19 November 2012

Help Palestine [hidayahnet] Fenomena amat pelik di Tmn Tuanku Jaafar, Seremban

 


Tidap perlu tunggu laporan. Semua agensi kerajaan yang berkaitan sepatutnya turun padang segera untuk menyiasat fenomena pelik ini sebelum ianya menjadi satu bencana besar. Adakah ianya berpunca dari kebocoran gas bawah tanah, kebocoran voltan elektrik bawah tanah, aliran air panas bawah tanah, aliran lava bawah tanah, aliran bahan buangan kilang bawah tanah dan seterusnya.
 
Lantai rumah jadi 'dapur' segera
19 Nov 2012
 
SEREMBAN: "Seminggu sebelum kejadian ini, tiba-tiba air di dalam mangkuk tandas menggelegak hingga menakutkan saya," kata Indon Abdullah, 61, yang dibelenggu ketakutan apabila mendakwa rumah didudukinya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang, dekat sini, pelik kerana lantainya terlalu panas sehingga boleh memanaskan air.
 
Menurutnya, dia dan suami, Abdul Rahman Gumpal, 70, menyedari kejadian itu jam 9 malam, Jumaat lalu selepas pulang dari masjid.
 
"Saya tidak mengesyaki apa-apa kejadian lain sehinggalah jubin panas ini terjadi.
 
"Ia seperti misteri kerana berlaku secara tiba-tiba dan pertama kali sejak 30 tahun kami tinggal di rumah ini," katanya di sini, semalam.
 
Indon berkata, kejadian disedari suaminya apabila mendapati lantai jubin panas di luar rumah berhampiran garaj sehingga mampu mengeringkan air di dalam jag.
 
"Saya terkejut sebaik suami memberitahu kejadian itu dan tersentak sebaik memijak jubin depan rumah yang panas.
 
"Saya terus menghubungi Balai Bomba Senawang meminta bantuan, bagaimanapun disahkan tiada apa-apa berlaku.
 
"Buntu memikirkan masalah ini, saya dan suami kini sedang menunggu Jabatan Mineral dan Geosains negeri datang untuk melakukan pemeriksaan teliti," katanya.
 
Sementara itu, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan, Mustafar Hamzah ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berhubung perkara itu.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment