17 September 2011

Help Palestine [hidayahnet] Dua jam tunggu bas nak ke Seremban, maju sungguh Jelebu

 

Pekan umpama sleeping town
Sinar Harian 17 Sep 2011
 
KUALA KLAWANG - Pekan Kuala Klawang boleh diumpamakan
sebagai sleeping town khususnya pada hari cuti berikutan tiada sebarang daya
tarikan yang terdapat pada pekan ini.
 
Tinjauan Sinar Harian mendapati pekan itu biasanya kelihatan
'hidup' pada hari biasa, namun sunyi semasa hari cuti.
 
Seorang pelajar, Nurul Hasinah Mohd Bakri, 18, berkata,
remaja dan belia tidak gemar datang ke pekan berkenaan kerana disifatkan tidak
menyeronokkan.
 
Menurutnya, remaja di sini lebih gemar ke bandar Seremban
walaupun jauh.
 
"Di sini tidak seronok kerana tidak banyak kedai jualan,
malah lazimnya apabila jam 8 malam semua kedai sudah tutup," katanya.
 
Nurul Hasinah berkata, dahulu ada setiap tahun pekan
berkenaan meriah dengan pertandingan futsal dan sebagainya. Tetapi sekarang,
aktiviti seumpama itu sudah tidak dianjurkan lagi.
 
Sementara itu rakannya, Nurul Afifah Zamri, 18, berkata,
pekan Kuala Klawang perlu mempunyai pusat membeli belah bagi menarik golongan
muda.
 
"Semua daerah di negeri ini mempunyai sekurang-kurangnya
sebuah pusat membeli belah. Tetapi keadaan berbeza di sini.
 
"Selain itu, masalah pengangkutan juga sedikit sebanyak
merencatkan keinginan orang ramai untuk datang ke pekan ini," katanya yang
menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melang, Kuala Pilah.
 
Nurul Afifah yang berasal Kampung Serting Tengah berkata,
dia dan rakan-rakannya terpaksa menunggu hampir dua jam untuk mendapatkan bas
ke Seremban. (Eloknya Menteri Besar Negeri Sembilan pergi kerja naik bas. Baru
tahu betapa susahnya rakyat mendapatkan perkhidmatan bas di negeri ini. Cerita
lanjut di http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html )
 
Menurutnya, sekiranya ingin pulang bercuti dari kampus UiTM,
dia terpaksa menaiki bas dari Kuala Pilah ke Seremban dan kemudian ke Jelebu
yang mana perjalanannya memakan masa lama.
 
Katanya, bangunan kedai di pekan Kuala Klawang juga perlu
diceriakan kerana ia nampak usang dan tiada daya penarik.
 
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9537578.asp

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE
A bad score is 598. A bad idea is not checking yours, at freecreditscore.com.

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment