19 October 2011

Re: Help Palestine [hidayahnet] Masjid masjid yang mati di Malaysia dan peruntuh agama

 

Dah lama juga saya tak beri pandangan di ruangan ini maka terpanggil pula memberi sedikit komen tentang isu yang dibangkitkan iaitu "masjid masjid yang mati" yang tidak dapat dipastikan bilakah ianya akan dapat diatasi !! Ramai yang mungkin anggap persoalan ini sudah lapok. Mungkin ramai tidak menyedari bahawa terdapat tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah swt di akhirat nanti dan satu darinya ialah mereka (lelaki) yg berulang alik ke mesjid (utk solat/majlis ilmu) Saya juga kerap temui dengan suasana ini. Saya baru saja ziarahi seorang kawan dan kebetulan rumahnya tak jauh dar masjid. Bila masuk waktu kami kemesjid utk solat berjemaah. Hanya enam orang solat Zohor. Saya tanyakan dia tentang kuliah2 agama berapa kali seminggu diadakan dan terperanjat saya kerana jawapannya ialah tidak ada sebarang kuliah !! Mengapakah dalam suasana ribuan pelajar kita yg dididik di bidang agama dalam dan luar negeri tidak adakah apabila kembali ketanahair yang sudi mengajar orang2 kampong? Dimanakah ustaz2 yang dah pencen dari mengajar di sekolah2 !! Atau apakah masalah tauliah yang sekian lama menyulitkan para ustaz mengajar di masjid2 yang banyak berpunca dari takutnya pemerintah akan ustaz2 mengcampuri kuliah mereka dengan soal politik? Keadaan masjid di bandar agak lebih baik namun bilangan yang hadir mendengar kuliah masih sangat kecil !! Jika terdapat tiang dalam masjid mungkin tiang2 yang kelihatan lebih banyak dari orangnya !!

Kerap berlaku apabila ada ustaz mengaitkan sesuatu isu yang bercanggah dengan amalan pemerintah maka tanpa banyak soal ustaz2 berkenaan akan dilabel sebagai pro pembangkang !! Jika keadaan ini berterusan, dalam masa 30 atau 40 tahun masjid mungkin sekadar menjadi lambang dan akan jadi muzium untuk dilawati (mungkin oleh orang Islam sendiri) !! Maka pendakyah Kristian pun mudahlah mendekati bukan saja orang kampong tapi juga orang bandar. Maka apa yang mereka lakukan sebenarnya berpunca daripada kelemahan dan kecuaian kita sendiri. Jadi mereka yang nak berhimpun dalam beberapa hari lagi (himpun sejuta umat) kerana mengutuk pendakyah Kristian harus ingat jangan hanya nampak salah orang lain tapi segala kelemahan dan salah sendiri buat2 tak nampak !! Wallahua'lam.


From: "Rozmal@yahoo.com" <Rozmal@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Monday, October 17, 2011 3:29 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Masjid masjid yang mati di Malaysia dan peruntuh agama

 
Begitu banyak masjid-masjid yang mati di Malaysia pada ketika ini. Dalam pada masa yang sama berjuta-juta orang Melayu setiap hari meruntuhkan agama Islam. Marilah kita sama-sama menghidupkan masjid-masjid ini dan membangunkan agama. Sentiasalah berdoa agar kita tidak digolongkan di kalangan orang yang mematikan masjid serta orang yang meruntuhkan agama Islam.

Artikel saya sebelum ini mengenai masjid-masjid yang mati di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Juga artikel berjuta-juta orang Melayu meruntuhkan agama Islam di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html



__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment