20 October 2011

Help Palestine [hidayahnet] Fw: Naib Presiden Keadilan desak agar tindakan udang-undang di ambil keatas polis

 

 K.Lumpur : Kejadian insiden menembak keatas tiga remaja sehingga semua mangsa meninggal di Glenmarie pada 13 November, 2010 yang lalu telah dibangkitkan oleh Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar hari ini di ruang legar Bangunan Parlimen.

Beliau berkata, "kami merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri di Parlimen pada 17 Oktober 2011 bahawa polis bertindak di bawah kuasa undang-undang dalam menembak mati tiga remaja di Glenmarie pada 13.11.2010.

Ketiga-tiga mangsa adalah Muhamad Syamil Hafiz (15), Mohd. Hairul Nizam Tuah (20) dan Muhamad Hanafi Omar (22). Dakwaan bahawa polis bertidak betul dalam kes ini  bertentangan dengan laporan bedah siasat ketiga-tiga mangsa".

Laporan bedah siasat menujukkan bahawa peluru yang membunuh mangsa ditembak dari kedudukan 45 darjah. Ini menunjukkan bahawa mangsa berada di dalam keadaan melutut semasa ditembak oleh polis. Laporran tersebut bertentangan dengan kenyataan polis bahawa mereka menyerang polis dengan parang sebelum di tembak mati.

Tambahan lagi, Muhamad Syamil Hafiz dan  Mohd Hairul Nizam ditembak sekali di kepala dan sekali di dada, manakala Hanafi Omar ditembak dua kali di kepala dan sekali di dada.

Beliau juga mempertikaikan, "Mengapa polis tidak ada cubaan mencederakan dan menahan  mereka terdahulu? Mengapa mereka ditembak beberapa kali di bahagian utama seperti kepala dan dada? Ini menunjukkan bahawa polis menembak untuk membunuh, bukan untuk mencederakan dan menahan", kata Nurul Izzah.

Menurutnya lagi, laporan juga tidak selari dengan kenyataan polis bahawa fakta Hanafi ditembak dua kali di sebelah pipi termasuk di telinga kanan.

Bagaimana peluru boleh memasuki sebelah kanan sedangkan polis mendakwa bahawa remaja tersebut menyerang secara bersemuka? Kontradiksi kenyataan versi polis juga didapati daripada penjelasan patologi dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang menyatakan bahawa Hairul Nizam mempunyai lebam mata. Bagaimana Hairul Nizam mendapat lebam mata sekiranya dia ditembak polis yang membalas serangan mangsa?

Disebalik bukti-bukti forensik yang banyak mengenai salah laku, Menteri Dalam Negeri memberi jaminan kepada Dewan Rakyat dalam soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo bahawa polis telah bertindak selaras dengan kehendak undang-undang.

Paling mengejutkan kita semua, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga berkata, kes tersebut disiasat Seksyen 307 Kanun Acara Jenayah, iaitu siasatan cubaan membunuh walaupun kesemua mangsa meninggal dunia dalam kes ini, ini menunjukkan bahawa Menteri Dalam Negeri secara sengaja telah memesongkan Dewan Rakyat. Menteri wajib bertanggungjawab dengan kenyataan yang dibuat di dalam Dewan Rakyat, terutamanya apabila melibatkan nyawa rakyat.

Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, "Budaya terlepas dari hukuman dan menembak secara sembarangan dikalangan sebahagian daripada anggota pasukan polis dibenarkan berikutan sikap Menteri Dalam Negeri yang melulu mempertahankan polis walaupun mereka melakukan jenayah".

Menteri Dalam Negeri dalam melakukan perkara ini telah melupakan tanggungjawabnya untuk melindungi dan memelihara kepentingan orang awam.

Justeru itu, sebagai mewakili keluarga mangsa menuntut keadilan, kami mengulangi gesaan kami agar pendakwaan dilakukan berdasarkan undang-undang terhadap semua anggota polis yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, katanya.
 
Editor : Khaulah Azwar
 


__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment