16 November 2012

Help Palestine [hidayahnet] Penjual burger perlu RM35,00 bedah jantung anak

 


16 Nov 2012
 
JEMPOL: Seorang ibu beranak enam di Felda Lui Selatan, di sini, runsing apabila anak bongsunya berusia empat bulan terpaksa menjalani pembedahan jantung dengan kos pembedahan dianggarkan sebanyak RM35,000 dan merayu bantuan daripada orang ramai.
 
Fazrina Mohd Said Rajakumaran, 34, berkata, anaknya, Zaquan Harith Mikhail Zaidi bakal menjalani empat pembedahan kerana disahkan mempunyai jantung berlubang, empat hari selepas dilahirkan.
 
Menurutnya, pembedahan pertama Zaquan akan dilakukan Januari tahun depan disusuli tiga lagi pembedahan pada masa berikutnya yang ditentukan kemudian.
 
"Doktor menasihatkan sebelum pembedahan dijalankan, Zaquan harus menambah berat badan sehingga tujuh kilogram. Pihak hospital ada memberikan makanan tambahan seperti vitamin untuk tujuan itu.
 
"Zaquan kini kerap menangis dan tidak boleh terlalu sejuk, sebagai ibu saya amat sedih melihatnya yang kelihatan kebiruan.
 
"Dalam keadaannya sekarang, saya bimbang kerana tiada kenderaan untuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah tempat dia dirawat," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
 
Dia juga terpaksa bekerja keras mencari wang harian untuk menampung kos perbelanjaan ke hospital bagi rawatan anaknya itu kerana suaminya kini dipenjara.
 
"Pendapatan saya sehari dengan berniaga burger di depan rumah tidak seberapa. Wang itulah saya belanja setiap hari untuk keperluan harian dan perubatan Zaquan.
 
"Saya ada memohon Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membesarkan perniagaan, tetapi memerlukan kertas kerja sebelum permohonan diluluskan.
 
"Disebabkan itu saya terpaksa mencari alternatif supaya tiada perkara buruk berlaku pada anak akibat saya tiada wang," katanya.
 
Orang ramai boleh menyalurkan bantuan terus ke Bank Simpanan Nasional (BSN) di akaun 0510029817423442 atau sebarang pertanyaan menghubungi Fazrina di talian 0172101803.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment