13 November 2012

Help Palestine [hidayahnet] SEORANG ULAMA YANG BERANI MENYATAKAN KEBENARAN WALAU PAHIT

 


Inilah satu satunya Ulama' PAS yang berani menyatakan kebenaran walaupun pahit! Alhamdulillah. Rakyat yang jahil makin jelas akan isu ini.


Isu ini pada saya sangat fundamental dan menyentuh hati umat Islam di Malaysia terutamanya malah Islam secara amnya. Ditinjau dari segi tasawwur dan epistemologi Islam, isu ini sangat serius kerana melibatkan perkara asas Islam itu sendiri. Oleh itu ia mesti d
ijelaskan secara ilmiah tetapi mudah difahami oleh semua umat Islam dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya.

Saya menyarankan supaya Nurul Izzah menarik balik kenyataan itu. Dalam Islam, apabila kita melakukan kesalahan dan pabila sedar kita tersilap, kita boleh membetulkannya, bertaubat diatas kesalahan kita dan Allah SWT pasti menerima pengampunan kita.

Nurul Izzah telah mentafsirkan ayat tidak kena pada tempatnya dan tafsiran yang dibuat itu adalah tafsiran yang salah.

Istidlal (pendalilan) yang digunakan oleh Nurul Izzah kepada ayat "Tiada paksaan dalam agama" itu untuk digunapakai kepada orang Melayu mempunyai beberapa implikasi serius. Pertama, ia bercanggah dengan prinsip asas "akidah dan syariah Islam". Kedua, ia bercanggah dengan pemahaman dan tafsiran peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Kenyataan itu bagi saya bukan sahaja mengiyakan gerakan fahaman pluralisme agama juga termasuk dalam katogeri mengiyakan fahaman liberalisme iaitu "meliberalkan' fahaman agama Islam dan 'mempluralkan' fahaman agama Islam.


Bagi saya ini isu besar kerana ia melibatkan akidah dan salah tafsir terhadap Islam. Menjadi hebat lagi isu ini kerana semua orang boleh akses di dalam YouTube, tiap-tiap malam orang tengok berita di dalam media dan kini menjadi perdebatan, ini bukan satu isu yang remeh.

Ia berlaku kerana dibangkitkan oleh orang yang bukan ahli dalam bidang Islam tetapi membuat tafsiran yang silap terhadap Islam.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah memberi amaran yang bermaksud "Apabila diletakkan amanah itu kepada orang yang bukan ahlinya, kamu tunggulah saat kehancurannya". Mentafsir Islam daripada seorang yang bukan ahlinya dan tafsiran itu pula salah melibatkan akidah, ini cukup bahaya. 

Sebagai komponen Pakatan Rakyat, PAS khasnya, kepimpinan PAS yang terdiri daripada ulama harus memandang serius kenyataan ini.

NASHARUDIN MAT ISA
Bekas Timbalan Presiden Pas


===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment