10 June 2013

Help Palestine [hidayahnet] Kunyah makanan hingga lumat ubat pelbagai penyakit

 


Kunyah makanan hingga lumat, merupakan salah satu lagi sunnah Nabi Muhammad saw yang sering kita lupakan. Walhal ianya adalah ubat pelbagai penyakit yang menghantui orang kita dewasa ini seperti gastrik, sakit kepala, angin dalam badan, kencing manis dan mungkin juga pelbagai penyakit lain. Selepas membaca apa yang saya pautkan selepas ini, untuk umat Islam, perbetulkan niat kita, bahawa kita kunyah makan hingga lumat adalah untuk ikut sunnah Nabi semata-mata, walaupun banyak rahsia perubatan disebalik penawar yang ada dalam mulut ciptaan Allah, iaitu air liur. Untuk yang bukan Islam, amalan mengunyah makanan sehingga lumat hendaklah diamalkan agar dapat mengelakkan pelbagai penyakit.
 
Pakar kesihatan menggalakkan kita mengunyah makanan hingga lumat kerana air liur kita dapat menguraikan kabohidrat yang menjadi punca pelbagai penyakit seperti kencing manis dan sebagainya. Juga air liur kita bertindak sebagai pembunuh kuman dan bakteria untuk mengelakkan dari keracunan makanan dan sebagainya. Hatta kalau makan bubur atau minum air sekali pun kita digalakkan menggaul bubur dan air yang diminum dengan air liur kita dengan seakan-akan berkumur.
 
Kalau ikut sunnah Nabi dengan air liur kita sendiri pun dapat menyelesaikan pelbagai masalah di dunia ini, apatah lagi kalau umat Islam ikut semua yang terdapat dalam Al Quran dan Hadith, pasti akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda negara ketika ini dari kes ragutnya, kes rasuahnya, kes samunnya, kes buang bayi, zina, dadah dan banyak lagi.
 
Jadi selepas ini , marilah kita tenang apabila makan, sambil berzikir, kerana kita hendak hidupkan semula sunnah Nabi di akhir zaman. Ingat lagi kisah bagaimana Nabi Muhammad saw memberi makan kepada pengemis perempuan tua Yahudi dengan mengunyahkan dahulu makanan yang hendak disuapkan?
 
Beberapa artikel mengenai khasiat mengunyah makanan hingga lumat di http://rozmal.blogspot.com/2013/06/kunyah-makanan-hingga-lumat-ubat.html

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment