05 June 2013

Help Palestine [hidayahnet] Patung yang dipakaikan pakaian dalam mungkin diharamkan

 


Sayang, pengharaman ini berlaku di India, bukan di Malaysia. Andaikata pengharaman ini berlaku di Malaysia sudah pasti ada pihak yang mengatakan kita ketinggalan zaman, mundur dan sebagainya.
 
Patung yang dipakaikan pakaian dalam mungkin diharamkan di Mumbai
5 Jun 2013
 
MUMBAI - Patung-patung yang dipakaikan dengan baju dalam wanita dan pakaian menjolok mata mungkin diharamkan di sini sebagai cara untuk memerangi kejadian rogol.
 
Anggota-anggota Majlis Perbandaran Mumbai telah meluluskan resolusi untuk melarang patung yang dipakaikan dengan pakaian menjolok mata dipamerkan di luar kedai.
 
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Majlis Perbandaran Mumbai, Sitaram Kunte masih belum meluluskan resolusi tersebut.
 
Seorang anggota majlis itu, Ritu Tawde berkata, dia mencadangkan larangan tersebut kerana patung tersebut merendahkan martabat wanita.
 
Menurutnya, patung seperti itu juga boleh mendorong kaum lelaki menyerang wanita.
 
India sebelum ini dikejutkan dengan berita seorang pelajar wanita dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas di New Delhi pada Disember tahun lalu.
 
Wanita itu kemudian meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura ekoran kecederaan parah selepas dia dicampak dari bas tersebut.
 
"Lelaki-lelaki seperti itu (para perogol pelajar itu) melakukan perbuatan tersebut kerana didorong dengan pameran patung-patung itu. Patung merupakan replika tubuh badan wanita. Justeru, ia merupakan alasan kenapa saya menentang penggunaan patung itu," kata Tawde. - AP
 
 
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment