05 October 2011

Help Palestine [hidayahnet] Fwd: Pengalaman di lapangan - Dunia kemanusiaan - Somalia



Subject: Fwd: Pengalaman di lapangan  - Dunia kemanusiaan - Somalia

syukur... kat negara kita blum sampai tahap tu... nak solat


From:
Subject: FW: Pengalaman di lapangan  - Dunia kemanusiaan - Somalia

 

 

From: Wan Nuriha Bt Wan Abdul Rahman
Sent: Friday, 30 September, 2011 2:58 PM
To: Muhamad Zamri Bin Abdul Karim; Ainon Nazirah Binti Adnan; Aniza Binti Hamid; Azida Bt Ali; Mohd Amir Bin Ahmad; Ahmad Ekhwan Bin Ahmad Raffie; Mohd Azli Bin Yahaya; Wan Suhana Binti Ismail; Sabihah Binti Suhaimee; Siti Haida Binti Sh Yusof; Saiful Amir Bin Rosli; Syahrizal B Muhamad Shukur; Marliana Binti Adnan; Rogayah Binti Ab Malik; Rodzillah Binti Abdul Rani; Rosni Maizah Binti Idris; rahayunorbir@takaful-ikhlas.com.my; Hasmalina Bt Mohd Nasir; Hapizal Bin Hashim; Muhammad Faisal Muchtar
Subject: Pengalaman di lapangan - Dunia kemanusiaan - Somalia

 


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ / Good Day,

 

September 28, 2011

Minum Kopi Somalia dan Solat Maghrib di Garowe

Cerita aku ringkas je kali ni.

Nak ceritakan pengalaman solat bersama orang Somalia.

Ada satu petang tu, ABdiRazak, staf MRA di Somalia tu ajak aku makan samosa yang paling sedap di Garowe. Kat sini semuanya camtu, tak de yang tak sedap semuanya sedap belaka, padahal biasa-biasa je. "Mr. Shahrul I will bring you to the best samosa in Garowe, you will never forget after this", begitu menyakinkan.

Bila kami tiba, samosa sedap rupanya dah habis, yang tinggal hanyalah tuna dan sardine sandwich je, tapi dah alang-alang sampai, rembat ajelah. Aku minta segelas kopi Somalia. Rasanya kopi tapi pelik sikit, susah aku nak describe rasa tu. Tapi kopi Somalia nie takde power apa-apa cam kita minum susu unta atau teh telur di Padang. Dia bagi kopi dan susu berasingan. Gula tak campur, tambah ikut citarasa. Jadi bila nak minum, kita kena masukkan kopi kedalam bekas susu tu. Kalu nak masukkan susu kedalam cawan kopi, takut tak muat, tertumpah nanti.

Bila azan Maghrib berkumandang je, tuan punya kedai terus saja tutup kedai dia walaupun ada dua tiga customer baru sampai, dan customer nie pun tak nak cari pasal, terus saja ke kawasan tepi kedai yang dijadikan semacam surau sementara. Bentang tikar plastik biasa saja. Solat secara berjemaah. Pengalaman semacam nie ada di Pakistan, Afghanistan dan Kashmir. Diaorang jaga waktu. Dalam kita solat tu adalah dua orang pengawal yang akan menjaga keselamatan semasa kita solat.

Bila aku masuk dalam saf, kiri aku makmumnya seorang askar dan depan aku pun seorang askar gak. Yang kiri aku nie dia pakai AK47, dia letak tengah-tengah dia senapang tu, kira oklah tu, tapi yang depan aku nie, dia pakai rifle yang panjang sikit dari AK47, walaupun dia letak di tengah-tengah, tapi bila aku sujud, muncung senapang tu kena tepat kat ubun-ubun aku, sejuk je rasanya besi tu. Aku memang tak boleh elak, tak kan aku nak lencongkan badan, larilah arah kiblat nanti, masa tu terasa satu macam punya "khusyuk" dalam solat. Tak boleh nafi, rasa ngeri tu tetap ada. Sebab kita tahu alat tu alat membunuh, dia digunakan untuk membunuh orang. Pastu, takde jaminan bahawa alat tersebut sentiasa dalam keadaan baik.. dikenang-kenang balik, tak sanggup aku lain kali.

Korang bayangkanlah solat maghrib, tiga rakaat, berapa kali kepala aku kena muncung senapang tu, aku risau gak kalau dia terbersin ke… manalah tahu. Itu belum lagi yang letak pistol dalam poket, bila dia duduk tahiyat akhir, manalah tahu bila pistol tu terhimpit… tawakal ajelah.

Aku tak tipu, korang tengok ajelah gambar yang aku letak nie. Sebelah aku AK47, depan aku… korang tak nampak senapang tu punya muncung hala ke mana? Yang ada walkie talkie tu lah tempat aku… Nak solat pun kena pandang kiri kanan, depan dan belakang dulu.

Inilah Somalia. kesian diaorang…

SHAHRUL PESHAWAR

 

 

ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ / Regards,

No comments:

Post a Comment