Dan Senarionya Di Malaysia
                        Prof. Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil  
                        Universiti Teknologi MARA (UiTM)
 
MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN
 
YURAN PENYERTAAN :
Organisasi / Agensi / Pertubuhan         : RM100.00
Individu / Perseorangan                          : RM100.00
Pelajar / Ahli PUM                                      : RM  50.00
 
Pendaftaran Penyertaan :
 
Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 05 Julai 2012 dengan menghubungi:
 
Sdra. Azmi                : 013-384 0710
Pn. Suraya                : 013-403 8507
Pejabat                     : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Email                          : pumpusat@yahoo.com
Website                     : http://www.pum.org.my
 
Pengesahan kehadiran bolehlah difakskan terus ke : 03-5511 4302 atau email ke : pumpusat@yahoo.com atau SMS (sila nyatakan <SYARIAH LAW>-<NAMA PENUH>-<NO.KAD PENGENALAN>) ke nombor 013-3840710.
 
Segala pembayaran boleh dibuat melalui :
1.         Akaun Persatuan Ulama' Malaysia
(No. Akaun Bank Islam Malaysia Berhad : 12-047-01-000112-7 - Cawangan Seksyen 14, Petaling Jaya).
 
2.         Pembayaran melalui cek/tunai juga boleh dijelaskan pada hari seminar.


Persatuan Ulama' Malaysia
14B, Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks : 03-5511 4302
http://www.pum.org.my

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment