21 February 2012

Help Palestine [hidayahnet] ADUN BN N9 mencarut dlm dewan dimaki dlm Facebook

 

Sebelum ini ADUN BN Sungai Lui ini terkenal kerana mencarut dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan dengan menjerit perkataan lucah dalam bahasa Tamil, yang bermaksud alat sulit wanita. Kini ADUN yang sama dimaki dalam Facebook oleh seorang remaja.
 
Adun dimaki dalam Facebook
21 Februari 2012
 
JEMPOL - Tanpa sebarang sebab, seorang remaja bertindak menghambur kata-kata kesat terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad menerusi komen dalam laman sosial, Facebook.
 
Kata-kata kesat berbaur lucah itu terpapar dalam akaun Facebook sebuah kumpulan warga Felda sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.
 
Berikutan itu, Zainal Abidin bercadang untuk membuat laporan polis berhubung tindakan remaja berkenaan yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
 
"Bagaimanapun, saya menarik balik hasrat berkenaan selepas remaja terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji tidak akan mengulanginya.
 
"Saya tidak tahu punca remaja berkenaan berbuat demikian tetapi saya percaya ini di­sebabkan sikapnya yang masih muda," katanya.
 
Zainal Abidin berkata, tindakan remaja berkenaan seharusnya menjadi teladan kepada remaja lain supaya berhati-hati dalam memberi sebarang komen kerana ia boleh menimbulkan suasana tegang serta tidak sihat kepada masyarakat.
 
"Tidak salah untuk memberi pandangan laman sosial tetapi bukan disalah guna. Kadang-kala orang yang membaca boleh salah tafsir mengenai satu-satu hal yang ditulis dalam laman sosial," katanya ketika ditemui di pejabatnya, dekat sini, semalam.
 
Zainal Abidin turut menasihatkan remaja supaya menjaga perilaku terutama ketika berhadapan dengan orang lebih tua.
 
"Mereka juga adalah pemimpin masa depan. Jadikan perkara ini sebagai iktibar agar ianya tidak berlaku lagi," katanya.
 
Sementara itu, Sinar Harian mendapati komen dalam laman Facebook berkenaan sudah dibuang dan remaja berkenaan memberitahu akan menemui Zainal Abidin dalam masa terdekat untuk menjernihkan keadaan.
 
 
ADUN BN mencarut titah perbahasan Diraja
Keadilan Daily
27 April 2011
 
SEREMBAN: Sesi Perbahasan Titah  Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada sesi Dewan Undangan Negeri semalam, dicemari dengan tindakan Adun BN bergelar datuk yang bangun dan mencarut dengan perkataan lucah.
 
Menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),  Badrul Hisham Shaharin, kejadian itu berlaku ketika  Adun Bahau, Teo Kok Seong membahaskan titah Diraja, semalam.
 
Disebabkan gagal berhujah, Adun Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad bangun mencelah dan menjerit perkataan lucah dalam bahasa tamil, yang bermaksud alat sulit wanita.
 
"Apabila diminta diambil tindakan oleh speaker yang juga seorang Adun BN, dengan selamba mengatakan yang dia tidak dengar apa-apa perkataan lucah yang dijeritkan Adun Sungai Lui sedangkan satu dewan mendengar jeritan carutan itu termasuk wartawan dan semua yang hadir dalam mengikuti persidangan pagi tadi (semalam)," ujarnya.
 
Badrul berkata ia bukan pertama kali Zainal menimbulkan kekecohan dalam dewan kerana mencarut.
 
Tahun lalu, Zainal juga melakukan perkara yang sama dengan bangkit dan mencarut menggunakan bahasa Tamil kepada salah seorang Adun berketurunan India.
 
Justeru, kata Badrul, perkara itu membuktikan Adun BN Negeri Sembilan itu, derhaka terhadap Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan kerana  mempermainkan dan menghina perbahasan titah Diraja dalam dewan yang mulia.
 
Ia juga katanya, membuktikan Adun BN itu gagal berhujah dengan baik sebaliknya membazirkan masa dan wang rakyat melalui persidangan dewan dengan mencarut, sehingga speaker dewan juga tidak mampu mengendalikan sidang berkenaan dengan berkesan.
 
Malah kata Badrul, Adun BN berkenaan bukan sahaja mencarut dengan menyebut alat sulit wanita dalam bahasa India, tetapi juga tidak sensitif dengan menghina wanita dan kaum India.
 
"Selaku anak muda dan warga Negeri Sembilan saya merasa amat sedih dan kali ini merasakan benar – benar Adun BN sudah melampau dan mempermainkan rakyat.
 
"Saya juga melalui Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merafak sembah agar DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dapat mengambil tindakan tegas terhadap penghinaan dewan khususnya ketika membahaskan titah Diraja," ujar beliau.
 
Tambah Badrul, kejadian itu juga membuktikan kemunafikan Umno, media dan organisasi kononnya pembela raja dan Melayu.
 
"Jika kejadian seperti ini berlaku di negeri bukan diterajui BN sudah tentu heboh dan kecoh, tetapi oleh kerana ia negeri di bawah cengkaman BN maka ia ditutup sahaja.
 
"Makin jelasnya sebenarnya mereka hanya bertegas berdasarkan kepentingan politik semata," tegasnya.
 
 
Sidang DUN: Adun wanita DAP `serang' menteri besar
November 24, 2011
 
SEREMBAN: Sidang DUN Negeri Sembilan hangat seketika apabila Adun wanita Wong May  May (DAP-Mambau) "menyerang" Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan kadang kala jenayah juga berpunca daripada kecuaian orang ramai yang tidak mengunci pintu dan meletakkan tong gas di belakang rumah mereka.
 
Mohamad (BN-Rantau) berkata demikian ketika menjawab soalan asal
 
Gunasekaran (DAP-Senawang) yang meminta kes jenayah perlu dibanteras secepat mungkin agar orang awam bebas bergerak dan berada di dalam situasi yang selamat.
 
Jawapan  itu membangkitkan kemarahan May May apabila beliau mendesak Mohamad meminta maaf kerana menyalahkan mangsa jenayah.
 
"Jawapan ini menghina dan meletakkan kesalahan pada mangsa jenayah sedangkan peratusan mangsa cuai adalah amat kecil.
 
"Malah rumah Adun Lobak, Loke Siew Fook sendiri pernah dipecah masuk sehingga pintu bilik beliau turut dipecah walaupun rumah beliau mempunyai tiga kunci dan bilik juga berkunci", kata May May.
 
Ketika itu  Zainal Abidin Ahmad (BN-Sungai Lui) mencelah dengan bertanya pada May May "Mambau masuk bilik Lobak kah?".
 
Desak minta maaf
 
Pertanyaan yang berbaur lucah tersebut membuatkan wajah May May agak berang. Bagaimanapun May May tidak menghiraukan Zainal Abidin dan terus mengasak Mohamad dengan mendesak meminta maaf.
 
May May juga turut mempertikaikan jawapan Mohamad bahawa kadar jenayah telah menurun sebanyak 20 peratus.
 
May May berkata kadar jenayah tidak turun tetapi mungkin ramai yang tidak mahu membuat laporan polis kerana hilang keyakinan ke atas pihak polis .
 
"Ada mangsa yang membuat lima hingga enam laporan polis tetapi tiada tindakan.Kadang kala terpaksa menunggu sehingga berjam-jam untuk membuat laporan polis dan menunggu pegawai penyiasat (IO).
 
"Mangsa yang dalam keadaan seperti ini sudah tentu akan hilang keyakinan kepada pihak polis", ulas May May lagi.
 
Mohamad  bangun dan menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud meletakkan kesalahan kepada orang ramai yang cuai sebagai punca jenayah tetapi sekadar mengingatkan bahawa tanggungjawab untuk memastikan tahap jenayah terkawal itu adalah tanggungjawab bersama dan bukan seratus peratus diletakkan di atas bahu pihak berkuasa semata-mata.
 
 

__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment