21 June 2013

Help Palestine [hidayahnet] Nyamuk dan lalat adalah kawan kita, penyelamat dunia

 


Baru-baru ini beberapa pakar penyelidik telah memberi syarahan di Sarawak mengenai kepentingan nyamuk dan lalat dalam kehidupan manusia dan alam ini. Apa yang menarik ialah kata-kata Dr Takao Kazawa dari Kanazawa University iaitu : "Lalat sentiasa menjadi kawan kita. Banyak telah saya pelajari daripada lalat dan menyedari tidak ada satupun kehidupan di bumi ini tidak berguna kepada biodiversiti dalam ekosistem kita".
 
Apa yang dikatakan oleh Dr Takao bahawa tiada satu pun makhluk di dunia ini yang dijadikan di alam ini sia-sia sudah dinyatakan dalam al Quran dalam surah A-li'Imraan.
 
Malahan lalat dan nyamuk disebut sekali saja dalam al Quran dalam surah Al-Hajj dan surah Al-Baqarah, dimana dalam ayat tersebut menyuruh kita mendengar bersungguh-sungguh apabila dibuat perbandingan nyamuk dan lalat ini.
 
Menariknya Allah telah menyebut dalam al Quran orang kafir akan mengkaji kejadian alam ini seperti berikut ; "kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?"
 
Saya bukan ahli tafsir, bukan ustaz. Mohon para ustaz, pendakwah menghuraikan topik ini. Kalau saya silap, maafkan saya.
 
Tak yakinkah lagi kita dengan Al Quran, tak yakinkah kita dengan hukum Allah, tak yakin lagikah kita dengan Hadith? Adakah kita masih takut untuk memperkatakan apa yang benar, walaupun kepada pemerintah?
 
Nyamuk, lalat penting dalam ekosistem, kehidupan manusia
June 20, 2013
 
Saintis Etomologi (Bersara) di Institut Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NIID) Tokyo Jepun Dr Hiromu Kurahashi berkata, kajiannya terhadap satu kumpulan spesies lalat 'carrion flies' (lalat memakan bangkai) mendapati lalat itu memainkan peranan penting dalam bidang perubatan dan forensik.
 
Menurutnya sifat lalat ini (carrion fly) yang agresif dengan larvanya sangat aktif memakan bangkai reput dan merupakan parasit aktif di dalam badan serangga atau binatang kecil lain menjadikannya ejen penting dalam proses kitar semula sumber-sumber protein dalam ekosistem.
 
"Misalnya larva lalat ini dengan cepat memakan bangkai reput di dalam hutan.
 
"Ia menjadi mangsa kepada burung atau binatang kecil atau serangga lain malah ada kalanya menjadi makanan manusia.
 
"Adakah anda menghormati lalat? Tanpa kita sedari larva lalat bekerja keras setiap hari untuk memastikan bumi kekal bersih," katanya ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk 'Carrion Flies Sebagai Mahkluk Penting Ekologi di Atas Bumi' pada ceramah awam anjuran Jabatan Muzium Negeri Sarawak (JMNS) semalam.
 
Beliau menambah, lalat juga berperanan sebagai ejen pendebungaan dan ia terbukti dalam sektor perladangan mangga di Jepun.
 
"Lalat sentiasa menjadi kawan kita malah pada masa akan datang apabila kita menjelajah ke ruang angkasa atau planet lain.
 
"Banyak telah saya pelajari daripada lalat dan menyedari tidak ada satupun kehidupan di bumi ini tidak berguna kepada biodiversiti dalam ekosistem kita," katanya.
 
"Apa yang selebihnya mereka lakukan? Adakah mereka hidup tanpa sebarang hubungan dengan kehidupan manusia?
 
"Dalam kalangan spesies itu larva beberapa spesies nyamuk sangat membantu dalam kehidupan kita," katanya.
 
Menurutnya. nyamuk spesies 'toxorhynchites' mempunyai larva yang bersifat pemangsa yang akan memakan larva spesies lain.
 
 
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(A-li'Imraan 3:190-191)
 
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).
(Al-Hajj 22:73)
 
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;
(Al-Baqarah 2:26)
 
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment