23 February 2012

Help Palestine [hidayahnet] Kesal Banner PTRS di Sabotaj

 

 

IMG_547 : faridah depan Banner PTRS yang dipasang semua Sekolah Sekitar DUN Batu Caves. 

IMG_546 : Faridah Abd Latif


Batu Caves : Penyelaras Program Tuisyen Rakyat Selangor ( PTRS) DUN Batu Caves,  Faridah Abdul Latif,  selar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menaggalkan banner  (PTRS) yang telah dipasang diluar pagar Sekolah Menengah Sri Selayang Batu Caves.

Beliau berkata, "banner (PTRS) telah dipasang petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves untuk mewawarkan program kepada rakyat, tetapi sungguh mengejut tidak sampai 24 Jam didapati banner telah hilang. Aduan ini telah saya terima daripada penduduk sekitar DUN Batu Caves", katanya.

"Pada mulanya saya tidak percaya aduan yang dibuat kerana semenjak (PTRS) dijalankan empat tahun lalu tiada sebarang sabotaj berlaku."

Retetan itu, "saya telah berurusan dengan pengawal pihak sekolah. Mereka menyatakan Pejabat Pelajaran  Daerah Gombak (PPDG)  mengarahkan pihak sekolah menanggalkan banner tersebut".
 
"Kita tidak faham mengapa pihak terlibat sanggup menanggalkan banner (PTRS)".

Ulasnya, (PTRS) yang berjaya dilaksanakan Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) selama empat tahun lalu berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negeri Selangor.

Seharusnya pihak sekolah  berterima kasih dengan kerajaan negeri Selangor yang mengambil langkah proaktif membantu rakyat yang tidak mampu membiayai anak-anak mereka mengikuti tuisyen swasta yang sudah pasti menelan kos tinggi.  

"Usaha murni ini seharusnya mendapat kerjasama semua pihak kerana kerajaan negeri ikhlas membantu rakyat yang berpendapatan rendah RM1500 kebawah, fakir miskin dan OKU untuk anak-anak mereka mengikuti tuisyen  percuma", kata faridah.

Beliau menambah, "sepatutnya pihak sekolah dan (PPDG) tidak perlu menanggalkan banner (PTRS) demi kebaikan bersama  untuk melihat kejayaan semua pelajar tanpa  kira kaum".

"Janganlah hal pendidikan pun hendak di politikkan sedangkan tiada unsur politik yang dibawa dalam (PTRS)".

"Saya percaya, tindakan dilakukan oleh pihak terbabit mendukacitakan rakyat di sini", ujarnya dengan kesal.

"Saya juga pertikaikan dengan pengurusan pihak sekolah terlibat kerana sering memberi kebenaran parti UMNO menggunakan sekolah".

"Mengapa parti UMNO yang jelas membawa unsur politik dibenarkan menggunakan sekolah dan tidak disekat dengan sewajar, tetapi apabila kerajaan (PR) yang hanya gantung banner diluar pagar sekolah untuk mengajak pelajar sertai tuisyen telah di ambil tindakan pihak berwajib".

"Tindakan mereka benar  berat sebelah  dan mengecewakan kita dalam membantu pelajar untuk memberi tuisyen percuma".

Justeru, "saya harap pihak berwajib memirkan kembali tindakan bodoh mereka ini tidak mampu melahirkan generasi berakhlah, berjaya dunia akhirat".

Demi melahirkan generasi berilmu, mereka seharusnya meletakkan faktor utama adalah Pendidikan, katanya kepada media.

Difahamkan banner tersebut telah dikembalikan kepada PKM DUN Batu Caves.

Ekoran isu berlaku, wartawan telah menghubungi dengan Pegawai (PPDG), Siti Aminah Md Nor  meminta penjelasan.

Beliau berkata, "pihaknya tidak tahu isu tersebut dan berjanji untuk menghubungi media semula tetapi sehingga kini tidak menerima jawapan daripada (PPDG)".

 
Editor : Khaulah Azwar




__._,_.___
Recent Activity:
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at hidayahnet-owner@yahoogroups.com with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Ikram Malaysia                 : http://www.ikram.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment