13 September 2011

Help Palestine [hidayahnet] PROGRAM "MISI PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN KEMBOJA 2011"

 

 

Ke Majlis,

 

Yang Berbahagia,

Tuan/Puan/Muslimin/Muslimat,

 

PROGRAM "MISI PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN KEMBOJA 2011"

 

Salam penuh takzim dari kami di Akademi Imam Syafi'e (AIS). Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

 

Terlebih dahulu izinkan kami merakamkan ucapan salam sejahtera kepada Tuan/Puan Muslimin/Muslimat semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dilindungi serta dirahmati Allah S.W.T.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa AIS adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan melalui Ikatan Amanah pada Disember 2008. Diantara tujuan penubuhan AIS adalah melaksanakan kegiatan dakwah dan pembangunan komuniti serta menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan dan pendidikan bagi kepentingan golongan yang kurang bernasib baik.

 

Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Korban (Idul Adha) akan datang, AIS telah merangka satu program "Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Kemboja 2011".

 

Kami lampirkan di sini program dan maklumat di Kemboja yang bakal terlibat dalam program ini.

Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan di dalam program "Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Kemboja 2011"adalah seperti berikut:

1)      Pelaksanaan Ibadah Korban dan Aqiqah

2)      Sumbangan Waqaf Pembinaan Kompleks Pendidikan.

3)      Tajaan elaun kepada guru-guru.

4)      Tajaan pelajar-pelajar.

Sehubungan dengan itu, AIS dengan berbesar hati mengalu-alukan sokongan dan penyertaan dari wargakerja dan organisasi Tuan/Puan Muslimin/Muslimat bagi tujuan murni ini.

 

Maklumbalas serta sokongan dari pihak Tuan/Puan Muslimin/Muslimat berhubung perkara diatas amat kami hargai dan diakhiri dengan ucapan terima kasih.

 

Sebarang pertanyaan dan urusan mengenai program "Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Kemboja 2011", bolehlah menghubungi kami:

 

       Us. Mohd Sukki Bin Othman, e-mel: shauqi02@yahoo.com, +6019-3241364.

       Us. Rahimi Bin Md Saad, e-mel: rahimisaad@um.edu.my, +6012-6706655.

       Dr. Zawawi Bin Ismail, e-mel: awie97@yahoo.com, +6013-3515884.

       Mohd Zamerey Bin Abdul Razak, e-mel: angahyie@yahoo.co.uk, +012-2942574.

 

Semoga usaha dan sumbangan yang kita berikan ini mendapat keredhaan dan ganjaran baik daripada Allah S.W.T.

 

Sekian, Terima Kasih.

 

Yang Ikhlas,

AKADEMI IMAM SYAFI'E

 

Dr. Zawawi Bin Ismail,

Ahli Jawatankuasa Pemegang Amanah,

Akademi Imam Syafi'e-Dana Kemboja.


__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


A bad score is 579. A good idea is checking yours at freecreditscore.com.
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment