13 September 2011

Help Palestine [hidayahnet] Filem perjuangan Askar Melayu tak dapat perhatian PM

 

Nampaknya Perdana Menteri dan pemimpin Umno tak berminat untuk bersungguh-sungguh membantu industri perfileman yang ingin memaparkan semangat juang Askar Melayu mempertahankan kedaulatan Malaysia. Agaknya mereka hanya seronok tengok filem perjuangan polis di Bukit Kepong. Askar ni berguna pada mereka untuk undi pos agaknya.

Projek Filem Sejarah Tertangguh

Produksi 1963: Kalabakan masih menunggu lampu hijau dapatkan dana

WALAUPUN kerja pra-produksi bagi pembikinan cereka sejarah, 1963: Kalabakan, sudah diselesaikan, filem terbitan syarikat KalamAriff Holdings Sdn Bhd itu belum dapat dimulakan penggambarannya kerana pihak produksi masih menunggu keputusan mendapatkan geran kerajaan. Selepas menghantar kertas cadangan dan dipanggil membentangkan projek filem yang mengambil lokasi di Tawau, Sabah itu pada November lalu, hingga kini mereka belum mendapat sebarang jawapan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Jika tiada kata putus, filem bersandarkan tragedi yang berlaku 48 tahun lalu di Kalabakan, Tawau, sempadan antara Sabah dan Kalimantan membabitkan pembunuhan lapan askar Melayu yang diserang hendap musuh ketika solat Maghrib masih tertangguh. Peristiwa hitam itu berlaku sesudah tercetusnya konflik Ganyang Malaysia akibat isu politik antara negara ini, Indonesia dan Filipina, berikutan cadangan penubuhan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) serta Sarawak.

Pengarahnya, Jurey Latiff Rosli berkata, penghasilan filem berkaitan sejarah perlu dilakukan secara teliti kerana ia memerlukan kajian mendalam supaya tidak memesongkan fakta, malah memerlukan kos tinggi dari segi latar lokasi, props dan kostum yang harus dipadankan dengan situasi asal. "Dana ini amat penting bagi kami kerana kerajaan juga menggalakkan penghasilan filem kenegaraan dan apabila pihak berkaitan mengambil masa panjang hingga berbulan-bulan untuk mempertimbangkan keputusan, ia memberi kesan terhadap produksi ini.

"Ikut perancangan asal jika penggambaran dapat dimulakan pada Mac, filem ini diharap dapat menemui khalayak pada 16 September ini bertepatan sambutan Hari Malaysia. Namun nampaknya jadual yang dirancang sudah 'lari' jauh," katanya dengan nada sedikit terkilan. Tanpa sebarang niat mahu mendesak, pengarah filem Libas itu berharap FINAS tidak melengahkan lagi keputusan kerana daripada penerangan selepas sesi pembentangan kertas kerja 1963: Kalabakan, difahamkan proses terbabit hanya dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.

Katanya lagi, pihaknya tertanya-tanya mengenai status permohonan itu. Walaupun tidak bertanya secara rasmi, sebaliknya hanya sekadar menghubungi individu tertentu di perbadanan itu, dimaklumkan kertas kerjanya kini sudah berada pada peringkat tertinggi untuk diperhalusi. "Kami anggap semua ini sebahagian daripada dugaan untuk merealisasikan sejarah hitam Kalabakan.

Kami mahu generasi masa kini mengetahui semangat pahlawan di Kalabakan dan menyoroti semula perjuangan anak bangsa dari perspektif sebenar. "Sekurang-kurangnya geran ini juga menjadi bukti sokongan jitu kementerian berkaitan terhadap usaha ini apatah lagi Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri Sabah juga sedia memberikan kerjasama memastikan 1963: Kalabakan direalisasikan," katanya.

Rosyam antara pelakon pilihan

AKUI Jurey lagi, produksi terbabit turut mempunyai modal dan berusaha mencari penaja, tetapi masih mengharapkan geran atau pembiayaan apatah lagi bagi filem bercorak sedemikian, sekurang-kurangnya suntikan dana mampu melegakan penerbit. "Jika memikirkan keuntungan lebih baik kita ikut arus semasa - buat filem komersial yang pasti jika tidak box-office, tetap balik modal. Filem 1963: Kalabakan tetap mahu diterbitkan tahun ini kerana ia mempunyai nilai sentimental yang sewajarnya dikongsi bersama.

"Kami tidak akan patah semangat. Bagai dijanjikan penerbitnya dulu, kita tidak akan berkompromi dalam soal kualiti mahu pun penghasilan keseluruhan filem ini kerana alang-alang membuat filem kenegaraan, biarlah ia jadi warisan hingga anak cucu," katanya lagi mengenai filem yang turut menggunakan teknik imejan janaan komputer (CGI) itu. Skrip 1963: Kalabakan disempurnakan Martias Ali manakala lokasinya 100 peratus di tapak kawasan tragedi sekitar Tawau, malah bagi mendapatkan gambaran sebenar, selain meninjau set pada Ogos lalu, rombongan Jurey turut bertemu dengan saksi insiden berkenaan untuk mendapatkan gambaran sebenar.

Bagi menambah rencah kronologi penceritaan, elemen komersial tidak diketepikan apabila diselitkan juga fantasi dan cinta yang menjurus kepada nilai persahabatan, kasih sayang dan kemanusiaan, supaya tidak menjadi seperti dokumentari. Mengenai barisan tunjang utama, Jurey berkata Rosyam Nor antara aktor yang menjadi pilihannya selain beberapa nama lain seperti Zamarul Hisham dan Zul Huzaimy. Namun segala-galanya belum ditentukan kerana menunggu keputusan daripada FINAS.

Sumber : http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Projek_filem_sejarah_tertangguh_4820

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
MARKETPLACE
A bad score is 598. A bad idea is not checking yours, at freecreditscore.com.

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment