25 May 2012

Help Palestine [hidayahnet] UMNO Gangu Ceramah Pakatan Kerana Takut

 


 
Capture foto : 235-DSAI teruskan ceramah dengan kawalan ketat petugas, walaupun terdapat gangguan di lakukan Samseng UMNO

IMG_234 : Antara yang tercedera akibat balingan telur dll.

IMG_237 : Kunjungan orang ramai ceramah Pelnacaran Jentera Baru Keadilan, lembah pantai. malam tadi

IMG_236 : Izzah menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang UPSR.


KUALA LUMPUR 25 MEI : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan insiden  provokasi daripada Umno-BN sehingga menyebabkan seorang warga emas cedera di kepala sebagai perbuatan samseng dan tidak berakhlak.

"Tindakan pemuda Umno-BN itu dilakukan bagi menghalang pimpinan PKR untuk memberi ceramah sempena Pelancaran Jentera Baru Keadilan Lembah Pantai.

Kenapa Umno-BN takut kita bagi ceramah? Sanggup upah orang untuk baling batu. Ini Malaysia negara rakyat bukan negara samseng, kita ada adat," katanya.

"Ketika kejadian itu, didapati seorang warga emas cedera di kepala akibat terkena balingan batu oleh pemuda Umno-BN yang menghadiri ceramah dianjurkan oleh "TIBAI" bersebelahan dengan khemah PKR.

Sementara itu, Anwar turut mengulangi janji PAKATAN untuk menurunkan harga minyak, menghapuskan tol dan memberi pendidikan percuma sekiranya gagasan itu menang pada pilihanraya umum akan datang.

Tambah beliau lagi, UMNO-BN  bukan sahaja pandai mengamalkan budaya memfitnah tetapi juga mengadaikan tanah melayu di Kampung Baru.

Katanya, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyerahkan 40 peratus tanah Kampung Baru kepada pemaju bukan melayu.

"Siapa yang minta kawasan itu? Pemaju mana? Atau tauke-tauke yang dia jaga sebab itu senang beliau bagi," katanya.
Tambah Anwar, taraf kewarganegaraan juga tidak diberi kepada kaum bukan melayu di kawasan ini walaupun mereka dilahirkan di negara ini.

"Jika dibawah Pakatan Rakyat, kita akan jaga semua kaum dan kita tidak akan bagi rakyat dari negara lain yang baru tiga bulan datang ke negara ini tetapi menerima taraf kewarganegaraan seperti yang dilakukan oleh Umno-BN," katanya.

Ujarnya lagi, rakyat juga boleh menilai banyak perkara yang dilakukan Umno-Bn masa kini termasuk kes fitnah ke atas dirinya mahupun pemimpin Pakatan yang lain.

"Saya dihina sudah 14 tahun, tetapi ramai rakyat pelbagai kaum sanggup menerima saya.

"Budaya ini kita tidak akan bawa dalam pakatan, kerana tuan guru selalu berpesan, jika kita hendak membawa perubahan, kita mestilah membawa contoh yang baik kepada rakyat," katanya.

Hadir   ceramah malam  tadi,  MP Lembah Pantai,  Nurul Izzah Anwar menyampaikan hadiah pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sebelum itu, kira-kira 9 malam, seramai 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan  "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)."

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada 19 Mei, lalu.
 
 
Note: Dimanakah nilai2 murni yang diterapkan pimpinan UMNO kepada semua ahlinya.. Sudahlah masuk rumah orang, tak berakhlak langsung. ooo Negara Malaysiaku sungguh memalukan..

teman duk pelik, kenapa kawasan tempat lain UMNO2 ni mengganas mcm orang hilang akal, tapi di Gombak kalau DSAI, mai tak berani pula buat kacau..

Alhamdulilah dalam PAS, Pimpinan dibawah ulama sentiasa mentarbiyahkan semua ahli PAS sentiasa berakhlak mulia..

Moga yb and DSAI selamat..amiin


__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment