01 October 2011

Help Palestine [hidayahnet] Fw: Kes ragut meningkat, rondaan polis perlu ditingkatkan - Nurul Izzah

 





Capture foto : 304282 - Nurul Izzah menyerahkan surat permohonan kepada pegawai polis utk pertingkatkan operasi pengawalan

302177: Perbicangan 2 hala nurul izzah bersama pegawai polis..

 
Petaling Jaya : Penduduk Kawasan Taman Sri Sentosa melahirkan kebimbangannya apabila kes ragut semakin meningkat di kawasan ini yang sekaligus boleh meragut nyawa.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, dengan berbagai aduan rakyat yang saya terima, maka satu tindakan drastik dilakukan dengan mengeluarkan surat permohonan kepada Ketua Balai Polis Petaling, Tuan Inspektor Sail, di Balai Polis Sri Sentosa, Petaling  agar rondaan dipertingkatkan di sekitar kawasan Sri Sentosa.  

Mengulas lanjut, seharusnya pihak polis harus meningkatkan usaha operasi pengawalan secara berkala bagi  mengurangkan kadar jenayah terutamanya kes ragut yang kerap kali berlaku di kawasan tersebut.

Menurutnya berdasarkan aduan yang diterima oleh masyarakat setempat baru-baru ini di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Lembah Pantai, pihaknya mendapati kadar jenayah terutamanya kes ragut kembali meningkat.

Justeru itu, bagi menjaga keselamatan penduduk disini terutamanya golongan wanita, saya harap pihak berwajib mengambil tindakan segera agar tidak berlaku perkara yang diingini.

Katanya lagi,   masalah keselamatan yang kerap berlaku sekarang adalah kes ragut, terutamanya berdekatan kawasan Gereja Methodist, Jalan Sri Sentosa 12, berhadapan Tokong Cina dan ini menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan sentiasa hidup dalam kerisauan dan ketakutan.
 
Tambahan lagi, pendirian saya adalah kita sudah mempunyai anggota polis yang mencukupi seramai 106,000 anggota. Malangnya 41 peratus di pertanggungjawabkan ke tugasan pengurusan pentadbiran.Manakala 9,000 orang ditugaskan ke jabatan siasatan jenayah.

Justeru, saya harap Jabatan Polis yang dipertanggungajwab menjaga keamanan  Negara dapat meningkatkan usaha menjaga kesalamatan rakyat dengan memberi kerjasama pihak berwajib yang lain.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden Keadilan menegaskan, yang wajib dilakukan adalah pemfokusan tugasan polis ke arah siasatan jenayah; ini memungkinkan peningkatan tangga gaji anggota polis, dgn kualiti dan profesionalisme yang dinantikan rakyat.

" Anggota Polis perlu mengadakan rondaan dengan lebih kerap ke kawasan panas yang menjadi tumpuan peragut kerana pada tahun lepas pernah terjadi insiden sehingga meragut nyawa penduduk disitu, bukan sekali dua tetapi acapkali jenayah ragut dilaporkan berlaku dikawasan terbabit tanpa mengira waktu,"katanya kepada media kelmarin.
 
Editor : khaulah azwar




__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment