16 May 2012

Help Palestine [hidayahnet] Rencana Sempena Hari Guru, Pandangan Penulis : Jasa Keringat Guru Perlu Diingati

 

 
Setiap Tahun 16 Mei menjadi tarikh keramat  untuk semua para pendidik.  Tarikh tersebut diadakan satu Majlis untuk semua guru di peringkat  semua sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Layangan kad, SMS, Bunga dan Hadiah  daripada pelajar kepada semua guru yang telah mencurahkan ilmu sebagai mengingati jasa guru sehingga kini masih diteruskan.
Bagi semua para pendidik, sudah menjadi kebiasaan dan hati mereka rasa gembira apabila keringat mereka dihargai walaupun tidak diminta.
Rata-rata semua pendidik inginkan kejayaan anak murid  yang diberi tunjuk ajar. Para pendidik semua ingin melihat anak didik mereka menjadi insan yang bertakwa solih wa muslih.  Jika ini diberikan  inilah pemberian yang amat bermakna bagi insan bergelar Guru.
Dari pandangan mata kasar penulis, seperti biasa sambutan hari guru diadakan di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).
Di peringkat negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR), Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali mengambil inasatif dengan memilih  Tema Hari Guru bagi tahun 2012 "GURU PENJANA GENERASI IDAMAN, GURU PENYAYANG, GURU DI SAYANG".
Ini adalah bertujuan memberi suntikan semangat kepada semua pendidik di Selangor untuk terus mempertingkatkan kualiti pembelajaran dalam melahirkan Generasi ilmu, Idaman Selangor.
Bagi  penulis, tema ini sesuai dilaksanaan kerana Guru adalah menjadi ikutan semua pelajar. Apabila guru itu baik, mudah berbincang, mesra dengan pelajar, mempunyai sifat ibubapa, maka semua pelajar akan menyangi guru tersebut. Semua pelajar akan menjadikan mereka sebagai ikon terbaik dalam menjana generasi idaman.  
Saban tahun sambutan hari guru akan diumumkan tokoh guru terbaik diadakan juga Hari Anugerah kecemerlangan guru.
Mereka yang dipilih sudah pasti dianugerahkan pingat Tokoh Guru dengan tujuan menyuntik semangat pendidik.
Anugerah Tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972. Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan para guru ini sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sehingga tahun 2011, seramai 135 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan.

Antara kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain.

Dari segi syarat pemilihan calon Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan pula, mereka hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini; seboleh-bolehnya dipilih daripada kalangan tokoh yang sudah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru pada peringkat negeri; berumur 50 tahun atau lebih, sama ada berkhidmat atau sudah bersara; sedang atau sudah berkhidmat sebagai guru, pengetua, guru besar, pensyarah atau pentadbir dalam perkhidmatan pendidikan.

Selain itu, pemilihan calon juga boleh dibuat ke atas tokoh yang sudah meninggal dunia, manakala kesatuan perkhidmatan keguruan pula berpeluang membuat pencalonan pada peringkat negeri dan kebangsaan.

Setakat ini, setelah dibuat kajian, penulis mendapati tahun paling ramai menerima anugerah ialah pada Hari Guru 1977, iaitu seramai tujuh orang.  

Antara penerima sulung anugerah berprestij itu ialah Zainun Munshi Sulaiman, Mohd Nor Ahmad, Ting Pin Sung, A.V. Perumal dan Tan Chong Bee.

Senarai Tokoh Guru Kebangsaan

2011 :

DATO` SIVA SUBRAMANIAM

2009
Datuk Abdul Rahim Tahir
Shahul Hamid Mydin Shah
Phua Seng Tiong

2008
En. Abu Bakar Bin Shawkat Ali
En. Krishnasamy a/l Kapaya
Y. Bhg. Dato' Dr. Hj. Zulkarnain Bin Hj. Abd. Rahman

2007
En. Gerald Lee Liong Ai
Dato Haji Abdul Majid Bin Omar
Dato Haji Muhamad Bin Mustaffa
Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Nordin

2006
Pn. Azizah Bt. Haji Md Taib
Y. Bhg. Prof Dr. Hj. Hussein Bin Haji Ahmad
Y. Bhg. Datuk Wira Haji Borhan Bin Md Yaman
Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Awang Had Bin Salleh

2005
YM Engku Tik Azizah Bt Engku Malek
Haji Abdul Mana Bin Mohamed Noh
Haji Ramli Bin Haji Ahmad
Teo Huat @ Teo Teck Huat
Haji Ghazali Haji Yusuf

2004
Tn. Hj. Md. Ismail Zam Zam
Cik Alice Wee Siew Eng
En. Krishnasamy Tambusamy
Pn. Hjh. Wan Safinah Hj. Saleh
En. Ali Suhaili

2003
Pn. Sri Aisha Hj. Shamsuddin
Tn. Hj. Sulaiman Mohd. Nawi
Tn. Hj. Hussain Hj. Paris
En. M.P. Rangganathan
En. Ho Thean Sung

2002
Tn. Hj. Abd. Karim Abdullah
Tn. Hj. Khamis Noyo
Tn. Hj. Abd Hamid Hj. Noor Mohamed
Cik Hjh. Nasriah Hj. Maghribi
En. Nagaratnam Pennurengan

2001
Tn. Hj. Mohamed Saat Bongkek
En. Abang Hamdan Jas
Pn. Hjh. Siti Aishah Hj. Ab. Rahman
Tn. Hj. Sulaiman Samad
En. Robert David

2000
Pn. Nik Faizah Mustapha
Tn. Hj. Tawi Yaakub
En. Cheong Yong Kwong
Tn. Hj. Abdul Ghani Wahab

1999
Pn. Molly Chong Nee Molly Gee
En. Mohd. Mokhtar Talib
Pn. Hjh. Rahmah Bt. Hj. Hussain
Tn. Hj. Hambali Abdul Razak
Tn. Hj. Kassim Muhammad

1998
Dato' Hj. Abd. Rahim Hj. Abd. Majid
Dato' Dr. Hj. Yahya Ibrahim
Tn. Hj. Mohd. Tahir Hj. Ahmad
Tn. Hj. Mohamed Ali

1997
Dato' Hj. Jumat Dato' Hj. Mohd Nor
Dato' N.S. Selvamany
Tn. Hj. Harun Hj. Hassan
Tn. Aminuddin Muhammad

1996
En. Anthony Lim Peng Hwa
Pn. Hjh. Embun Muhamad Ali
Pn. Irene Syawe Chin Chi
En. Abdul Razak Ismail

1995
Tn. Hj. Jaaman @ Sharman Abu
En. Anthony Reynolds Peter
Tn. Hj. Wan Din Wan Mat
En. Amirbek Amir Husain

1994
Tn. Hj. Wan Samsudin Mohd Yusof
En. Nordin Hj. Mahmood
En. Jikal Gabie
En. Khor Beng Hoe

1993
Dato' Abdul Aziz Ismail
Tn. Hj. Ibrahim Yaakob
Tn. Hj. Mohd. Saidin
Dato' Hj. Mohd Taib Omar

1992
Dato' Hj Ibrahim Sulaiman
Pn. Siti Bidayah Hj. Din
En. Lau Hut Yee

1991
Datuk Hj. Parman Hassan Raji
Dato' Hj. Abbad Hj. Muhammad
Pn. Dawn Parry

1990
Dato' Hj. Idris Hj. Tain
Tn. Hj. Abdullah Sani Abu Bakar
En. Michael Graham Parry

1989
En. Mohamed Ali Mohamed
En. Goon Koo Leong
YM Raja Lope Ahmad Raja Mohd Ali

1988
En. Sulaiman Hj. Ebi
Cik Visalacey Mutu
En. Harith Muhammad Liki

1987
Dato' paduka Syeikh Abdul Mohd. Noor
En. Chang Min Phang Paul
Tn. Hj. Hashim Abdul Rahman

1986
Dato' Hj. Abdul Aziz Tapa
Pn. Rasammah Naomi Bhupalan-Rajendran
Dato' Ariffin Md. Nam

1985
En. A. Ali Manjang
En. Ahmad Kotot
Tn. Hj. Idris Hj. Abdul Salam
Tn. Hj. Yasin Saleh

1984
Tn. Hj. Abdul Razak Abdul Hamid
En. Shahrom Husain
Tn. Hj. Muhammad Bujang
Pn. Hjh. Hendon Hj. Din

1983
Datuk Polycrap Sim Sheng Mong
Tn. Hj. Mohd Zain Ayub
En. Ang Kean Kah

1982
Dato' Hj. Zainal Abidin Ali
Tn. Hj. Abdul Rashid Ahmad
Tn. Hj. Mohd Zain Rashid

1981
Tn. Hj. Mohd. Yusof Badin
Pn. Hjh. Maimunah Abdul Rahman
Tn. Hj. Othman Hj. Ali

1980
Tn. Hj. Omar Othman
Tn. Hj. Mohd Diah Abdul Rahman
Dato' James Frederick Augustine

1979
Kapt. Dato' Hj. Mohd Nor Mohammad
Tn. Hj. Muhammad Yusof Ahmad
En. Mohd. Aslie Lutah

1978
En. Ann Moreira
En. Bapoo Mohd. Hashim
Dato' Hj. Abdul Alif Hj. Md Arshad
En. Guram Singh
En. Mohd Nor Abdul Hamid
En. Waung Yoo Nien

1977
Tn. Hj. Abu Bakar Al Bakir
En. Qua Chiew Kooi
Tn. Hj. Ahmad Abdul Rahman
En. Abu Kassim Yusof
En. Abdul Rahman Md. Akib
En. K. Kannan
Pn. Lily Eberwein

1976
Tn. Hj. Kassim Harun
Tn. Hj. Mohammad Hj. Abdullah
Tn. Hj. Ali Mohd Yunus
En. V. K. Thaillaikannu
En. Tan Chee Meng

1975
Pn. Hjh. Zainun Munshi Sulaiman
En. Mohd. Nor Ahmad
En. Ting Pin Sung
En. A.V. Perumal
En. Tan Chong Bee

Justeru, dikesempatan ini, penulis juga mengambil kesempatan merakamkan "Selamat Hari Guru, Terima Kasih Buat Semua Guru  yang tidak jemu mendidik. Tanpa kalian kami tidak akan merasa nikmat kejayaan".
 
 
Jasamu takan luput dalam ingatan;
Sepanjang hayat di sudut hati;
Tiap sepatah katamu mengisi erti;
Tiap madahmu mengandung hikmah;
Pembentuk peribadi penegak kebenaran;
Pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.
Hanya kata-kata ini yang dapat di lafazkan;
Terkumpul dari 1000 hati menjadi  satu;
Menadah tangan dengan doa restu kepada  Allah SWT yang menjanjikan pembalasan.
Khusus buat semua guru yang berjiwa mulia
Pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.
 


__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment