28 September 2011

Help Palestine [hidayahnet] Rumah terbiar bahayakan penduduk di Rembau

 

Rumah terbiar bahayakan penduduk di Rembau
Harakahdaily
 
REMBAU, 28 Sept 2011 : Memalukan dan menyakitkan mata bila di pandang, tulisan dan  lakaran yang berunsur lucah, kata-kata yang bersifat penghinaan terang-terang di tulis di dinding sebuah rumah penduduk yang di tinggalkan  di sebabkan kerja-kerja pembinaan semula rumah berkenaan belum selesai lagi.
 
Rumah yang terletak di Taman Rembau Utama tersebut seperti  di biarkan sekian lama sehingga berlaku kerosakan struktur di bahagian dalam rumah.
 
Menurut kata penduduk keadaan rumah tersebut sejak dahulu semasa menduduki taman tersebut lebih 6 tahun dulu hingga sekarang masih tidak berubah langsung, tiada usaha pemulihan di buat oleh pemilik rumah berkenaan.
 
Keadaan dalam rumah berselerakan dengan sampah sarap juga di jadikan tempat permainan kanak-kanak di sekitar taman yang sepatutnya tidak di jadikan tempat permainan didalam rumah terbiar tersebut.
 
Ini kerana bahaya akan dihadapi sekiranya ada individu yang berniat jahat bersembunyi di situ, akan melakukan serangan kepada kanak-kanak yang memasuki rumah berkenaan.
 
Keselamatan  penduduk setempat terganggu  sekiranya tiada usaha membersihkan sekitar di rumah berkenaan di lakukan.
 
Dari tinjuan yang di buat di lokasi di dapati terdapat juga berapa rumah yang gagal di siapkan oleh pihak pemaju yang membina taman berkenaan sekitar tahun 80an.
 
Rumah yang gagal di siapkan di biarkan tanpa di jaga sehingga ditumbuhi semak samun juga telah menjadi tempat persembunyiaan haiwan berbisa yang menunggu masa menyerang mangsa sekitar kawasan berkenaaan.
 
Keadaan rumah yang tidak siap hanya di biarkan tanpa ada usaha membersihkan atau memperbaiki keadaan rumah amat mengecewakan jiran-jiran yang menduduki taman berkenaan.
 
Kelihatan strukturnya amat teruk sekali telah berkulat, berkarat juga struktur kayu di dalam rumah ada yang telah di makan anai-anai menunggu untuk runtuh.
 
Saya mengharapkan pihak yang berkuasa melihat keadaan di sini, yang perlu di bersihkan dan di ambil tindakan segala masalah rumah conteng, kata seorang penduduk yang mahu di kenali makcik Habibah, 65, ketika di temui.
 
Keluhan yang sama turut dirasai oleh seorang lagi penduduk taman itu.
 
Fauzi, 28, ketika di hubungi, mengharapkan sesuatu dibuat pada tuan rumah yang membiarkan rumah mereka terbiar  seperti memberi amaran keras agar kembali membina rumah yang mereka beli atau menyarankan jual kepada mereka yang berminat untuk mendiami rumah berkenaan.
 
Oleh Sapar Sutir saparsutir@yahoo.com   
Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/79-negeri-sembilan/5642-rumah-terbiar-bahayakan-penduduk

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment