28 July 2013

Help Palestine [hidayahnet] Tak ada rupanya lagi Tabung Khas Hospital Wakaf di Malaysia ni

 


Malam tadi Pengerusi Tabung Wakaf Khas Kesihatan, Ustaz Haji Mohd Najib Khairudin beri tazkirah selepas solat Witir. Antaranya yang disentuh dalam tazkirah beliau ialah betapa perlunya ada Hospital Wakaf yang serba lengkap di Malaysia ini untuk membantu golongan yang berkemampuan mendapatkan rawatan dengan sempurna dan tepat pada masanya.

Beliau rasa terkilan apabila beliau sendiri terpaksa mendapatkan rawatan buah pinggang di hospital swasta yang diusahakan oleh golongan yang bukan beragama Islam yang memberikan rawatan kepada semua orang yang tidak berkemampuan baik yang Islam ataupun yang bukan Islam.

Justeru itu beliau sekarang ini sedang menggerakkan Projek Tabung Wakaf Khas Kesihatan agar satu Hospital Wakaf dapat didirikan yang memberi rawatan perkhidmatan kepada semua rakyat di Malaysia ini samada yang Islam atau bukan Islam.

Oleh itu marilah kita sama-sama gerakkan Tabung Wakaf Khas Kesihatan ini yang dananya diurusakan secara telus melalui Amanah Raya Berhad.

Kalau kita tak mampu, kita sebarkan maklumat tabung ini melalui Facebook, e-mel, twitter dan sebagainya.

TABUNG WAKAF KHAS KESIHATAN

PENGENALAN
Projek Tabung Wakaf Khas Kesihatan adalah satu usaha mengumpul dana bagi tujuan wakaf khas kesihatan. Matlamat projek ini adalah untuk menubuhkan sebuah Hospital Wakaf di negara ini menerusi satu dana wakaf yang diurus secara telus, efektif dan sistematik.

SUMBER MOTIVASI
Maksud dari Al Quran : "Kamu belum berbuat baik sehinggalah kamu infaqkan dari apa yang kamu sayangi. Dan tidaklah kamu menginfaqkan dari sesuatu itu, maka sesungguhnya Allah lebih mengetahui tentangnya".

Maksud dari Al Hadith : "Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara : Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya".

OBJEKTIF PROJEK TABUNG WAKAF KHAS KESIHATAN
Suatu usaha mengumpul dana tunai diwakafkan yang manfaatnya akan digunakan untuk :
1. Menggerakkan kesedaran masyarakat terhadap wakaf dan kesihatan.
2. Membantu pesakit yang memerlukan bantuan rawatan dan perubatan.
3. Membangun dan mengurus sebuah Hospital Wakaf di Malaysa.

BUTIRAN TABUNG WAKAF KHAS KESIHATAN DI AMANAH RAYA BERHAD
Nama Akaun/Tabung : Tabung Wakaf Khas Kesihatan
No Rujukan : LD 001715

KAEDAH BERWAKAF
1. Wakaf boleh dibuat dalam bentuk cek atas nama AMANAH RAYA BERHAD
2. Pastikan nama tabung serta nombor rujukan tabung ini seperti yang dinyatakan di atas ditulis di belakang cek berkenaan.
3. Cek berkenaan boleh dihantar kepada :
Jawatan Kuasa Pengurusan Tabung Wakaf Khas Kesihatan
133, Lorong Cengal Utama 1/3,
Taman Cengal Utama,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengerusi Jawatan Kuasa Pengurusan Tabung Wakaf Khas Kesihatan, Ustaz Hj Mohd Najib Khairudin 019-6202690

Facebook : Tabung Wakaf Khas Kesihatan
Facebook : Haji Mohd Najib Khairudin

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment