05 September 2011

Help Palestine [hidayahnet] Kasihilah ibu bapa, insyaAllah, Malaysia akan aman

 

Mari kita ketepikan sejenak kisah Somalia dan Bukit Kepong. Kita tumpu isu ibu bapa yang sudah tua yang diabaikan oleh anak kandung mereka sendiri. Cakap memang senang, tapi nak jaga ibu bapa yang sudah tua bukannya senang. Jaga mereka sampai jangan tersentuh hati ibu bapa kita.

Dalam media sekarang terlalu banyak cerita mengenai anak yang mengabaikan ibu bapa mereka sendiri. Kurangkanlah cerita macam ni, banyakkanlah cerita anak-anak yang menjaga ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang.

Kenalan isteri saya mempunyai ibu bapa yang sudah tua, uzur dan kedua-duanya lumpuh. Kenalan isteri saya ini bergilir-gilir antara adik beradik dan ipar duai menjaga ibu bapa mereka, di rumah masing-masing.

Kenalan isteri saya ini merupakan kakitangan kerajaan sepenuh masa, suami juga bekerja dengan syarikat swasta sepenuh masa, mempunyai empat orang anak tak silap saya yang masih kecil dari belum tadika hinggalah ke sekolah rendah, tiada pembantu rumah.

Apabila tiba gilirannya untuk menjaga kedua ibu bapanya, dia akan bangun pukul 4 pagi, untuk siapkan makanan untuk ibu bapanya, mandikan kedua ibu bapanya dan sebagainya.

Apabila ayahnya ingin solat Zuhur dia berkejar-kejar balik kerja untuk menguruskan persiapan solat untuk ayahnya.

Apabila tiba musim perayaan, rumah ibu bapanya yang ditinggalkan sekian lama di kampung, mereka adik beradik akan mengemaskan rumah di kampung , agar saudara mara di kampung boleh berjumpa ibu bapa mereka di hari lebaran.

Begitulah rutin keluarga ini sejak sekian lama.

Marilah kita berbakti kepada kedua ibu bapa kita, sebelum kita menjadi juara rakyat, juara dunia dan sebagainya.

Kehebatan anak yang menjaga ibu ini dengan setulus hati diakui sendiri oleh junjungan kita Rasulullah saw dalam kisah Uwais bin al-Qarni sehinggakan khalifah Umar menyanjungi Uwais bin al-Qarni yang menjaga ibunya yang uzur. Kisah Uwais ini di http://waghih.blogspot.com/2011/02/mangsa-gores-menang-dapat-semula-duit.html

Kepada pengamal media, pembikin drama dan filem, banyakkan cerita macam Uwais dan kenalan isteri saya ini, agar ramai anak-anak boleh mencontohi dan tersebarlah kasih sayang di bumi Malaysia , insyaAllah.

KEMBALI MISKIN
1 Sep 2011

SEREMBAN: Benarlah kata pepatah, seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun anak yang ramai belum tentu boleh menjaga ibu seorang. Itulah yang dialami bekas peneroka Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu, dekat sini, Bedah Ahmad (bukan nama sebenar), 80, yang ditinggalkan bersendirian di hujung usianya.

Biarpun dikurniakan lapan anak, 50 cucu dan 28 cicit, ia tidak menjamin kebahagiaan Bedah kerana tiada siapa sanggup menemaninya kecuali menantu sulung yang menjenguknya sekali-sekala.

Bedah yang tinggal bersendirian di rumah tinggalan arwah suami di Kampung LBJ, Labu, di sini, berkata, dia hanya mengharapkan belas ihsan jiran dan penduduk kampung terutama ketika sakit peningnya.

"Walaupun menantu sulung ada mengajak tinggal sekali, nenek tidak sanggup duduk sebumbung dengan anak yang tidak mempedulikan ibunya. Mereka tidak pernah datang menjenguk kecuali jika perlukan duit.

"Ketika baru menerima pampasan RM1.5 juta daripada kerajaan 13 tahun lalu, semua anak pasti pulang setiap hujung minggu dan berkumpul tapi itu semua hanya tinggal kenangan sebaik duit dibahagikan sesama mereka," katanya ketika dikunjungi Harian Metro di rumahnya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Kembalimiskin/Article

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE
A bad score is 598. A bad idea is not checking yours, at freecreditscore.com.

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment