28 February 2012

Help Palestine [hidayahnet] Penggunaan Verb TO BE dalam bahasa Inggeris

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua Warga Hidayahnet

Ramai yang masih keliru dengan penggunaan Verb TO BE yang terdiri daripada be, am,is,are,was,were,will be, dan being.

Secara AMnya, Verb TO BE digunakan untuk membantu dalam ayat terutamanya untuk membantu memberitahu dari segi MASA perbuatan-perbuatan,fakta-fakta ,perasaaan, dimana dan sebagainya.

Itulah sebabnya Verb TO BE banyak digunakan apabila anda menggunakan Nouns, Adjectives dan Adverbs. Ini kerana Nouns, Adjectives dan Adverbs tidak boleh anda tukar bentuk mereka untuk memberitahu MASA dan oleh sebab itu apabila anda menggunakan Nouns, Adjectives dan Adverbs, ayat-ayat anda perlu dibantu oleh Verbs terutamanya Verb TO BE.

Sebagai contoh, anda tidak boleh gunakan Nouns, Adjectives dan Adverbs anda dalam bentuk Past Tense untuk memberitahu cerita di MASA LEPAS seperti:-

1. I a teachered before. - Penggunaan Noun 'teacher' yg salah.

2. I hungried just now. - Penggunaan Adjective 'hungry' yg salah.

3. I thered just now. - Penggunaan Adverb 'there' yg salah.

Perhatikan dalam contoh ketiga-tiga ayat diatas,kita telah cuba menukarkan teacher kepada 'teachered', hungry kepada 'hjungried' dan there kepada 'thered'.

Anda perlu ingat yang dalam bahasa Inggeris, yang Nouns, Adjectives dan Adverbs tidak ada bentuk Past Tense untuk memberitahu masa. Dalam bahasa Inggeris, cuma VERBS sahaja yang ada bentuk Past Tense untuk memberitahu MASA.

Oleh itu, penggunaan ayat di atas perlu dibantu oleh Verbs seperti Verb TO BE.

1. I was a teacher before. - Penambahan Verb TO BE 'was' yang betul untuk memberitahu yang pembuat ayat ialah seorang guru di masa lepas.

2. I was hungry just now. - Penambahan Verb TO BE yang betul untuk memberitahu yang pembuat ayat lapar sebentar tadi.

3. I was there just now. Penambahan Verb TO BE 'was' yang betul untuk memberitahu yang pembuat ayat berada di sana sebentar tadi.

Adalah diharap penerangan ringkas ini dapat membantu anda serba sedikit memahami penggunaan Verb TO BE ini. Bagaimanapun, jika anda ingin penerangan yang lebih lanjut, anda boleh menyertai Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris yang akan bermula 10hb March ini di Putrajaya dan 11hb ini di Sunway. Yuran cuma RM490 untuk kursus selama 7 minggu (3 jam seminggu) dan cuma RM450 jika mendaftar dua orang.

Penerangan lanjut dalam nota padat boleh juga didapati menerusi Manual Lengkap bahasa Inggeris saya yang setebal 544 muka itu.

Selamat Belajar

Cikgu Yusoff
0193090711
cikgutuition@yahoo.com

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment