06 September 2011

Help Palestine [hidayahnet] Rintihan seorang ibu agar kita selamatkan anaknya

 

Kita hanya berusaha, yang dapat menyelamatkan anak di bawah ini hanya Allah swt. Sekiranya setiap kita masukkan RM10 dalam akaun BSN ibunya yang tertera di akhir laporan akhbar, insyaAllah sekiranya 1500 orang berbuat demikian akan tertunailah hajat ibu di bawah ini. Besyukurlah banyak-banyak atas nikmat Allah kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang sihat walafiat. Buat perkara baik, jangan tangguh-tangguh.

IBU RAYU SUMBANGAN
Sinar Harian 6 September 2011

REMBAU - Seorang ibu enggan berputus asa, sebaliknya berusaha merayu sumbangan orang ramai dan dermawan bagi membantu menampung kos pembedahan anaknya yang menderita jantung berlubang.

Ezzatul Zurin Mohd Zain, 24, berkata, anaknya, Erieka Suhana Amarrusdee, 4, pernah menjalani pembedahan ketika berumur setahun setengah untuk memasang tiub kerana berdepan masalah saluran darah sempit.

Menurutnya, anaknya kini perlu menjalani pembedahan kali kedua di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menukar tiub baru di bahagian jantungnya.

"Bagaimanapun, anak saya memerlukan RM15,000 untuk membolehkan pembedahan ini dilakukan.

"Pada mulanya, kos pembedahan dianggarkan RM30,000 termasuklah kos bedah, caj katil, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain rawatan serta ujian. Bagaimanapun, saya hanya diminta membayar separuh sahaja daripada jumlah berkenaan," katanya kepada Sinar Harian di Kampung Pilin, di sini.

Namun bagi Ezzatul Zurin, jumlah itu masih terlalu besar buatnya dan tidak mampu disediakan, lebih-lebih lagi suaminya hanya bergantung kepada pendapatan bekerja di sebuah kedai 24 jam di daerah ini.

"Saya pula terpaksa berhenti kerja kerana anak saya memerlukan perhatian yang rapi.

"Pembedahan ini perlu diteruskan atas faktor usia Erieka, menyebabkan tiub yang dipasang harus ditukar bagi mengelakkan komplikasi dalam badan," katanya.

Menurutnya, setiap enam bulan sekali, dia dan suami akan membawa anaknya ke IJN untuk menerima rawatan serta membeli ubat dengan kos RM450.

"Sebelum ini saya ada menerima sumbangan RM500 daripada wakil rakyat kawasan tetapi masih belum mencukupi.

"Saya juga ada memohon bantuan kewangan dari Pusat Zakat Negeri Sembilan tetapi sehingga kini masih tiada jawapan," katanya.

Ezzatul Zurin berkata, dia turut memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi tidak diluluskan kerana anaknya belajar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan diberi elaun RM150 sebulan.

"Saya amat berharap ada pihak sudi membantu dan sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (0530041000031684) atas nama saya atau hubungi terus talian 012-344 3904," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9500080.asp

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


A bad score is 598. A bad idea is not checking yours, at freecreditscore.com.
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment