19 September 2011

Help Palestine [hidayahnet] ~~~Memburu Kedamaian Jiwa~~~

 



Di dunia  ini  ada  yang memburu kekayaan, kesenangan, kegembiraan, kebahagiaan,
ketenagan dan kedamaian. Semua ini datang dari Allah, namun ia bukan mudah bagi
kita  untuk  meraihnya  kerana  ia tersembunyi. kita perlu mencari dan memburu bagi
mendapatkannya.  Bukan  hanya cukup sekadar berdoa sepanjang masa, tanpa usaha
dan tindakan yang perlu dilaksanakan bagi mendapatkannya.

Dari  timor  ke barat  dari selatan ke utara mencari kedamaian namun masih belum lagi 
ditemui.  Scop  pencarian  luas  terbentang  melalui  cabang-cabang.  Ada yang ke luar
negara bagi mencari kedamaian kononnya. Pergi ke Paris, London, Italy atau ke negara
yang terkenal, adakah kedamaian di sana?..ke Holland menikmati indahnya bunga tulip.
Mungkin hati akan berbunga-bunga ketika melihat indahnya. Membeli belah mungkin ada
timbul  rasa riak,  yang mana mampu membeli barang yang berjenama mahal. Melihat
indahnya tika mentari mulai terbenam, mungkin menyebabkan hati rasa sayu. Berada di
Moari yang indah (New Zealand).  Pastikah ada kedamaian di sana, walaupun ada tapi
ia cuma seketika...

Kedamaian  yang  sebenarnya  bukan menyaluti fizikal akan tetapi yang utama dalaman,
kerana kedamaian dari dalaman akan terpancar ke luaran. Sebenarnya kedamaian ada di
depan  mata  cuma  kita  tidak  mengetahi  akan  kewujudannya.  Kita cuma memerlukan
kuasa dalaman. Apa yang perlu carilah ilmu-ilmu dan teknik bagaimana untuk mendapatkan
supaya  mencapai  impian.  Kemudian amalkan dan praktikan, tanpa ini semua pasti ibarat 
tidak sampai mendaki ke puncak gunung.

Lakukan perkara yang merupakan kebaikan, amalan wajib dan sunat dengan rasa rendah
diri,  ikhlas  dan  mengharapkan  redha  Allah atas segala perbuatan. Berdoa, berzikir dan
istiqomah  juga  penting  kerana  daripadanya  kuasa dalaman kita akan meningkat. Aura 
akan menyerlah, batin akan menjadi kuat, pertahanan diri menjadi kental. emosi juga akan
stabil, mental segar dan boleh berfikir dengan baik dan waras.

Berkawan dan dekati orang-orang yang boleh memimpin ke arah kebenaran, masukkan diri
dalam  situasi yang menyenangkan, hindarkan dari berada atau terperangkap dalam situasi
yang  akan  hanyut  dengan keseronokan sementara duniawi ni. Merenung keindahan alam
ciptaan  Tuhan,  bertafakur  akan  kebesaranNya.  Abadikan dengan jiwa, fikirkan berkaitan
kejadian alam dan manusia dan segala makhluk yang diciptakanNya.

Renungi diri sendiri, apa yang telah kita lakukan sepanjang hayat, adakah berdisiplin dengan
perkara  kebaikkan, adakah keburukan telah dihindari. Jangan terlalu memikirkan salah silap
orang lain, apa yang penting renung diri kita tentang kesilapan dan lakukan post mortem dan
perbaiki kelemahan dan kesilapan. Buang jauh-jauh virus jahat yang sering bertandang.

Tingkatkan prestasi diri lakukan aktiviti yang bermanfaat. Perlu wujudkan persekiraran yang
menyenangkan dan menyamankan. Jaga image dan peribadi kuatkan emosi. Jauhi daripada
gangguan  yang  akan merosakkan jiwa dengan membaca ayat-ayat al-Quran memahami isi
kandungannya.  Insya-Allah  dapat  menghindari dari gangguan syaitan yang mana sentiasa
membisikan sesuatu yang negatif terhadap kita apatah lagi ketika emosi bergelodak.

Bukan mudah untuk mencari kadamaian jiwa perlu pergorbanan masa dan kesabaran bagi
mencapai  apa  yang  diimpikan.  Katakan  pada diri, aku boleh lakukan dan mampu untuk
menghadapinya. Dan yang lebih penting sentiasa berdoa pada Allah mengharapkap setiap
detik rahmat dariNya dan keredhaanNya. Juga bawalah keikhlasan walau di mana berada,
Ingatlah  tanpa  keikhlasan  tiada  keredhaanNya.  Yaaa...betapa indahnya bila kedamaian 
bertahta dalam diri dan jiwa kita. Hanya sampai di sini coretan buat kali ini, yang baik dari
Allah swt selebihnya kelemahan diri saya.

p/s harap maaf kiranya ada sebarang kesilapan- ShaDk

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

http://shareandponder.blogspot.com

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment