20 June 2013

Help Palestine [hidayahnet] Pedoman: Antara Sifat-Sifat Kasih Sayang Rasulullah S.A.W

Sebagai ingatan dan panduan untuk kita semua...
 
 
 
"ADA MANUSIA YANG SEMEMANGNYA DILAHIRKAN HEBAT, TETAPI RAMAI ANTARA KITA YANG TIDAK MENYEDARI BAHAWA SEBENARNYA KITA JUGA MAMPU UNTUK MENJADI HEBAT, KEHEBATAN MEMBOLEHKAN KITA DIKENALI, DAN YANG PALING PENTING KEHEBATAN MEMBOLEHKAN KITA DIHORMATI !!!" ...
 
Fell free to browse my blog,

http://worker2blogger.blogspot.com (Berblog Untuk Berkongsi Cerita)
http://strive2success.blogspot.com (Online Business - Reality or Fantasy)
http://unittrustadvisor2u.blogspot.com (Maklumat Pelaburan Unit Saham Amanah @ Unit Trust Untuk Anda)
http://goonlineaccessories.blogspot.com  (Jom Shoping Online...(^_^)...)
 
and follow me at my facebook wall @ http://www.facebook.com/aif180678 

***************************************************************************************************************************

 

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.

1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, "Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?" Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, "Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi."

4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, "Ke mana perginya si polan si polan itu…"

5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya."

6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, "Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…" Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, "Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya." Malaikat menjawab: "Tuan benar." Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: "Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui."

8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.

9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.

10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, "Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?"

Rasulullah SAW spontan menjawab, "ALLAH!"

Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.
Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, "Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?"

Da`thur tergamam dan menjawab, "Tiada siapa."
Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).

WALLAHUALAM


No comments:

Post a Comment