salam to all,
may I know who is this qaniah syumaila.
If I'm not mistaken, the whole writing below being published in Solusi this
month by Fatimah Syarha Noordin.
Who is the writer and what is majalah haluan?
From: Naim Qlate
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: 28/05/2012 20:22
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Perlu Arif Tabiat Lelaki
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2012/01/perlu-arif-tabiat-lelaki.html
Lagi kisah Qani'ah Syumaila dalam Buku Cinta High Class.
Boleh juga temui tulisan saya berkenaan soal Lelaki dan Perempuan dalam
Majalah Haluan.(Rujuk:
http://www.facebook.com/pages/Majalah-Haluan/129873377081178)
Qani'ah Syumaila membuka diarinya…
Ketika bergelar mahasiswa, saya menjadikan perpustakaan sebagai rumah
kedua. Seronok mengisi masa dengan membaca. Buku Islam dan Cinta, karangan
Abdullah Nasih Ulwan menemani petang saya pada hari itu.
Tiba-tiba, ada sebuah SMS masuk.
Saudari,
Awak kelihatan sangat solehah. Sudikah awak membimbing diri saya yang jahil
ini. Saya mahu berubah. Saya ikhlas dahagakan petunjuk. Classmate.
"Membimbing atau mengajak bercinta?" hati saya mempersoal.
Jika ikhlas mencari petunjuk, dia sepatutnya berjumpa ustaz, bukan berjumpa
saya. Berjumpa saya hanya menyebabkan ruang maksiat terbuka luas.
Sekalipun dia mengajak saya bernikah agar saya dapat
mengubahnya, saya tidak boleh jahil tabiat lelaki. Lelaki lazimnya tidak
suka sekiranya seorang isteri mengubah dirinya. Sekiranya peluang membuat
perubahan itu ada tapi tidak boleh terlalu dipercaya. Peluangnya tipis
sahaja.
Tatkala lelaki memegang darjat suami, keegoan mudah merasuk diri. Sukar
mengikut kehendak orang lain apatah lagi kehendak isteri. Mengubah tabiat
lelaki sangatlah payah. Apatah lagi, sekiranya cara hidupnya terbiasa
dengan alpa dan dosa sejak muda.
Perlukah saya memperjudikan masa depan dengan menikahi lelaki yang tidak
mampu membimbing diri sendiri? Adakah dia mempunyai modal untuk membimbing
keluarganya nanti?
"Orang minta bimbingan saja. Kenapa fikir jauh sampai soal nikah?" syaitan
mengejek saya.
"Jika aku berani memulakan, kena fikir kesudahan. Nikah dengan lelaki
sebegini atau membiarkan anggota badan berzina. Baik abaikan sahaja." Saya
patahkan hujah syaitan.
Seorang rakan menuju ke arah saya kemudian duduk di sebelah.
"Ramai kawan-kawan kita suka gandingkan nama awak dengan Presiden. Boleh
saya tahu hal sebenarnya?" dia mengorek rahsia.
"Itu gosip sahaja. Kami tiada apa-apa," jawab saya.
Saya menyembunyikan rahsia bahawa memang benar Presiden pernah menghantar
surat risikan kepada saya. Cuma, istikharah dan musyawarah saya dengan
ibubapa belum mengatakan dialah orangnya. First thing first.
"Alhamdulillah. Saya sebenarnya sudah lama minat pada Presiden," dia
meluahkan.
Saya tidak pelik mendengarnya. Wanita yang baik mudah tertarik kepada
lelaki yang baik. Itu fitrah. Wanita yang jahat mudah tertarik kepada
lelaki yang jahat. Begitulah sebaliknya. Saya tadahkan telinga mendengar
bicara hatinya.
Katanya, yang ini lain. Rasa tertarik itu pada kesolehannya. Pada
akhlaknya. Pada kesamaan visi dan misi dalam dakwah. Masing-masing tahu ada
batasan. Dilemanya, hati mendesak untuk memberi perhatian. Hati mendesak
untuk menunjukkan sikap memahami. Hati mendesak untuk saling berpesan-pesan
atas kebenaran dan kesabaran.
"Awak ikut desakan hati?" saya bertanya.
"Saya meminta dia menjaga, memperhatikan atau menasihati saya agar
istiqamah," katanya.
"Lalu, apa yang terjadi?"saya berkata.
Dia meluahkan lagi,
Setiap hari…
Kalau tidak bertemu, rasa ada suatu yang hilang. Perlu segera
diintai-intaikan.
Ada kerisauan tentang dirinya. Ada keinginan kuat untuk tahu
kondisinya.
Andai bertemu, berpandangan, atau SMS muncul pula rasa
bersalah, gelisah, menyesal dan takut membuat Allah murka. Kenapa ya?
"Kerana hati awak masih hidup mengenal mana dosa dan mana
pahala," jawab saya.
"Lepas saya mengungkap cinta kerana Allah, dia seakan menjauhkan diri.
Salahkah saya?" dia bertanya.
"Tanyalah hati. Bimbang, ungkapan cinta Yang Esa tapi pengisian leka
dari-Nya," jawab saya.
Saya berkongsi pendapat dengannya. Dalam hubungan yang tidak halal, cinta
yang fitrah amatlah senang bertukar menjadi fitnah. Sukar mengenali mana
cinta dan mana nafsu kerana topengnya handal, sukar dikenali. Orang yang
biasa mendidik hati mampu mengenalinya.
Saya tidak mahu terlalu mudah mengungkap cinta. Siapa yang bakal menerima
ungkapan cinta mestilah lelaki high class bukan lelaki sembarangan. Perlu
ada matlamat. Perlu lihat kesudahan. Menghampiri syurga atau menghampiri
neraka?
Saya berpesan supaya tidak perlu bertindak bodoh mengucapkan
"Good bye" kepada dunia andai kehilangan cinta manusia. Patah tumbuh hilang
berganti. Yang penting, Allah setia mencintai.
Selepas rakan saya itu beredar, saya jadi tertanya-tanya.
Kenapa wanita kaya, cantik, bijak, menarik dan solehah sepertinya tidak
mendapat tempat di hati Presiden? Kenapa Presiden lebih sanggup cuba
mendapatkan saya? Saya cuma seorang gadis yang sangat sederhana.
Saya semakin arif tabiat lelaki. Secara semulajadinya, lelaki
sukakan cabaran. Yang mudah menyerah diri, mudah pula disakiti. Yang sukar
didapati, semakin bersungguh dia mencari. Maka, saya perlu terus menghunus
duri. Agar cinta ini terpelihara untuk seorang suami yang diredhai Ilahi.
Saya mesti terus belajar tabiat lelaki. Bukan untuk menyaingi
atau mengalahkan mereka. Saya cuma tidak mahu diperdaya. Saya melihat
betapa ramai wanita telah dipermainkan. Mereka gagal mempertahankan diri.
Mereka gagal keluar dari kebergantungan kepada permainan cinta sandiwara
lelaki.
Saya tahu saya tidak mampu mengubah tabiat lelaki. Tapi saya mampu
membantunya menjadi lelaki sejati. Bukan dengan cara melayan dan
membimbingnya menjadi model lelaki idaman. Lelaki pasti mengambil
kesempatan di atas sebuah kelembutan.
Caranya, saya mesti menghunus duri. Awas, jangan dekat! Jika mahu, dapatkan
secara terhormat. Biar lelaki tahu, wanita itu untuk diselamat bukan
diperalat untuk keseronokan sekejap.
Malah, setelah nanti saya telahpun bergelar isteri, saya tidak boleh
berhenti untuk belajar tabiat lelaki. Lelaki suka berjanji dan cepat
berubah hati. Saya melihat realiti masyarakat. Biar betapa baguspun seorang
isteri melayani suaminya, masih ada lelaki yang gagal setia malah
sesuka-hati memperdaya isterinya. Apatah lagi jika isterinya banyak
kelemahan, ramai lelaki lebih suka menghukum daripada mendidik sehikmahnya.
Saya yakin, ada suatu rahsia yang menggerakkan tindakan lelaki. Saya mesti
arif rahsia ini. What you see is what you get. Saya mesti bijak
menyelaraskan 'sudut pandang' terhadap sesuatu isu sensitif yang melingkari
alam rumah tangga sejak mula. Perlu juga ada jaminan undang-undang untuk
mempersiapkan diri pada sebarang kemungkinan. Bukan kerana tidak percaya
tapi kerana tabiat lelaki cepat berubah.
()"" ' ) Naim Qlate
( ,'o' )") Anda dijemput jadi Followers : http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(") " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana
semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH
maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA
kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah
ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2
manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri
menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group
semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.
The information in this e-mail and any attachment(s) here to is only for the use of the intended recipient and may be confidential or privileged. If you are not the intended recipient, any use of, reliance on, reference to, disclosure of, alteration to or copying of the information for any purpose is prohibited. Any information not related to BNM's official business is solely the author's and does not necessarily represent BNM's view and is not necessarily endorsed by BNM. BNM shall not be liable for loss or damage caused by viruses transmitted by this e-mail or its attachments. BNM is not responsible for any unauthorised changes made to the information or for the effect of such changes.
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/
No comments:
Post a Comment