Copy and paste dr tulisan amri elwahab ( Kenyataan oleh Mufti Perlis Dr Juanda Jaya )
Di petik dari: Fitrah Islami Online.
- Saya sudah jangka repons negatif dari pihak pembangkang, tetapi bagi menjaga kepentingan seluruh umat Islam, para mufti bertanggung jawab untuk memberi nasihat.
- Bagi yang enggan menerima fatwa, itu hak mereka.Kita faham sebab itu tidak memenuhi kehendak nafsu mereka.
- Namun kalau nak pertikai sekali pun jagalah adab dan akhlak sebagai muslim.Tak perlu tuduh melulu, itu bukan akhlak seorang muslim, apatah lagi kalau dikategorikan sebagai ulama
- Bagi saya tiada nas yang
meng haramkan perhimpunan untuk protes secara mutlak.Ia mungkin haram kerana hal lain.Memprotes dan berhimpun adalah hak yang di akui oleh agama.Bahkan Islam dalam banyak hal anjurkan ibadat secara jamaei (berhimpun) sebagai tanda kekuatan dan protes kepada kekufuran dan jahiliah.Tetapi ia mesti dilaksanakan secara beradab.Zaman Khalifah Uthman r.a para penentangnya berdemonstrasi di hadapan rumahnya, Uthman tidak larang, bahkan para sahabat yang mahu menyuraikan mereka.Uthman melarang dan menyuruh membiarkan mereka selagi mereka tidak melanggar batasan. Tetapi akhirnya akibat hasutan jahat sesama mereka, maka mereka menyerang rumah Uthman dan membunuh khalifah yang ketika itu seorang diri dengan isterinya tanpa senjata dan di bunuh sewaktu sedang membaca al Quran.Lipatan sejarah ini wajar diambil iktibar. - Politik hari ini menyaksikan mereka yang dulu memerintah juga
bo leh menjadi pembangkang pada hari ini dan begitulah sebaliknya.Jadi wajar difikirkan, kalau ada pihak demonstrasi di KL, akan wujud pihak lain akan membalasnya di Shah alam,Alor Setra ataupun baru.Kota - Setelah Bersih 2.0 Parlimen sudah mewujudkan Jawatankuasa yang terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang untuk berbincang, dan telah ada keputusan.Tetapi kenapa tidak selesai.Apa yang jelas pihak Bersih amat tidak berpuas hati. Tetapi agak hairan juga, apabila SPR
meng ajak Bersih untuk berbincang, mereka enggan duduk semeja.Debat di antara Ambigia dan Khairy Jamaludin juga sudah berlaku, tetapi ia juga tidak membawa penyelesaian kepada satu pihak lagi.Saya lihat di pihak kerajaan keterbukaan sudah berlaku, tetapi pihak penentang tetap berkeras dengan segala dakwaan mereka seolah olah mereka maksum daripada kesilapan.Saya fikir rakyat semakin cerdik menilai maka pada saya, bertindaklah secara waras dan terbuka, ia akan bawa kebaikan kepada negara kita.Duduklah berbincang bersama dan dedahkan segala bukti dakwaan, tetapi sehingga kini, kita hanya didedahkan dengan angka dan fakta glamor sahaja dalam blog dan akhbar, fakta yang khabarnya ribuan itu tak pernah pula kelihatan di alam nyata.Saya yakin rakyat memahami permainan ahli politik kedua pihak dalam hal ini.Maka tolonglah jangan pertaruhkan nasib rakyat dengan permainan yangbo leh membawa bencana kepada semua pihak. - Mereka mempertikaikan fatwa ini dan terlalu cepat melatah dengan hanya bergantung kepada ulasan penulis berita, tanpa berusaha membaca teks asal keputusan itu.Namun saya rumuskan beberapa sikap masyarakat Islam kita terhadap keputusan fatwa saperti berikut:-
- Golongan yang menerima tetapi berdiam diri kerana mungkin akur
- Golongan yang melatah dan menuduh dengan pelbagai label kerana tidak setuju fatwa yang tidak memenuhi kehendak nafsu mereka, golongan ini mungkin gagal memahami teks asal, jadi menuduh dengan sembrono.Golongan sebegini biasanya juga sering memberi fatwa peribadi mereka sendiri.Bila ada pihak yang bertentangan dengan hawa mereka, mereka akan serang habis habisan dengan pelbagai gelaran dan label yang dilarang syarak.Agak tidak logik,mereka ajak kepada agama, tetapi akhlak dan perkataan tidak
meng gambarkan agama yang mereka perjuangkan. - Golongan oportunis yang akan menolak apa sahaja yang datang daripada pemerintah hatta pemerintah di negeri yang parti mereka sokong memerintah.Kalau tak setuju dengan mufti negeri yang anda perintah, minta MB negeri pecat mufti berkenaan.
- Nak tuduh Jawatan kuasa fatwa Kebangsaan tak faham tujuan sebenar himpunan Bersih, pada saya adalah keterlaluan.Kalau begitu saya juga
bo leh kata mereka juga tidak memahami keputusan Fatwa ini.Kalau begitulah sikap kita semua,maka tidak ada penghujung dan penyelesaiannya.Kenapa tidak mahu bertindak sebagai orang yang matang, waras dan dewasa? - Sesetengah pihak membandingkan pandangan Fatwa kita dengan ulama luar negara saperti
Yus uf al Qardawi yang mewajarkan demonstrasi.Pada saya itu pandangan beliau berdasarkan maklumat yang beliau ketahui dan bisikkan kepada beliau serta keadaan sekeliling beliau.Hal sebegini pasti mempengaruhi fatwa yang dikeluarkan.Ini di akui sendiri oleh para ulama dan al Qardawi sendiri. - Saya baru bertemu dengan al Qardawi 1 mei 2012 di Doha.Pihak yang berkenaan juga wajar bertanya al Qardawi, apakah di Qatar di
bo lehkan demonstrasi bagi menentang kewujudan markas tentera Amerika.Sudah tentu ia akan merumitkan keadaan beliau untuk berkata kata. - Kami rom
bo ngan mufti mufti Malaysia yang melawat Arab Saudi pada 27 April 2011 atas undangan Kerajaan Arab Saudi turut bertanya soalan tentang fatwa demonstasi kepada al Sheikh Abdul Azeez ibn Abdullah Aal ash Sheikh, Mufti Besar Arab Saudi tentang pandangan al Qardawi.Aal Syeikh menyatakan penghormatannya terhadap kealiman Al Qardawi tetapi dalam hal demonstrasi yang membawa kerosakkan belaiu tidak setuju dengan pandangan al Qardawi kerana ia membawa kerosakan.Jelasnya para ulama setempat lebih memahami keadaan mereka, maka kalau berbeza pandangan ia suatu yang wajar berlaku.Maka kurang tepat kalau kita ambil sikap pukul rata dalam memahami teks dan konteks.Kita kena lah saling hormatmeng hormati pandangan setiap pihak.Itu sikap yang sepatutnya. - Kita semua perlu berusaha untuk mematangkan pemikiran kita terutama mereka yang belajar agama, barulah lengkap sifat umat maju.
- Islam memang beri ruang untuk berbeza pandangan.Kalau berbeza, jagalah adab, janganlah mudah sangat untuk melabel dan mencaci.Islam tidak ajar begitu terutama bagi mereka yang dilabel sebagai ulama.Tak molek langsung!
- Pihak yang tidak setuju dengan keputusan majlis Fatwa secara gerom
bo lan besar besaran menyerang keputusan ini dengan pelbagai kata dan nista yang wujud dalam kamus sindiran dan celaan mereka. Ertinya mereka amat bimbang masyarakat mempertikaikan kredibiliti mereka.Apabila mereka menyatakan pandangan mereka wajib di ikuti maka maksudnya sesiapa yang tidak ikut adalah berdosa! Ini adalah perktaan yang berat dalam agama.Sebab itu dalam keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dinyatakan bahawa demonstarsi yang membawa kerosakkan adalah haram. - Saya hairan, tawaran kerajaan kepada Bersih 3.0 untuk
meng gunakan Satdium Merdeka ditolak atas alasan masa tak cukup.Mereka kata tujuan mereka hanya untuk duduk memprotes, maka kenapa Satdium Merdeka tidakbo leh diterima? Payah sangat kah nak duduk? Ini menunjukkan sikap berdegil dan enggan memberikan kerjasama serta ada niat lain yang hanya Allah yang tahu. - Begitu juga segala tuntutan pihak Bersih yang cuba diselesaikan melalui Jawatankuasa yang dibentuk di Parlimen, kita di beritahu bahawa wakil pembangkang yang diberikan hak duduk dalam Jawatankuasa, tetapi ada yang selalu ponteng.Kenapa? Belum memerintah lagi dah ponteng kerja? Lepas itu komplen.Ini tidak adil dan ‘misleading’ kepada rakyat.
- Kita mesti bersikap adil dan guna saluran yang wajar.Ini tidak, keras kepala yang dijadikan sebagai modal untuk menegakkan tuntutan.Ini kanun rimba di tengah masyarakat.Sikap in berbahaya.
(
__._,_.___
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment