22 July 2013

Help Palestine [hidayahnet] Tangani isu Syiah dengan berhemah

 


Setiap apa yang kita tulis, suarakan dalam media, internet dan sebagainya akan tersebar seluruh dunia sepantas kilat. Isu Syiah bukan isu baharu. Sebelum kita membincangkan mengenai fatwa dan sebagainya, para ulama dan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk saya juga perlu bertanya pada diri kita terlebih dahulu, kenapa ada antara kita yang mengikuti Syiah?
 
Adakah cara hidup kita sebagai pengikut, pemimpin agama, pemimpin negeri dan negara dari Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tidak hidup secara Islam keseluruhannya, tidak berkasih sayang seperti para sahabat, tidak meletakkan Allah dan Rasul melebihi yang lain, bermewah-mewah, berlumba-lumba mengejar pangkat dan kekayaan menyebabkan mereka tidak tertarik lagi dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah?
 
Bagaimana pula fatwa ini nanti terhadap mereka yang berfahaman Syiah yang bukan rakyat Malaysia tetapi bekerja di Malaysia, belajar di Malaysia, berurus niaga di Malaysia, menyertai Majlis Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa, bagaimana pula urusan diplomatik dan perniagaan kita di peringkat antarabangsa yang negara tersebut majoritinya berfahaman Syiah dan seterusnya?
 
Oleh itu marilah kita sebarkan kasih sayang, tolong menolong, tidak bermewah-mewah (tapi perlu kaya untuk membantu agama), merendah diri serta lain-lain sifat terpuji agar mereka kembali terpikat dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
    
Rozmal bin Malakan
 
*****************
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
 
1.    Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :" Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia." Dimansuhkan.
    
2.    Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
    
5.  Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang Islam dan demikian penyebaran apa –apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
 
*****************
Kedah bakal warta fatwa anti Syiah
18 Julai 2013
 
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini. Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, langkah itu perlu kerana Kedah juga tidak terkecuali daripada penularan fahaman berkenaan. "Saya menerima laporan bahawa ia semakin merebak dan menimbulkan keresahan di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu majoriti penduduk Islam di Kedah dan Malaysia.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment