07 September 2011

Help Palestine [hidayahnet] Padah jika terlalu berbaik sangka

 

Padah jika terlalu berbaik sangka

(Sinar Harian 5 Sept 2011) 

Siapa kata orang Islam yang menerima bantuan dan pertolongan bukan Islam itu salah? terutama bantuan gereja atau orang Kristian yang sedang hangat diperdebatkan hari ini, ekoran pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Jika itulah faktanya, bermakna sejak Nabi Muhammad SAW lahir, kemudian menjadi anak yatim piatu semasa kecil, siapakah yang membantu Baginda? 

Hatta selepas dilantik menjadi Rasulpun, ketika itu, agama Islam baharu sahaja diturunkan, siapakah orang di sekeliling Nabi? Orang Islam atau bukan Islam? Jawapannya, sudah tentu orang bukan Islam. Siapakah bukan Islam itu? Ada beberapa kategori. Pertama, yang pro dan simpati dengan Islam. Kedua, golongan yang anti Islam, pura-pura baik kerana ada udang di sebalik batu. Ketiga, musuh Islam yang sebenar seperti Yahudi dan Nasrani. Dalam kes gereja DUMC dan sebahagian Kristian, kategori manakah mereka? Manakah satu kafir zimmi dan kafir harbi, fikirkanlah sendiri. 

Semua sedia maklum bahawa bapa saudara dan isteri Baginda, Abi Talib dan Khadijah adalah antara paling banyak membantu Baginda. Malah, sebelum nabi diangkat menjadi Rasul. Rasulullah menerima bantuan daripada bukan Islam yang simpati dengan Islam. Sebahagian orang bukan Islam ketika itu (termasu Yahudi) tidak ada agenda tersembunyi atau ada udang di sebalik batu. 

Yang paling menyedihkan Baginda SAW adalah pemergian Abi Talib, yang masih lagi tidak memeluk Islam, sedangkan pengorbanannya terhadap Islam tidak ada tolok bandingnya. Jika Nabi bertindak tidak menerima bantuan bukan Islam, apakah mungkin Islam boleh berkembang? Hanya Allah SWT yang tahu. 

Begitu juga jika Rasulullah SAW dan para sahabat yang telah memeluk Islam, tidak membantu orang bukan Islam, bagaimanakah mungkin orang bukan Islam yang lainnya akan memeluk Islam? Oleh kerana agama Islam bersifat sejagat, sudah tentu bantuannya tidak mengenal darjat, warna kulit dan agama. 

Perkara pokok yang perlu dibincangkan di sini bukan soal boleh atau tidak, orang Kristian membantu orang Islam atau orang Islam membantu Kristian! Tetapi perkara pokok adalah, apakah agenda tersembunyi, yang tersurat dan tersirat di sebalik bantuan tersebut? Saya memohon mereka yang mahu menjadi hero ini kepada ultra kiasu ini, supaya membaca pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Sinar Harian akan kelicikan pihak Kristian dan luahan pengalaman saya semasa pernah menjadi Kristian. 

Namun demikian, umat Islam juga patut dipersalahkan kerana 'membenarkan' orang Islam mencari orang Kristian untuk mendapatkan bantuan atau didekati oleh Kristian untuk dibantu. Jika orang kaya berperanan dan sedar diri, serta zakat diagihkan dengan betul, tidak ada orang Islam yang merempat di muka bumi bertuah ini. Persoalannya, kenapa umat Islam masih merempat? Kenapa kita tidak mencari mereka? Kita berseronok dengan kekayaan kita? Menghitung dan melihat angka kutipan yang besar? Kemudian, mengahwini artis sana sini. Seterusnya, pergi menunaikan umrah beratus kali untuk mengejar pahala sunat, sedangkan pahala wajib membantu mereka yang fakir miskin dan merempat, dibiarkan begitu sahaja. 

Kita hanya menunggu mereka datang meminta bantuan? Kita tidak bertindak seperti contohnya Khalifah Omar atau Umar Abdul Aziz. Khalifah-khalifah ini sibuk mencari orang miskin tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang. Yang ada dalam benak fikiran mereka, orang yang memerlukan mesti dibantu. 

Sama juga soal dakwah. Adakah kita tidak pergi berdakwah kepada bukan Islam atau kita menunggu mereka datang menyerah ke pejabat agama untuk memeluk Islam? Sudah tentu dakwah perlu keluar. Umat Islam perlu mendekati bukan Islam, bukannya menunggu mereka datang menyerah diri. Jika begitulah keadaannya, bagaimana Islam boleh berkembang di zaman para Nabi? 

Berbeza dengan Kristian, mereka keluar berdakwah mendampingi sasaran untuk menyebarkan dakyahnya. Maka tidak hairanlah jika ramai orang Cina dan orang Asli beralih kepada agama Kristian. Missionari mereka tidak hanya datang dengan dakyah tetapi dengan bantuan wang ringgit sebagai penarik. Kadangkala, mereka tidak boleh dipersalahkan kerana memang menjadi tangungjawab dan kewajipan mereka menyebarkan dakyah agamanya. Sama seperti tanggungjawab kita. 

Cuma silapnya Kristian adalah, mereka mendakyahkan agamanya kepada orang Islam yang dilindungi perlembagaan. Jika mereka berdakyah kepada bukan Kristian yang lain, mungkin tidak banyak timbul masalah. Namun, mereka amat licik. Kristian tahu jika sekadar berdakyah kepada yang bukan Kristian (bukan Melayu), impaknya tidak seberapa. 

Justeru, mahu tidak mahu mereka mesti berdakyah kepada orang Melayu yakni peribumi, walaupun dilindungi perlembagaan. Sokongan Melayu amat penting untuk mendapatkan Melayu yang lain. Barulah negara ini mudah untuk dikristiankan. Terus terang, saya tidak pernah takut kepada dakyah Kristian, kerana saya kenal diri saya dan saya mampu menghadapi mereka bila-bila masa. Masalahnya, sasaran mereka bukan saya, tetapi mereka yang tidak faham Islam, jahil, terdesak dan memerlukan bantuan. 

Bayangkanlah ketika seseorang memerlukan bantuan dan terdesak, tiba-tiba kita datang sebagai penyelamat, tidakkah kita rasa terhutang budi? Saya teramat sedih membaca kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang dua pemimpin agama mufti yang tidak memahami konteks dakyah Kristian dan penglibatan dalam pertubuhan atau NGO. Nasihat saya, biasakanlah diri dengan kerja-kerja NGO, saudara semua akan tahu apa perancangan Kristian sebenarnya. 

Sekian lama saya berkecimpung dalam NGO terutama, Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Perkim, apatah lagi pernah menganut agama Kristian bersama-sama bekas rakan-rakan Kristian yang lain, kita semua tahu apa perancangan mereka. Janganlah terlalu bersangka baik, walaupun bersangka baik memang dituntut dalam Islam, seperti pesan Sheikh Abdul Kadir al-Jailani, jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu): "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk". 

Bagaimana kita masih boleh berbaik sangka pada mereka yang terang-terang mahu memurtadkan umat Islam, menghina dan melanggar perlembagaan? Dalam konteks pemerintahan, kita kena patuh kepada undang-undang atau undang-undang patuh kepada kita? Kristian kena patuh kepada perlembagaan atau perlembagaan kena ikut Kristian? Sama juga kes kita kena ikut pembangunan atau pembangunan kena ikut kita. Sudah tentu sebagai rakyat kita perlu berkorban untuk memberi laluan kepada pembangunan yang tidak bercanggah dengan Islam. Namun, adakah ia berjalan dengan betul dan adil? 

Misalnya, jika ada Chinatown yang terjejas untuk memberi laluan kepada pembangunan seperti di Jalan Sultan, Petaling Street, heboh satu dunia. Golongan ultra kiasu tampil mempertahankannya dengan hujah ia adalah warisan zaman berzaman dan menjadi tumpuan pelancong, sedangkan melambak lagi kawasan Chinatown di negara ini. Tidak perlu dinamakan Chinatown pun, Kuala Lumpur sebenarnya sudah menjadi Chinatown. Kerajaan terpaksa tunduk kepada tekanan daripada memberi laluan kepada pembangunan. Sebagai tindakan 'win-win', pembinaan bawah tanah yang melibatkan kos yang lebih besar terpaksa dilakukan. Bayangkan kalau tempat itu adalah Malaytown (jika ada). Apakah tindakan win-win akan berlaku? Lihatlah nanti nasib Kampung Bharu. 

Selama ini tanah rezab diambil dengan sewenang-wenangnya untuk tujuan pembangunan. Apa reaksi orang Islam? Sama juga jika satu rumah ibadat bukan Islam dirobohkan bagi tujuan pembangunan, heboh satu Malaysia. Jika diberipun, tempatnya mesti strategik dan lebih besar, berbanding dengan jika surau masjid dirobohkan, ganti belum tentu lagi. Yang pasti orang Melayu hanya berdiam diri dan tidak banyak membantah. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. 

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE
A bad score is 598. A bad idea is not checking yours, at freecreditscore.com.

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment