16 May 2012

Help Palestine [hidayahnet] Re: RAHSIA DAP MENJAHANAMKAN ISLAM TERBONGKAR

 

Saya merasa terpanggil untuk menjawab email yang dihantar ke group ini.
Pernah suatu ketika dahulu parti pembangkang terutamanya PAS dituduh
sebagai parti yang banyak memfitnah, menuduh, memburukkan orang lain dan
sebagainya walhal sebaliknya yang berlaku.

Mutakhir kini banyak serangan melalui email, ceramah, blog dan sebagainya
yang dibuat kepada parti pembangkang menggunakan pendekatan yang dahulu
kononnya dilakukan oleh parti pembangkang. Pendekatan yang berbentuk
perkauman dan melaga-lagakan sensitiviti keagamaan menjadi senjata kepada
mereka untuk menyemarakkan semangat perpecahan di kalangan masyarakat. Di
zaman yang serba canggih kini, maklumat dapat dicapai dengan mudah dan
masyarakat boleh menilai dan membezakan budaya fitnah, batu api dan
sebagainya.

Bagaimana kita boleh mempercayai sesuatu cerita yang disampaikan jika
tidak mempunyai bukti, sekadar catatan untuk dibaca bagi menyemarakkan
semangat perkauman dan menimbulkan sensitiviti keagamaan yang menjadi
senjata kepada parti yang memerintah sekarang. Bersih 3.0 bertujuan untuk
memperbetulkan kekurangan yang ada di dalam proses pilihanraya.. Apakah
salah kita duduk dan bantah kerana kerajaan langsung tidak mempedulikan
perkara tersebut walaupun pilihanraya semakin hampir. Islam mengajar kita
menegur kezaliman yang berlaku dengan tangan (kekuatan), mulut (perkataan)
atau hati (selemah-lemah iman) maka duduk dan bantah itu adalah sebahagian
daripada teguran kepada pemimpin yang zalim yang memanipulasikan proses
pilihanraya untuk penipuan di dalam kemenangan mereka kelak.

Buktikan apa yang berlaku kerajaan PR di Kelantan, Kedah, Selangor dan
Perak (seketika dahulu) dipengaruhi oleh DAP di dalam merencanakan gerakan
Kristianisasi termasuk pengaruh Anwar dan DAP di dalam kerajaan negeri
tersebut. Apakah bukti yang dapat dikemukakan bahawa terdapat perancangan
daripada mereka seperti yang disebutkan di dalam percaturan kemenangan PR
di dalam Kerajaan Persekutuan itu nanti.

Jika tiada bukti, jelas bahawa kerajaan yang memerintah kini menggunakan
pendekatan yang biasa mereka lakukan.. budaya fitnah, adu domba, batu api
dan menyemarakkan isu perkauman dan keagamaan yang boleh menghuru-harakan
masyarakat.. dan itulah yang mereka mahukan. Jika betul UMNO hendak
mengikut Islam, perkenalkan Islam dahulu kepada MIC dan MCA supaya mereka
boleh menerima dan menghormati kesucian Islam.

Jelasnya UMNO adalah parti kaum Melayu, cuba menyemarakkan isu Melayu dan
memperjuangkan Islam, MCA parti kaum China dan MIC untuk kaum India, mana
mungkin dapat disatukan dibawah BN jika masing-masing menyemarakkan
semangat perkauman dan agama di dalam BN. Berlainan dengan PR dimana PAS,
DAP dan PKR tidak menghadkan ahli mengikut perkauman dan agama dan mereka
boleh bersama dan bersatu untuk memperjuangkan keadilan dan menumbangkan
kezaliman yang berlaku. Inilah yang dicemburui oleh kerajaan yang
memerintah hari ini.

Senjata terakhir yang mereka lakukan.. membanyakkan fitnah.. adu domba..
dan menyemarakkan api perkauman yang bakal membakar diri mereka sendiri..

> Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu
> yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri
> harapkan. Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika mereka
> mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini.
> Bukan
> sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.
>
> Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13
> adalah landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia yang
> pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti.
>
> Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum
> pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah
> menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut,
> sudah tentu dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa.
>
> Faktor Anwar Ibrahim cukup penting. Keupayaannya Anwar memecah belahkan
> orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai PAS.
>
> Rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai
> PM
> sebagaimana yang kita fahami. Mereka memberi sokongan padu kepada Anwar
> hanya untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka.
>
> Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan
> Melayu sebelum 2020. Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu?
> Mereka akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan
> Singapura. Semuanya akan ditamatkan.
>
> Mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu pada 2017
> nanti
> (PRU 14). Mengapa?
>
> Sehingga hari ini DAP hanya bermain wayang. Karpal masih belum mempercayai
> Anwar Ibrahim sepenuhnya walaupun mereka berada dalam kapal yang sama dan
> Anwar dilantik sebagai kapten.
>
> Masa Anwar akan berakhir bila PR menguasai negara. Tidak mustahil ia
> dilupuskan oleh agen pelobi mereka sendiri untuk memberi laluan DAP
> menguasai politik sepenuhnya. Lee Kuan Yew Dibenarkan Memerintah Malaysia
> Buat Sementara, syarat PRU13 Dari PAP Kepada DAP.
>
> *PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN – SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU
> MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT*
>
> Sumber Dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka
> amat
> serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan
> perasaan membenci pemerintah yang berjaya didorong oleh Anwar. PAS
> dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO.
>
> Dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP)
> menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi
> langkah
> untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia
> mereka
> yang masih belum terbocor.
>
> Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada pengetahuan kita sudah cukup
> untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan terpaksa menyerahkan negara
> kepada bangsa asing.
>
> Siasatan mymassa mendapati terdapat beberapa perkara rahsia yang tentunya
> tidak diketahui anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Apa yang mereka
> lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan
> Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam. Ini
> Rahsianya, bacalah dengan serius…
>
>
>
> - Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua,
> Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah
> mengadakan
> pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara
> untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak.
> Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target
> mereka?
>
>
> - Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara
> bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka.
> Jeff
> Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil
> parti
> pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU.
>
>
> - Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah
> arahan
> Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang
> merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE
> kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita
> Kristian yang PAS tak boleh tahu!
>
>
> - Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an
> dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di
> Parlimen
> Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa???
> Kini
> PAP kembali lagi.
>
>
> - Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua
> membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya
> mengapa
> poster-poster PR yang dibuat di negara China (kenapa dibuat di China?
> Adakah ia mempunyai maksud tertentu?) belum sampai-sampai lagi.
>
>
> - LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui
> Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika
> lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim
> melalui
> kapal terbang ke Pulau Pinang.
>
>
> - Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar
> Ibrahim.
>
>
> - Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam,
> bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah
> dan
> harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal
> meminta
> Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian
> yang
> pertama di Malaysia.
>
>
> - Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat DAP
> mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi
> Parlimen.
> Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO
> sahaja.
>
>
> - Minggu depan (April 2012?), LGE akan ke Singapura untuk kali ke 12
> dalam tempoh tidak sampai 14 bulan.
>
> Kita tunggu………… sumber
>
> Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna
> rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha
> agar
> orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik
> mutlak mereka.
>
> Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah
> begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu
> dan umat Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula
> penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?).
>
> Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau
> kita sendiri?
>
> Sayangnya UMNO dan PAS masih mahu terus memusuhi satu sama lain melalui
> muslihat Anwar Ibrahim. Inilah punca malapetaka yang menghancurkan Islam
> dan Melayu. Kami sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan menjaga
> dan memajukan bangsa.
>
> Menjadi pengawas dari ditindas oleh pedagang kaum mendatang yang rakus.
> Kami sayang PAS kerena perjuangan Islam mereka yang kukuh. Mengutamakan
> Islam dari yang lain (kecuali sekarang?).
>
> Kami mahu mereka bersatu demi masa depan Melayu dan Islam. Jika tidak………..
>
> *MIDDLE
> VOICE<http://midvoices.blogspot.com/2012/05/tolong-rahsiakan-daripada-orang-melayu.html>
> *
>
> (Sumber:
> http://melakakini.com.my/2012/05/03/tolong-baca-rahsia-dap-menjahanamkan-islam-terbongkar/
> )
>
>
> Wallahu'alam
>
>
> ===================================
>
> Salaam & Regards
>
> *Amri el Wahab*
>
> My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com
>
> My Blog:
> http://fitrahislami.wordpress.com<http://hembusan-amal.blogspot.com/>
> =====================================
>
> *Pesanan Guru Mursyid* :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita
> dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada
> orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan
> kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
> Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita,
> hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
>
> Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
> bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
> dapat tapi bala.
>

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment