mana taknya, graduan guru terlalu ramai.. patutnya UPSI je keluarkan
guru..ni sekarang dah banyak universiti nak keluarkan graduan guru...
sekolah jenis kebangsaan pula mudah dapat kerana mereka tahu
terjemahkan ke bahasa lain jika murid tak faham..sama spt guru ajar
bahasa arab selitkan sekali bahasa melayu masa belajar.. ini bukan
diskriminasi, mereka ni hanyalah mangsa percaturan ahli politik yg
ingin menaikkan nama mereka sendiri dgn membuat pelbagai perubahan dlm
sistem pendidikan di malaysia padahal mereka sendiri menghantar anak
mereka ke luar negeri utk belajar. (A level dan O level)
On 6/19/13, Rozmal bin Malakan <rozmal@yahoo.com> wrote:
>
>
> SAYA terpanggil untuk memberikan reaksi terhadap laporan
> muka depan akhbar Utusan Malaysia Rabu 5 Jun, 2013 yang mendedahkan bahawa
> siswazah Melayu didiskriminasi. Pihak kerajaan, khasnya Suruhanjaya
> Perkhidmatan Awam (SPA) wajar mengambil iktibar terhadap nasib yang dialami
> oleh siswazah Melayu mutakhir ini. Sememangnya siswazah Melayu berdepan
> dengan
> cabaran untuk mendapatkan pekerjaan. Malah siswazah pendidikan keluaran
> Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sendiri pun mengalami nasib yang
> sama.
>
> Realitinya, siswazah Melayu pemegang Ijazah Sarjana Muda
> Perguruan untuk sekolah kebangsaan (SK) juga telah 'didiskriminasikan'
> kerana
> sehingga kini belum lagi mendapat tawaran penempatan di mana-mana sekolah.
>
> Rakan-rakan mereka yang seangkatan dalam kalangan siswazah
> Ijazah Sarjana Muda Perguruan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC)
> dan
> sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) telah bertugas di sekolah-sekolah
> berkenaan seawal Januari lalu.
>
> Mengapakah perkara sebegini berlaku?
>
> Lebih malang lagi, para siswazah cemerlang yang telah ditemu
> duga pun masih menganggur. Apakah maknanya Guru Interim yang diwar-warkan
> dahulu?
>
> Lebih malang lagi, kumpulan siswazah tersebut seperti telah
> digantung tidak bertali. Pihak SPA telah mengeluarkan surat pelantikan
> jawatan
> kepada mereka sebaik selesai ditemu duga pada April 2013 tetapi anehnya
> dalam
> surat tersebut tidak dinyatakan sekolah tempat bertugas dan tarikh melapor
> diri.
>
> Ini bermakna siswazah tersebut masih menjadi penganggur
> terhormat dan dalam keadaan serba salah mengenai nasib masa depan
> masing-masing.
>
> Sehubungan itu, saya merayu kerajaan memberi perhatian dan
> mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan permasalahan yang membelenggu
> siswazah tersebut.
>
> Warga Pendidik
> Tanjung Malim, Perak.
>
> http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130619/fo_03/Bakal-guru-masih-menanti-tawaran-penempatan-tugas
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
No comments:
Post a Comment