27 November 2012

Help Palestine [hidayahnet] Awas, lagi serangan buaya di pantai Malaysia

 


Mungkin ada diantara kita berfikiran buaya hanya menyerang mangsa di sungai terutama di Sarawak. Sebenarnya buaya juga boleh hidup di pinggir air masin, di kawasan pantai. Kawasan pantai bukanlah habitat buaya, tapi adalah laluan buaya apabila ia berhijrah dari satu kuala ke kuala yang lain.

Namun apa yang mengejutkan, serangan buaya di Pantai Pasir Panjang, Sarawak ialah ianya berlaku di luar musim buaya berhijrah.

Pantai di Negeri Sembilan dan Melaka juga sebelum ini berlaku kejadian buaya-buaya berenang ke pantai peranginan. Beberapa kejadian kemunculan buaya di pantai Port Dickson dan Melaka dilaporkan di http://waghih.blogspot.com/2010/05/video-buaya-sedang-berenang-di-pantai.html

Alhamdulillah setakat ini buaya-buaya di Negeri Sembilan dan Melaka tidak menyerang manusia. Apakah ini ada kaitan dengan perjanjian ulama-ulama di Negeri Sembilan dengan buaya-buaya ini adalah tidak dapat dipastikan seperti yang dilaporkan di http://waghih.blogspot.com/2010/05/3000-buaya-di-pantai-melaka-dan-ulama.html

Apakah perjanjian tersebut? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Yang penting kita perlulah pastikan agar habitat buaya-buaya di Sg Linggi tidak terancam dek pembangunan dan pencemaran.

Sempat tendang buaya sebelum pengsan
27 Nov 2012

Santubong: Terselamat daripada serangan buaya ketika berenang di Pantai Pasir Panjang di sini, menjadi pengalaman paling ngeri bagi Muhd Azlan Marzuki, 20, semalam.
Pelajar Diploma Pengajian Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sarawak itu bernasib baik kerana sempat menendang buaya dan berenang ke pantai sebelum pengsan, kira-kira jam 6 petang.

Dalam kejadian itu, Muhd Azlan yang kali pertama mengunjungi pantai berkenaan bersama keluarga, mengakui pernah membaca kes serangan buaya di kawasan berkenaan.

"Ketika berenang kira-kira 20 meter dari pantai, saya tidak menyangka kayu yang saya terpijak adalah kepala buaya. Belum sempat mengalihkan kaki, buaya itu terus menyambar dan menggigit kaki kanan sehingga ke atas buku lali.
"Pada waktu itu, apa yang saya fikirkan cuma mahu melepaskan diri. Dengan menggunakan segala tenaga yang ada, saya menendang kuat kepala buaya berkenaan.

"Mujur buaya melepaskan gigitan dan saya sempat berenang ke pantai," katanya sambil mendakwa buaya itu sepanjang dua meter.
Muhd Azlan berkata, sejurus sampai ke pantai, dia rebah kerana luka yang dialami akibat gigitan buaya yang menyebabkan banyak pendarahan.
Dia yang enggan lukanya dijahit, menerima rawatan pesakit luar di Hospital Umum Sarawak (HUS) kira-kira sejam selepas kejadian dan dibenarkan pulang.
Serangan buaya itu kes kedua di kawasan itu selepas pelajar, Ashley Austin Chin, 14, cedera digigit pada kedua belah kaki dalam kejadian 22 Ogos lalu.



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment