10 Okt 2011 - Salam, saya mewakili penduduk Kg.Tembioh, Kota Tinggi Johor ingin membuat aduan tentang pembinaan jambatan yang sedang dijalankan amat membahayakan para pengguna terutamanya bagi yang berkenderaan kerana jambatan tersebut merupakan laluan utama untuk keluar masuk kampung kami.
Kami dapati tiada pemantauan daripada pihak berkuasa terutama Majlis Daerah Kota Tinggi atau jabatan lain yang berkaitan dengan proses pembinaan jambatan tersebut terutama tahap keselamatan pengguna jambatan tersebut.
Pembinaan jambatan tersebut memakan masa yang terlalu lama hampir setahun lebih dan pekerjanya hanya 5 hingga 6 orang sahaja sedangkan kos pembinaan tersebut hampir jutaan ringgit.
Kami kecewa kerana jambatan yang sedang dibina seolah-olah tiada perubahan dan makin merbahayakan kerana jambatan tersebut dibina terlalu tinggi dan serta sehala dan amat menyukarkan sekiranya pertembungan yang mahu naik dan turun.
Untuk pengetahuan pihak tuan, banyak berlaku kenderaan yang hampir terbabas masuk ke dalam sungai kerana tiada penghadang, alat sensor, dan mendapan tanah yang makin kritikal apabila tiba musim hujan.
Selain itu, kami dapati pihak kontraktor hanya menambak tanah merah melebihi daripada batu dan tiba sahaja musim hujan, tanah tersebut akan menjadi mendap dan hampir terbolos dan mereka hanya meletakkan sekeping papan besi sahaja. Sudah pasti papan tersebut licin dan mudah tergelincir.
Besar harapan kami kepada pihak berkenaan terutama Menteri Besar Johor, dan Ahli Parlimen Bahagian Kota Tinggi agar dapat membantu menyelesaikan masalah kami (warga emas,belia,pelajar sekolah) kerana sebelum ini aduan telah dikemukakan kepada pihak berkenaan terutama Majlis Daerah Kota Tinggi tetapi hingga kini tiada maklum balas atau sebarang tindakan.
By: norazlinda http://www.aduanrakyat.com.my/pembinaan-jambatan-yang-merbahaya
Treler 'tersangkut' di Jambatan Sungai Tembioh
KOTA TINGGI 21 Dis. 2010 - Jambatan kayu yang uzur merentangi Sungai Tembioh di sini hampir runtuh apabila sebuah treler yang membawa muatan berat 'tersangkut' semasa melaluinya semalam.
Semasa kejadian, treler tersebut membawa batang cerucuk konkrit dan akibatnya, roda kenderaan itu 'terperosok' di lantai jambatan yang reput.
Ini menyebabkan treler tersebut menghalang kenderaan lain daripada melaluinya.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati struktur tiang kayu jambatan selebar empat meter itu telah uzur dan reput serta berisiko jika kenderaan berat melaluinya.
Kampung Tembioh yang terletak di pinggir bandar ini mempunyai 300 penduduk dan jambatan berkenaan merupakan satu-satunya laluan penghubung bagi penduduk untuk keluar masuk.
Menurut penduduk, jambatan kayu itu pada asalnya dibina oleh pengusaha sebuah kilang papan yang beroperasi di kampung berkenaan pada tahun 1960-an, namun kilang itu telah berpindah ke Jalan Mawai di sini sejak dua tahun lalu.
Pemandu treler, Shahrin Abdul Rahman, 48, memberitahu, dia diminta untuk menghantar cerucuk konkrit berkenaan untuk memudahkan kerja menanam cerucuk tapak jambatan baru di situ.
"Ketika memandu atas jambatan itu, treler itu menyenget ke kiri, saya turun untuk menyiasat dan mendapati kesemua 12 batang cerucuk itu telah terjatuh ke Sungai Tembioh yang menghubungi Sungai Johor di sini sebaik roda kiri treler itu termasuk ke lantai kayu jambatan," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff yang meninjau keadaan jambatan itu bersama ahli Majlis Daerah Kota Tinggi berkata, jambatan itu akan digantikan dengan sebuah jambatan konkrit selebar 11.9 meter yang dibina dengan kos RM1.7 juta Oktober lalu dan jangka siap Mei tahun depan.
Asiah berkata, sebelum ini terdapat satu papan tanda pemberitahuan kenderaan yang melebihi lima tan tidak dibenarkan melalui jambatan itu.
"Usaha mengalihkan treler itu dan kerja membaiki lantai jambatan sedang dijalankan bagi membolehkan penduduk meneruskan urusan harian mereka," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
No comments:
Post a Comment