26 September 2011

Help Palestine [hidayahnet] Fw: Nurul Izzah Kesal UMNO Guna Sekolah untuk kepentingan Parti

 

 
 

IMG_4997 : Nurul Izzah sampaikan duit raya dan sumbangan kepada fakir miskin, oku dan ibu tunggal

IMG_5010 : Kaum india berkesempatan bergambar kenangan dgn Nurul Izzah

IMG_5064 : turut hadir bersama ADUN Batu Caves, Amiruddin shari


Batu Caves : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kesal dengan tindakan parti UMNO/BN yang telah mengadakan  Majlis  Sambutan  Hari Malaysia dan Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan sekolah.

Beliau mengulas, UMNO telah memasuki beberapa buah sekolah dengan mengadakan Majlis  Sambutan  Hari Malaysia dan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Majlis Permuafakatan Parlimen Gombak yang melibatkan Gabungan NGO Daerah Gombak di Sekolah Menengah Kebangsaaan Seri Selayang Jln Sungai Tua, Batu Caves yang diadakan petang semalam.

Majlis tersebut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sri Noh Hj Omar, Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Parlimen Gombak, Tan Sri Datin Paduka Sri Hjh Zaleha Ismail, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan, Datuk Dr Rahman Ismail, Menteri JPM, Tan Sri Koh Tsu Khoon, Timbalan Menteri Luar Negara, Senator Kohillan Pillay.

Saya difahamkan oleh sumber tertentu yang boleh di percayai majlis sambutan raya ini  telah diadakan disekitar Lembah Klang dengan melibatkan empat buah sekolah lagi. Dengan kemasukan UMNO di sekolah-sekolah telah melibatkan penyalahgunaan sekolah yang sekaligus meracunkan fikiran semua pelajar dan semua guru-guru.

Kita kerap mendengar Kerajaan amat melarang mana-mana parti memasuki sekolah dan  Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan melibatkan semua pelajar. Semua pelajar tidak dibenarkan mengikuti mana-mana program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor atau parti pembangkang. Sekiranya pelajar mengikuti maka tindakan tatatertib diberikan oleh pelajar terbabit.  

Tetapi apa yang berlaku UMNO/BN lah yang kerap menggunakan sekolah, IPT dengan mengadakan berbagai program. Bahkan semua pelajar  dipaksa mengikuti program yang dianjurkan oleh UMNO. Dengan fenomena yang berlaku mengapa tiada tindakan diambil  oleh pihak berwajib dan siapakah yang meracuni fikiran pelajar, kata Nurul Izzah. 

Tindakan mereka amatlah kita kesal bahkan saya percaya semua keluarga pelajar juga bimbang dengan budaya politik yang dibawa oleh UMNO dengan mengunakan institusi tersebut.  Hal ini tidak seharusnya berlaku, kata Nurul Izzah pada media malam tadi.

Beliau yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan berkata lagi, tindakan ini membuatkan orang ramai perpepsi bahawa semua Agensi dalam  Negara di peralatkan oleh parti pemerintah (UMNO).

Allah SWT tempat kita mengadu, semestinya rakyat juga merasa benci dengan individu yang menganiayai sesiapapun.

"Kita mahukan padang sama rata dalam setiap pertandingan, bukan berat sebelah yang memungkinkan penyalahgunaan kuasa dan pembaziran wang rakyat secara terus menerus.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengamalkan prinsip keadilan, kerana kita sudah melalui liku-liku kezaliman di bawah UMNO-BN. Justeru itu, tidak mungkin kita mengulanginya di  di negeri-negeri di bawah tanggungjawab kita, kata Nurul Izzah
 
Editor : Khaulah Azwar
 
 
 
 
 
 
 




__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment