29 May 2012

Help Palestine [hidayahnet] 10 Jam Bertarung Nyawa- Ustzaz Al-Fadhil Datuk Harun Din

 

(Gambar: Kepulangan Datuk Dr Haron Din disambut ramai kalangan penyokong PAS dan anggota Darus Syifa)

BANGI: Hati anak mana yang tidak gembira apabila bapa tercinta kembali sihat dan ceria.

Begitulah yang dialami lima pemata hati Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mula sembuh dari pembedahan jantungnya dan selamat tiba ke tanah air 13 Mei lalu.

Dr Haron Din, seorang tokoh agamawan melakukan pembedahan di Stanford Hospital & Clinics, San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada 2 April lalu.

Anak keduanya, Hamdi Haron yang juga seorang peguam sempat meluangkan masa menceritakan keadaan bapanya kepada Harakah Khamis lalu.

Datuk Haron, mendapat rawatan sejak 18 Mac lalu dirawat oleh Pakar Bedah Jantung, Dr Robert C Robbins.

Selama berada di sana katanya, mereka sekeluarga termasuk bondanya Datin Khadijah Mohd Salleh tidak berenggang dengan bapanya.

"Alhamdulillah sejak buat pembedahan dan dimasukkan pula ke ICU dan CCU ada perkembangan dan kesihatan beliau makin sihat," katanya yang ditemui di kediaman bapanya di Bandar Baru, Bangi, Selangor.

Selama sepuluh jam bertarung nyawa di bilik bedah, katanya bapanya tidak patah semangat dan seolah-olah tidak ada rasa sakit.

Ini katanya, apabila diminta oleh doktor untuk melakukan pelepasan batuk selepas menjalani pembedahan bapanya berjaya melakukan sekuat hati.

"Sampai doktor dan pesakit sebelah katilnya bertanya, tak sakit ke, dia kata tak, itulah kelebihan yang Allah kurnia kepadanya," ujarnya.

Begitu juga, katanya apabila kakaknya, Dr Huda Haron dan adiknya Dr Azlin Haron setiap pagi mencuci pahanya yang terpaksa dibedah sedalam satu inci dan lebarnya tiga inci, tidak juga dirasai sakit.

Dengan selamba dan bersahaja bapanya membiarkan adik dan kakaknya mencuci luka tersebut. Itulah katanya, tiada memek muka kesakitan dan keluhan langsung darinya. Beliau juga memberitahu, doktor meminta supaya bapanya berehat dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

Bagi mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan, doktor menyarankan supaya beliau memakan sarang burung layang-layang juga, katanya.

Sarang burung yang dibuat sup ketika berada AS, terus diamalkannya sehingga sekarang.

Bercerita lanjut Hamdi berkata, semasa dalam rawatan bapanya meminati makan 'taufu fah' dan makanan Jepun iaitu sushi dan sup jepun.

"Makanan itu ada di sana, jadi tak ada masalah untuk kami carikan untuknya. "Tambahan pula ada rakyat kita yang bekerja di AS sudi menolong kami," katanya.

Dalam pada itu, sambungnya semangat bapanya untuk mengikuti perkembangan politik tanah air masih menebal.

"Dalam keadaan masih lemah dia nak tahu juga masa hari Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Kebetulan adik saya Salwa dan Hana ada di tanah air dan mereka up-date pula perhimpunan itu, dengan penuh minat beliau ikutinya.

"Ertinya perjuangan politik dalam parti tidak pernah pudar bahkan terus berkobar dan membara," ujarnya. Beliau berkata, penyokong PAS tidak perlu risau dengan kesihatan dan perjuangan bapanya dalam parti.

Cuma katanya, untuk sementara waktu ini, bapanya perlu membuat rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

Kebetulan pula semasa bertandang ke rumahnya, Dato' Haron pergi ke IJN untuk mendapat pemeriksaan lanjutan. "Minta maaflah hari ini dia kena pergi jumpa doktor di IJN dan petang ini selesailah tu," katanya yang tidak jemu-jemu menceritakan keadaan bapanya yang dikenali ramai itu.


Editor : Khaulah Azwar


Note: Ana teringat pusat pengajian perubatan islam bersama Ustz Ismail Kamus yang dibuka kepada semua muslimat gombak. Kata Utz Haron Din," Kalau boleh semua muslimat WAJIB belajar perubatan ini,

Kita bimbang jika hantu2 yang masuk dalam badan muslimat dipegang oleh ustaz2 yang berubat, Nanti tersalah tafsir.

Masa ana dan sahabat2 belajar adalah sampai 2 sem. tapi tak mampu nak bawa ilmu tu. Coz hantu yang masuk dalam badan pesakit kalu meloncat atas meja sering buat kami asyik terperanjat. lemah semangat.

Ada juga pesakit perempuan yang datang cakap dia lelaki, sering mengurat ana.. haha.. nak tergelak, takut mcm2 ada.. akhirnya ana berundur. cuma sedikit ilmu yang diajar masih diamalkan juga..

Itu sebab murid ustz ramai muslimin.. Doa ana moga ustaz dikurniakan kesihatan dan keafiatan yang baik kembali.

Ya-Allah Engkau pemberi penyakit, dan engkau Jugalah maha Penyembuhnya,sembuhkanlah sakit Tok Guru ku, amiin ya rab:)


http://khaulah-azwar.blogspot.com/

http://suarapakatandaily.com/

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment