24 September 2011

Help Palestine [hidayahnet] Pinjam Along untuk hantaran perkahwinan, diri terjerat

 

Masyarakat kita masih tak serik-serik. Mereka mengutamakan yang remeh temeh, melupakan yang wajib. Yang wajib ialah Akad Nikah dan Mas Kahwin, kenduri kahwin tak wajib, wang hantaran pun bukan perkara wajib. Terlalu mengikutkan adat, akhirnya terjerat dengan Along dan riba. Bukan nak salahkan si Zali di bawah ini, tetapi majoriti masyarakat kita dah macam ni.

Kenduri kahwin dah terlalu diglamourkan, melalui media, melalui Facebook, melalui akhbar, melalui TV dan seterusnya.

Artikel saya sebelum ini ; Adat Melayu Menyusahkan, Ajaran Islam Memudahkan dan Hentikan Kenduri Kahwin Yang Menyusahkan di http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-buang-bayi-adat-kahwin-dan-zina.html

Tak tenang malam pertama
Harian Metro 24 Sep 2011

JOHOR BAHRU: Malam pertama seorang pengantin baru tidak seindah diimpikan apabila dibayangi lapan along yang memburunya selepas gagal melunaskan pinjaman berjumlah RM10,000 yang dibuat sebagai hantaran kepada keluarga pengantin perempuan.

Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Zali, 24, berkata, dia juga terpaksa berlakon gembira ketika diraikan sebagai raja sehari di atas pelamin ketika majlis persandingan berlangsung di rumah pengantin perempuan di bandar raya ini, awal bulan lalu.

Zali berkata, nasibnya ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila menanggung hutang along yang mengenakan kadar faedah pinjaman hingga 200 peratus.

"Saya kekurangan wang untuk menyediakan wang hantaran serta perbelanjaan lain lalu meminjam wang daripada along kerana buntu selepas tiada sesiapa dapat membantu.

"Along pertama meminta saya memasukkan RM1,000 ke dalam akaun banknya sebagai cagaran bagi mendapatkan RM10,000 dan selepas melakukannya, dia berdiam diri walaupun dihubungi beberapa kali," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Taktenangmalampertama/Article/index_html

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment