06 November 2012

Help Palestine [hidayahnet] Tipu dirompak kerana tak mampu sedia kos belanja kahwin yang tinggi

 

Inilah realiti alam Melayu pada ketika ini. Semoga semua pihak dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa ini.
 
6 Nov 2012 BATU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri.
 
Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.
 
Tunang lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.
 
"Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.
 
"Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu," katanya ketika ditemui Harian Metro.
 
BATU PAHAT - Seorang wanita terpaksa menanggung malu dan mengalami kerugian lebih RM20,000 selepas majlis perkahwinannya terpaksa dibatalkan gara-gara lelaki yang bakal menjadi suaminya tidak muncul pada hari pernikahan mereka.
 
Ekoran tindakan lelaki itu, majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada Jumaat lalu di rumah pengantin perempuan terpaksa ditukar menjadi kenduri kesyukuran.
 
Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Nurul, 23, dari Kampung Bagan Darat di sini memberitahu, dia mula menyedari dirinya ditipu setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bakal suaminya itu yang menyatakan lelaki itu dirompak di Sungai Dulang dekat sini pada Isnin lalu.
 
"Sepatutnya dia menyerahkan wang hantaran sebanyak RM12,000 pada Isnin lalu tetapi saya menerima SMS daripadanya mengatakan wang yang dikeluarkan dari sebuah bank sebanyak RM18,000 telah dirompak.
 
"Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Rengit. Bagaimanapun, ketika membuat laporan polis, dia beritahu hanya dirompak RM8,000," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bagan Darat di sini semalam.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment