24 July 2013

RE: Help Palestine [hidayahnet] Tazkirah 8 Ramadhan : Kelebihan membaca, hafal al-Quran

 

Takziah dari saya dan keluarga, muga Puan tabah menghadapinya dan semuga roh anak puan di tempat di kalangan
org2 yg beriman yg bakal dianugerahkan syurga. Amiin.
-----Original Message-----
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayahnet@yahoogroups.com] On Behalf Of siti habsah
Sent: Tuesday, July 23, 2013 2:20 PM
To: hidayahnet@yahoogroups.com
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Tazkirah 8 Ramadhan : Kelebihan membaca, hafal al-Quran

 

Asalamualaikum,, ingin berkongsi sedikit kebesaran Allah pd org2 yg menghafal al Quran, ia terjadi pd ank sy sendiri yg baru habis menghafal 1 juzz , kisah ini diceritakan org ustaz yg mula2 menjumpai jenazah ank sy yg meninggal dlm kebakaran di mahad tahfiz tikam batu baru2 ini, dlm keadaan gelap pkl 3.00 pg dgn mengunakan lampu suluh merela ber3 mencari jenazah ank sy dlm bangunan asrama yg terbakar, ustaz tu berkata Allah menujukan kebesaran NYA dlm kegelapan itu kelihatan cahya yg bersinar2 rupa2 dtg dr otak jenazah ank sy..wallahhulam..juga walaupun semua barang2 pelajar lain habis terbakar cuma almari ank sy yg diperbuat dr kayu tidak terbakar, barang peribadi nya juga tidak terbakar...wallahualam,, gambar2 jenazah yg di ambil oleh org 2 org ustaz mengunakan hp masing2 juga blurr x dpt di lihat ,, begitulah mungkin Allah memelihara aib jenazah org yg ikhlas menghafal Al -Quran...Wallahulam..


From: Naim Qlate <mohd_naim82@yahoo.com>
To:
Sent: Wednesday, July 17, 2013 5:46 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Tazkirah 8 Ramadhan : Kelebihan membaca, hafal al-Quran

 

Tazkirah 8 Ramadhan : Kelebihan membaca, hafal al-Quran

Post under Agama, Badal Haji, Ramadhan di Selasa, Julai 16, 2013 Dicatat oleh Naim Qlate



Kita diperintahkan sentiasa membaca al-Quran supaya boleh menghafalnya. Jika meninggalkan bacaan al-Quran nanti terlupa hafalan itu.

Abu Musa berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda
: “Hendaklah saudara semua sentiasa membaca al-Quran. Demi Allah, sebenarnya al-Quran lebih mudah terlepas daripada ingatan saudara berbanding seekor unta yang sedang ditambat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Umar berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Orang yang menghafal al-Quran umpama seekor unta yang ditambat. Jika terus ditambat, ia tidak lari. Jika talinya penambat dilepaskan, unta itu pun lari.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang mahir membaca al-Quran bersama dengan malaikat yang mulia, manakala orang yang membaca al-Quran dengan tergagap-gagap dan bersusah payah mempelajarinya mendapat dua pahala.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Musa al-Asy’ari berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Orang beriman yang suka membaca al-Quran ibarat seperti buah utrujah. Ia berbau wangi dan sedap rasanya. Orang beriman yang tidak suka membaca al-Quran pula umpama buah kurma. Ia tidak berbau, tetapi manis rasanya. Orang munafik yang suka membaca al-Quran tidak ubah seperti minyak wangi. Ia berbau wangi tetapi rasanya pahit, manakala orang munafik yang tidak suka membaca al-Quran pula sama seperti rumput hanzhalah. Ia tidak berbau dan pahit rasanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Barra’ bin ‘Azib berkata:
“Ada seorang lelaki sedang membaca surah al-Kahfi. Di sisinya ada seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali. Kelihatan awan melindunginya. Tiba-tiba bayangan awan menghampiri kuda itu. Kuda itu cuba melarikan diri daripada bayangan awan. Pagi esoknya lelaki berkenaan menceritakan peristiwa itu kepada Nabi Muhammad SAW. Selepas mendengar cerita lelaki itu, Nabi Muhammad SAW berkata: Awan itu menggambarkan ketenangan yang diturunkan oleh Allah kepada saudara kerana saudara membaca al-Quran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Aisyah berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang mahir membaca al-Quran bersama dengan malaikat yang mulia, manakala orang yang membaca al-Quran dengan tergagap-gagap dan bersusah payah mempelajarinya mendapat dua pahala.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

Klik disini Borang Upah Umrah Online

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :


Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
No. HP   : +6013-212 7799
Faks      : +606-762 0817
Website :
http://raudhah2u.my/
Weblog  :
http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment